Wednesday, July 24, 2013

Resipi dari Application Cook Hero di FB


Assalammualaikum

hari ni Fida nak share something dengan korang yang suka memasak ni...tak acilah kalau Fida tau tapi tak nak share dengan korang semua kan? ehehehhe Fida suka sangat main game ni sebab bukan boleh release tension je tau tapi sebab boleh dapat resipi sekali...hehehe best tak? oklah malas dah nak membebel panjang-panjang dekat korang semua...so jom kita tengok...:)












see?? baru berjaya kumpul 11 resipi je...masih banyak yang perlu diteroka...doakan Fida berjaya ok? ehehhe macam nak jawab exam pulak minta korang doakan bagai...ehehhe tapi tak salah kan? kita mesti usaha, doa dan tawakal...:)


sehinga ketemu lagi untuk next entry ok? 

lots of love,
Syazfida

s a y o n a r a !!!



Soalan Lazim Pemakanan Si Manja Setelah Berumur 6 Bulan.



Soalan Lazim Bagi Pemberian Makanan Si Manja Setelah Berumur 6 Bulan


1.      Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.
Rujuk'carta pemakanan' atau 'food chart' pada gambar di bawah ini 



2.      Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru. 

3.      Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.


4.      Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5.      Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6.      Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7.      Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8.      Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri : Buah yang sudah lembik seperti pisang masak, avokado masak terus blend dan tapis. Buah atau sayur yang agak kasar/keras perlu steam, blend dan tapis.

9.      Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.

10.   Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam. 

11.   Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12.   Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13.   Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14.   Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
-Namun, jika anak berselera makan, sihat, aktif, cerdas dan cergas tapi berat badan masih tidak naik, tidak perlu risau. Berikan terus makanan berkhasiat dan seimbang, ambil vitamin daripada makanan semulajadi sahaja, tidak perlu vitamin sintetik.

15.   Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16.   Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?
Baca, faham dan khatamkan :

Setelah membaca cara-cara merendam Oatmeal saya dapati jika anak anda atau anda sendiri mengalami beberapa masalah kesihatan seperti yang tertera di bawah, saya rasa eloklah merendam Oatmeal.
  • eczema 
  • asthma
  • resdung
  • kurang zat besi (anemia)
  • GERD
Kalau pun tidak mempunyai masalah penghadaman, tetapi ingat meningkatkan kandungan zat besi dan lain-lain mineral dalam diet anak, maka saya galakkan juga. Cuma kaedahnya bagi kita orang Malaysia mungkin sedikit rumit, tapi perlu dijelaskan, bukan senang untuk senang :)

Mengapa perlu sangat untuk direndam?
Berikut adalah pelajaran sains ringkas untuk membantu anda memahami mengapa anda mungkin mahu "merendam" bijian anda:

  • Bijirin adalah benih.
  • Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
  • Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
  • Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
  • Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
  • "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.
Proses ini disyorkan oleh Sally Fallon dalam bukunya Nourishing Traditions, dan anda tidak akan menemui banyak sumber lain. Saya tidak 100% yakin bahawa ia adalah satu-satunya cara tapi setakat ini namun ini adalah cara yang sedia ada setakat.

  1. Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air dengan 1 sudu besar lemon jus atau whey yogurt di dalam air. Saya lakukan betul-betul di dalam periuk. Air sepatutnya menjadi lebih panas daripada suhu bilik pada permulaan. Anda perlukan untuk memanaskan di dalam cerek atau di dalam periuk ~ kepada 110darjah atau lebih. (Berikut adalah bagaimana untuk mendapatkan whey dengan mudah.​​)
  2. Oat adalah rendah dalam phytase enzim yang diperlukan untuk meneutralkan phytates. Tambah satu
  3. sudu besar atau dua (sebanyak 10%) tepung gandum untuk oat anda.
  4. Tinggalkan pada suhu bilik 24 jam (atau sekurang-kurangnya 12). Saya biasanya berfikir malam sebelum ini, tetapi yang terbaik untuk oat adalah untuk biarkan ia pergi 24 jam.
  5. Tambah satu lagi cawan air pada waktu pagi, biarkan mendidih dan masak beberapa minit pada
  6. sederhana rendah hingga likat. Laraskan kuantiti untuk apa jua saiz hidangan oat yang anda perlukan.
Whey atau air lebihan dari yogurt mewujudkan rasa kurang masam daripada lemon atau yogurt, pada pendapat kebanyakan pakar. Kalau anak anda alah pada susu lembu, maka terpaksa menggunakan medium seperti kefir air atau kefir kelapa.

