Followers

Thursday, November 24, 2011

Genap 100 hari Pemergian Arwah Abah...:'(


Assalammualaikum semua...


semua orang mesti ada abah kan? walau apa pun panggilan yang korang berikan...tak kiralah ayah, papa, daddy,  abuya, walid, ayahanda, abi even apa sekali pun yang korang panggil seorang lelaki bergelar abah bagi Fida...dalam entry kepergian yang tidak disangka pada 16 Ogos 2011 bersamaan 16 Ramadhan 1432H baru-baru ini...abah Fida telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuantan, Pahang Darul Makmur...memang sedih...terlalu sedih...terasa macam dah tak berpijak di bumi nyata lagi saat itu..Tuhan je tahu macam mana perasaan kami semua adik beradik...dan yang paling sedih mak Fida...dah 36 tahun hidup bersama...dah terlalu banyak suka duka yang dilalui dan dikongsi bersama...and yes...sampai sekarang pun Fida masih rasa tak percaya yang abah dah takde lagi dalam dunia ni...

setiap kali selepas solat dan tak kiralah dalam kereta ke atau sebelum tidur sekalipun...Fida mesti akan sedekahkan Al-Fatihah dan surah 3 Qul pada arwah....sebab mak Fida dah pesan...

emak   :   adik jangan lupa doakan abah setiap kali lepas solat, cuma tu jelah penyambung abah dengan kita dik. Sedekahkan Al-Fatihah dengan Surah 3 Qul untuk arwah. Mak tak nak adik lupakan abah. Walau dia dah takde tapi tak bermakna dia terus hilang dari ingatan kita.

Fida   :   ye mak, adik tau dan adik janji adik akan sentiasa doakan abah dunia akhirat mak. Sampai sekarang mak, adik tetap rasa macam abah ada dengan kita lagi.

Walaupun mak Fida pesan dengan senyuman tapi Fida tau yang hatinya sangat-sangat sedih...dia nak tunjuk yang dia tabah dan kuat hadapi dugaan yang amat berat ni..sungguh, sampai sekarang kalau Fida balik kampung...bila dia tengah masak, Fida selalu nampak dia termenung sorang-sorang..dan kadang-kadang tu sambil menangis...dan Fida tak nak ganggu mak dengan perasaan dia tu...

Fida faham dia teramat rindukan arwah...sebab dia pernah cakap...dia masih perlukan arwah untuk sentiasa disisinya dunia akhirat tapi sesungguhnya, Allah lebih sayangkan arwah abah..dan mak Fida redha dengan ketentuan yang dah ditetapkan...Alhamdulillah kakak Fida masih temankan mak Fida di kampung tu...adalah peneman dia...

dan hari ni, genap 100 hari arwah abah pergi menghadap Illahi...kami adik beradik sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah abah di sana...amin...dan hari ni jugaklah hari lahir cucu arwah yakni anak buah Fida...Akif Danish (anak kakak yang teman mak kat kampung) yang ke setahun...Akif ni memang rapat dengan arwah...masa arwah terlantar sakit kat hospital dulu, Akif menangis setiap kali kakak Fida bawak dia dekat dengan arwah...mungkin dia tau yang arwah dah nak pergi...dan Akif ni memang lebih suka dengan lelaki...mungkin dia ingat pada arwah atuk dia...

buat arwah abah :

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Kau ampunkanlah dosa-dosa arwah abahku Ya Allah
Kau tempatkanlah arwah abahku dikalangan orang-orang yang beriman Ya Allah
Semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu Ya Allah
Sesunguhnya aku amat menyayanginya Ya Allah
Aku redha dengan pemergiannya Ya Allah
Aku redha dengan ketentuan dari-Mu ini Ya Allah
Kau tabahkanlah hatiku ini Ya Allah dalam menghadapi dugaan-Mu yang satu ini Ya Allah
supaya aku sentiasa berada di atas garis landasan-Mu Ya Allah

Al-Fatihah



amin..amin.. Ya Robbal Alamin...

10 comments:

Sarah Mnasir said...

al fatihah.. semoga roh arwah d cucuri rahmat.. amin :)

Unknown said...

tq ye ara atas doa ara tu...Fida hargai sangat2...tq so much dear...

rahman said...

al fatihah buat arwah abah fida...

berkenaan follow tu.
fida copy link blog rahman, then p kat dashboard. ad button "add".
paste link kat button add. pastu siap la...

rahman said...

eh silap la... masuk kat..

http://www.blogger.com/home.

home fida. pastu tekan button "add"

Unknown said...

ok bro...beres...tq so much ye...^_^
terima kasih jugak doakan arwah abah Fida ye...

Unknown said...

nike air max, prada handbags, kate spade outlet, prada outlet, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, christian louboutin outlet, ugg boots, nike outlet, louboutin outlet, ugg boots, replica watches, louis vuitton, ray ban sunglasses, replica watches, nike air max, ray ban sunglasses, air max, chanel handbags, louboutin shoes, louis vuitton, longchamp, longchamp pas cher, polo ralph lauren outlet, nike free, longchamp outlet, burberry, nike free, louboutin, louboutin pas cher, louis vuitton, oakley sunglasses, sac longchamp, gucci outlet, uggs on sale, tiffany and co, longchamp outlet, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet, oakley sunglasses, oakley sunglasses, tory burch outlet, ralph lauren pas cher, cheap oakley sunglasses, tiffany jewelry, air jordan pas cher, jordan shoes, michael kors, nike roshe run, louis vuitton outlet

Unknown said...

doudoune canada goose, bottes ugg, pandora charms, juicy couture outlet, louis vuitton, canada goose outlet, louis vuitton, swarovski, supra shoes, canada goose, wedding dresses, moncler, canada goose, pandora jewelry, coach outlet, pandora jewelry, marc jacobs, karen millen, replica watches, moncler, canada goose, moncler, moncler, ugg pas cher, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg,uggs,uggs canada, sac louis vuitton pas cher, louis vuitton, montre pas cher, canada goose, links of london, ugg boots uk, hollister, canada goose outlet, moncler, canada goose uk, juicy couture outlet, moncler outlet, toms shoes, thomas sabo, moncler, swarovski crystal, pandora charms, louis vuitton, moncler

Unknown said...

Kak... saya pernah rasa harini 100 hari genap ayah saya pergi... hmm... alfatihah kak untuk arwah ayah akak... hmmm 😔😔

netoph said...

hop over to this web-site published here take a look at the site here his response check my reference Click Here

smali said...

w1b24k1t83 s2q15b7n00 w7d48i5m64 q0m78q8k60 c4t67i3f80 r2y61u0d35

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...