Wednesday, April 24, 2013

Resipi : Kek Puding Karamel Pelangi Step by Step


Kek Puding Karamel Pelangi Step by Step 


Alhamdulillah, akhirnya cubaan pertama Fida buat kek ni menjadi jugak...Suka tengok lapisan kek ini menjadi elok je belang pelanginya...bila tengok hasil yang cantik dan kek jadi elok itulah kepuasan orang yang membuatnya...Kalau sedap itu pulak adalah bonus untuk tukang masak tu...ehehehhe

Fida buat pun ikut resipi yang Fida dapat dari LOVELY KITCHEN...so kepada sesiapa yang nak cuba buat dan rasakan kepuasan sendiri, jom kita view resipi ni...:)


ni versi kek yang Fida buat malam tadi...:)


RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI 



Bahan-bahan untuk Gula Hangus: 
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci @ 20cm 
Cara-cara: 
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti. 
Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3) 
  • 400ml fresh milk @ 1 tin susu cair 
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti) 
  • 2 biji telur 
  • 140 gram @ 1/2 cawan gula castor 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
Cara-cara: 
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 seperti gambar 6.


Bahan-bahan untuk Kek: 

Adunan 1 (Meringue) (rujuk gambar 6) 
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram @ 1/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara: 
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek. 


Adunan 2 (Kek): 
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml @ 1/2 cawan air 
  • 50 ml minyak masak 
  • 70 gram @ 1/4 cawan gula castor 
  • 140 gram @ 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder 
Cara-cara: 
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan. 
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu. 
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang 
  4. Matikan mixer. 
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati. 
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik. 
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda. 
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil. 
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna) 
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi. 
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10. 
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti) 
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven. 
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang. 
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri. 
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba.....

UPDATE: 

Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah: 

4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding 
4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple 
4 sudu besar merah di letakkan di tengan adunan hijau 
ulang sebanyak 2 kali lagi 


3 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah 
3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple 
3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau 
ulang sebanyak 3 kali lagi 


2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah 
2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple 
2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau 
ulang sebanyak 2 kali lagi 


1 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah 
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple 
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau 
buat sehingga habis semua adunan. 


NOTE : KAEDAH DOUBLE BOILER / BAIN MARIE
  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau... 
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.

TIPS MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI DARI LOVELY KITCHEN 

  • Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek. 
  • Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang, kemudian tapis. 
  • Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak naik dan tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak. 
  • Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering cantik semasa dipotong. 





Tuesday, April 23, 2013

Mom & Baby Expo 2013


Assalammualaikum...:)


seperti yang korang semua tengok dalam gambar kat atas ni, Mom & Baby Expo 2013 akan berlangsung tak lama sahaja lagi. Kepada semua kaum ibu yang mengandung atau yang sudah melahirkan...:) Kalau berkelapangan boleh lah datang shopping apa yang patut ye kat sini....:) Kalau nak join contest ni pun lagi bagus...sila like dan share sebanyak mana yang korang semua mampu ok? mana lah tau kot-kot rezeki korang semua tu...:) amin... (^_^)

let's check it out :

Tempat : Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur (Hall 1, 2 & 3)
Tarikh : 10 Mei 2013 hingga 12 Mei 2013 (3 hari sahaja)


kalau Fida tergerak hati nak ke mid valley,
kalau ada jodoh,
kita jumpa kat sana ok!...
(^_*)



s a y o n a r a !!!





Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur International Book Fair 2013


Assalammualaikum...:)



seperti yang korang semua tengok dalam gambar kat atas ni, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur International Book Fair 2013 akan berlangsung tak lama sahaja lagi. Fida lah orang yang paling eksaited nih...ehehhe sebab ape? sebab Fida nak datang sini shoppim novel banyak-banyaklah...rindu novel sudah...masa preggy dulu tengok novel pon dah nak muntah...hahhaha pelik kan? macam-macam perangai ibu mengandung nih...kikiki

let's check it out :

Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi hingga 9.00 malam


jumpa korang kat sana ok!... (^_*)




s a y o n a r a !!!




