Thursday, August 30, 2012

Sambutan 55 Tahun Merdeka

Assalammualaikum semua dan Salam 1Malaysia.... :)



Sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa esok merupakan detik bersejarah buat negara tercinta kita, MALAYSIA kerana sudah genap 55 tahun kemerdekaan yang telah kita kecapi..dan banyak ranjau dan duri yang perlu kita semua tempuhi untuk mendapatkan taraf kemerdekaan ini

Bukan mudah untuk kita dapat apa yang kita telah perolehi sekarang ini, jadi bersyukurlah wahai rakyat Malaysia sekalian...sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan oleh Alah S.W.T. buat kita yang selalu sangat alpa kepada-Nya...bersyukurlah dengan nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 55 tahun ini


Acara Perbarisan bagi sambutan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati akan diadakan di Dataran Merdeka tepat jam 8.00 pagi manakala himpunan 55 Tahun Merdeka : Janji Ditepati bersama Perdana Menteri pula akan diadakan sebelah malamnya iaitu pada jam 8.30 malam bertempat di Stadium Nasional Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jadi, kepada semua rakyat Malaysia sekalian, anda adalah dijemput untuk hadir bersama bagi memeriahkan lagi suasana..Kepada sesiapa yang berkelapangan tu dijemput hadir ye. Dengar cerita JOHARA PAGI ERA pun akan bersiaran secara langsung di Dataran Merdeka esok pagi, jadi apa tunggu lagi...Serbu ye semua...:)





*p/s : Fida tak dapat hadir sebab esok nak balik ke kampung halaman atas urusan keluarga.





s a y o n a r a !!!

Penantian Suatu Penyeksaan

Assalammualaikum....


Siapa yang suka akan penantian? Fida yakin dan percaya tiada seorang pun dari kalian semua yang suka akan penantian...kan? Lagi-lagi kalau seseorang tu mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap...sedangkan hasil setelah siap tu tidaklah seberapa...kadang-kadang orang yang bersiap ala kadar ni je pun lagi sedap mata memandang kot...

ooopppssss...hehehe jangan marah ye...kata-kata ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia sebab  Fida bercakap bagi pihak Fida sendiri...Fida pun kadang-kadang tergolong dalam golongan tu...lagi-lagi time alahan teruk baru-baru ni...rasa macam dah siap sehabis baik, tapi rupa-rupanya buruk yang amat mengalahkan orang yang dah siap dulu dari Fida...hehehe sampaikan kakak Fida kata Fida dah macam makcik-makcik jual sayur kat tepi jalan je gayanya, memang "selebet" bebenor...hahahaha

memang kelakar kalau diingat-ingatkan balik, tapi itulah suatu pengalaman mengandung yang paling tak dapat Fida lupakan...sebab jadi malas sangat nak ber make-up macam zaman anak dara dulu-dulu...kadang-kadang bedak pun Fida malas nak tepek kat muka ni...sampai husband sanggup masuk bilik balik ambilkan bedak compact Fida nak suruh jugak tepek kat muka ni...hahaha memang kelakar. sebab husband siap merayu lagi suruh tepek jugak walau nipis je...tapi sweet sangat-sangat...thank you darling... =)


Tapi sebenarnya Fida bukan nak bercakap mengenai penatian yang macam ni...tapi Fida sekarang ni tengah menanti bungkusan untuk Fida dan kakak Fida...Fida ada order NOVEL ONLINE dengan Kaki Novel Enterprise tu...Hari Isnin hari tu lagi dah order tp sebab Fida hanya online banking CIMB ke Maybank tu yang jadi lambat tu...kalau buat dengan kaedah CDM je order hari ni esok dah boleh dapat barang...

Tapi tadi Fida dah check kat website poslaju.com.my dan barang-barang yang Fida dan kakak pesan tu dah dalam perjalanan menuju ke destinasi...InsyaAllah pagi atau petang ni  paling lewat dah boleh dapat barang tu rasanya...Tak sabar betul...


Barang-barang yang Fida maksudkan tu ialah :



3 buah novel yang 2 daripadanya adalah novel yang dah lama sangat Fida nak baca dan InsyaAllah akan dapat petang ni... =)




Ini pula ialah Cloth Diapers atau Lampin basuh sendiri tu...hehehe..yang ni kakak Fida order untuk anak kesayangan dia Akif Danish..kakak Fida dah ada lima koleksi dan ini lagi lima koleksi terbaru dia yang akan sampai petang nanti jugak...



*p/s : tak sabarnya nak tunggu ke petang...lambatnya masa berlalu...:)




s a y o n a r a !!!

Monday, August 27, 2012

Kegembiraan Untuk Dikongsi

Assalammualaikum semua...


Dah lama sangat-sangat rasanya fida dah tak menulis dalam blog kesayangan Fida ni rasanya...dengan faktor kesihatan yang sangat-sangat tidak menentu baru-baru ni...dah lama jugak rasanya Fida tak share ape-ape pon dengan korang semua kan?

First sekali Fida nak mintak ampun dan maaf kat korang semua sebab dah terlalu lama menyepikan diri dari dunia blogging ni...

Dan dikesempatan ini jugak, Fida rasa masih belum terlambat, Fida dan suami tersayang serta keluarga tercinta ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca setia blog Fida yang tak seberapa ni..Terima kasih semua di atas sokongan anda selama ini walaupun Fida ni selalu sangat tinggalkan blog ni bersawang...huhuhu


Fida bukan sengaja untuk diam dari dunia blog ni...macam yang Fida dah cakap tadi, Faktor kesihatan antara sebab utama kenapa Fida dah lama tak update satu-satunya blog kesayangan Fida ni...Untuk pengetahuan kepada yang masih tak tahu, buat-buat tak tahu atau dah tau sekalipun, Fida just nak share berita gembira ni dengan korang semua...:)

Alhamdulillah, Fida telah disahkan hamil 17 minggu 4 hari genap pada hari ini...:) maknanya dalam 4 bulan 1 minggu 4 hari usia kandungan Fida sekarang...Fida bukan tak nak share masa mula2 dapat tahu pregnant dulu, tapi sebab kandungan masih kecil time tu so tak nak la heboh-heboh sangat...tak baik lagipun orang kata kalau kita terlalu beria-ria atau seronok dengan kurniaan Allah ni, takut tak kekal lama...

Sekarang ni Alhamdulillah Fida sudah semakin sihat dari alahan yang amat teruk pada pandangan Fida, tapi tetap ditempuhi dengan sabar, tabah dan tenang...demi satu nyawa kecil di dalam rahim Fida sekarang ni...

Ya Allah,
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah dengan kurniaan dari-Mu ini Ya Allah
Sesungguhnya ia adalah hadiah dan pengalaman teramat indah dalam hidupku
Semoga anak di dalam kandunganku ini
akan dilahirkan dengan selamat 
sempurna fizikal dan mentalnya
amin.....


*p/s : Korang semua doakan kesejahteraan Fida dan baby ye...sayang korang semua...sampai sini je dulu ye update untuk kali ni...nak balik rumah dulu makan tengahari...:) terima kasih lagi sekali...



s a y o n a r a !!!