Friday, April 19, 2013

sharing is caring II : Aura White Gluta Collagen 400,000MG

...sharing is caring....


AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG


Minuman Aura White inovasi kecantikan dari teknologi Jepun yang mana ia mempunyai campuran bahan sesuai untuk kulit asia. Minuman ini bukan sahaja memberi kulit kita putih dan gebu malah memberi kesihatan dalaman di dalam badan kita.


Jika kita hanya mengunakan produk kecantikan untuk luaran tetapi tidak mengambil minuman kesihatan untuk dalaman tidak ada guna. Keletihan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit muka dan badan kusam, berjeragat dan tidak bermaya disamping faktor kekurangan collagen.Sesetengah orang yang menggunakan produk kecantikan tidak nampak kesan atau bertambah teruk disebabkan masalah dalaman badan kita.

Terdapat banyak kebaikan minuman Aura White ni yang Fida nak share dengan korang semua: 
  1. Sesuai untuk lelaki dan wanita
  2. Anda dapai merasai kesannya kurang dari sebulan
  3. Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia
  4. Merawat serta mencegah jerawat
  5. Wajah cerah berseri tanpa perlu DISUNTIK
  6. Mengecilkan liang roma
  7. Merawat Enzema dan Prorisis
  8. Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
  9. ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
  10. Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut
  11. Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
  12. Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
  13. Mencegah kerosakan KOLAGEN
  14. Meningkatkan daya ketahanan badan
  15. Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
  16. Melindungi daripada sinaran UA-B
  17. Menyembuhkan luka dan mencegah parut
  18. Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
  19. Membantu menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh dan menghasilkan kulit lebih cerah
  20. Mengurangkan rekahan kaki
  21. Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung & yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihat



KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG

- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
- mengurangi kedutan dan garis-garis halus
- mengecilkan pori-pori kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita



Cara Minum AuraWhite

Produk ni hadir dalam bentuk serbuk. Satu bekas ni boleh tahan 1-2 bulan. Memang berbaloi dengan harganya. Free satu botol shaker

Cara Minum ialah 2x sehari sahaja iaitu pagi dan malam sebelum tidur :

  1. Bancuh 2 scoop serbuk + air masak dengan menggunakan shaker. Minum 1x sebelum breakfast masa perut kosong. Tunggu 30 minit barulah breakfast.
  2. Bancuh 2 scoop serbuk + air masak dengan menggunakan shaker .Minum 1x sebelum tidur . Penyerapan zat khasiat lebih sempurna pada waktu malam.

p/s- Untuk lebih sedap, campur dengan jus kegemaran anda.Sebab aurawhite ni perisa blueberi asli so tiada campur gula. Anda bolehla campur sesudu ribena ke, sunquick ke dan jus buah lain.





***p/s*** : Fida teringin nak minum aurawhite ni...untuk cantik tu memang lah...tapi lebih kepada penyusuan Zafran tu...kan membantu memperbanyakkan lagi susu ibu...tu yang fida nak sangat produk ni...kalau shaklee tu bukan tak bagus tapi sebab shaklee tu dalam bentuk tablet...so Fida tak sanggup nak makan...Fida ni memang tak pandai telan ubat bagai ni...hahahahha kantoi sudah...kikikiki kalau makan ubat pon Fida akan gigit ubat tu...hahahha pahit pon Fida gagahkan jugak...kikikiki sakit punye pasal...:)




s a y o n a r a !!!


Set Penyimpanan Stok Susu untuk Zafran...:)



Set Penyimpanan Stok Susu untuk Zafran

hari ni Fida nak share serba sedikit barang-barang yang Fida guna, akan guna, akan beli khas untuk set penyimpanan stok susu buat Zafran tersayang...:) jom kita review sikit ye, Fida bagi gambar jelah senang sikit...baru nampak clear kan...:)



ni nama dia Breastmilk Storage Bags. Fida suka guna yang ni sebab bags ni ada double zip lock yang mana akan mengurangkan risiko bocor...:) Fida beli dekat Manjaku Baby di Bandar Baru Bangi, Selangor je. Yang ni bukan reuseable punye tau...so pakai buang jelah...:) Fida baru beli 2 kotak...nanti dah dekat nak habis nak tambah lagi 4 kotak...:)
Price : 1 kotak = RM12.90 (25 pcs)



Breastmilk Storage Bottles ni Fida baru ada 9 botol yang Pureen tu...InsyaAllah Fida nak beli lagi yang Autumz tu pulak nanti..
Price : Pureen = 3 botol (RM15.90 - di giant, tesco & etc)
Price : Autumz = 4 botol (RM17.90 - online), 10 botol (RM39.90 - online)




yang ni pula ialah Autumnz - Electric Steam Steriliser + Home & Car Warmer Combo. Set ni Fida tak sempat nak beli lagi. InsyaAllah gaji ni bolehlah mula membeli belah balik hehehe...
Price : 1 set = RM175 after less ( RM229.80 - harga asal)





terdapat banyak sangat cooler bag yang dijual di pasaran sekarang ni dengan pelbagai bentuk, warna dan saiz, tapi setakat ni Fida dah berkenan dengan Autumnz - Classique Cooler Bag (Vanilla Polka) ni...cooler bag ni perlu digunakan bersama 3 reusable ice pack...

Price : Cooler Bag = RM59.90
Price : Reusable Ice Pack = RM23.00 (3 pcs/310g)





sedikit panduan puting susu yang sesuai mengikut usia anak anda...:)




Fida beli puting yang Y cross cut untuk Zafran jenama Pigeon di Manjaku Baby Bangi jugak...seronok shopping barang-barang baby dekat sini...harga pun berpatutan dan masih mampu bagi parent yang makan gaji macam Fida ni...:)
Price : 3 pcs = RM13.50


tu je dulu kot buat masa ni, kalau ada lagi info berguna akan Fida share kan dengan korang semua ok...:)




s a y o n a r a !!!


10 Pilihan Cara simpan Susu Perahan



10 Pilihan Cara simpan Susu Perahan




gambar : google search

Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.


  1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
  2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
  3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
  4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
  5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
  6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
  7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
  8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
  9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
  10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.

Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
  • Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. 
  • Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.


Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
  • Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. 
  • Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.


Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/10-pilihan-cara-simpan-susu-perahan-1.21850




s a y o n a r a !!!



Wednesday, April 17, 2013

Hari Pertama Bekerja

Assalammualaikum semua...:)


Alhamdulillah pada hari ini 17 April 2013 genaplah 3 bulan usia Muhammad Thaqif Zafran dan bermakna bermulalah tugas Fida sebagai pekerja di pejabat ni...pening betul mula-mula masuk kerja ni kan? tapi Fida akan cuba buat semuanya kembali normal macam dulu...

dikesempatan ini Fida nak ucapkan ribuan terima kasih kepada tiga orang kakak yang baik hati ni...Kak Kamsiah, Kak Hayati dan Kak Seri Banun sebab bergilir-gilir gantikan tempat Fida sepanjang 3 bulan Fida bercuti bersalin...:) sesungguhnya jasa kakak sekalian tidak dapat dibalas...InsyaAllah ada rezeki Fida belanja makan ok...:)




pagi tadi sayu je perasaan nak tinggalkan Zafran dengan kakak-kakak Fida tersayang tu....sebab sebelum ni kan memang masa tu 24/7 dengan dia je...berkepit je kerjanya...bila dah masuk kerja ni sedih la pulak rasanya...Zafran duduk baik-baik tau dengan Mak Yang dengan Mak Uda....jangan nangis-nangis tau...sayang anak mama...:)

maaflah ye kawan-kawan, semenjak dah ada anak ni...entry pun dah kepada anak je lebihnya...hehehhe 

oklah kawan-kawan, tak boleh nak buat entry panjang-panjang sangat hari ni...yelah hari pertama masuk kerja kan....banyak kerja nak kena catch up balik ni...so jumpa lagi di lain waktu ok...sayang korang semua....




s a y o n a r a !!!