Nak jimat waktu: Beli lemon dan bekukan jusnye dalam bentuk ice cube (macam bekukan puree) setiap satu 1 sudu besar. Simpan di dalam beg freezer. Anda boleh bahagikan dan bekukan whey menggunakan kaedah yang sama.

17.   Ribena, kalsium, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, pengawet, perasa tiruan sudah tidak berkhasiat.

18.   Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?
Telur - 8 bulan ke atas
Daripada kaedah disarankan oleh PPUM :
kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul-betul masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

19.   Boleh beri Ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20.   Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21.   Kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
menurut pakar pemakanan, buah pinggang anak belum mampu memproses kandungan mineral dalam gula dan garam (buah pinggang belum matang, jika anda beri juga, buah pinggang anak perlu bekerja keras memprosesnya dan boleh membahayakan kesihatan samada kesan jangka panjang atau pendek.
-Setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah. 

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.
Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis, terutama nasi panas.

22.   Anak sudah 6 bulan, diberi puri, tapi menangis mahu lagi seperti lapar.
Berikan susu. Umur 6 bulan diberi makan untuk memperkenalkan sahaja bukan untuk betul-betul kenyang. Susu ibu masih paling penting sebagai makanan.

Nota daripada Hasnita Shaari :
Beri anak 6 bulan makan bukan untuk kenyang ya puan-puan. Susu ibu tetap sumber kenyang dan nutrien yang utama bagi anak bawah 1 tahun. Makanan diperkenalkan pada usia 6 bulan adalah untuk pengenalan. Untuk ajar benda baru. Jadi tak kenyang pun tidak apa. Kalau anak kenyang makan, kurang menyusu sedangkan anak bawah 1 tahun memerlukan susu ibu untuk membesar dan membina sistem imun badan.

Kemudian, bila perkenal makanan, beri yang berkhasiat. Jadi walaupun anak makan sedikit, dia masih menerima khasiat yang maksimum. Nasi, kentang adalah sumber karbo kosong. Tidak banyak khasiatnya. Apatah lagi air nasi. Maka sebab itu disarankan puri buah/sayur terlebih dahulu supaya perut anak tidak terbeban dengan makanan yang berat untuk diproses.

Sunnah Nabi pun sebelum makan makanan berat, elok makan buah dahulu untuk memudahkan pelawasan. Pendekatan yang sama kepada anak. Buah dahulu, sayur. Kemudian baru perkenal yang lebih berat seperti bubur nasi yang dikisar, oats, bijirin lain. Kemudian baru protein sebab protein lebih sukar dihadam. Sebab itu diperkenalkan agak lewat.

Step by step. 4 day rule.

Lepas ini saya mohon sangat tiada lagi yang beri saranan air nasi dan seumpamanya untuk anak yang baru mahu mula solid. Mahu beri pada anak sendiri, terpulang tapi usahlah mencadangkan kepada anak orang lain. Anak kita semua tidak sama. Apa yang anak kita makan ok, tidak semestinya ok pada anak orang lain.

23.   Selalunya sekali mkn puri tu agak2 banyak mana?
2,3 auns sekali makan dulu. Tambah kuantiti dari masa ke semasa.

24.   Oats yang direndam kena masak terus semua atau boleh disimpan selebihnya? Dan jika sudah di masak boleh tak simpan dalam freezer dan berapa lama boleh tahan? Apakah sama seperti puri lain?
Saya tak pernah simpan. Saya buat untuk sekali makan. Kalau untuk breakfast, saya rendam malam, esoknya bilas dan masak. Kalau untuk dinner, saya rendam pagi. Tapi puan boleh cuba kalau mahu simpan di freezer.

25.   Orang kata labu, keledek angin. Bolehkah beri anak makan?
Ikut anak. Macam kita juga. Ada yang bila makan labu, kobis, angin. Ada yang elok boleh terima, tak angin. Macam tu juga dengan anak. Nak elak dari angin, masa kukus/rebus, letak halia muda sikit. Bila kisar, buang halia tu. Tak cuba tak tau. Jangan terlalu paranoid hingga semuanya takut untuk dicuba.

26.   Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

27.   Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?
- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.
- Kurma atau kismis hitam elok beri umur 7 bulan ke atas kerana buah ini telah dikeringkan dan rasanya agak manis, lambatkan sikit pemberiannya bagi mengelakkan anak terbiasa dengan rasa manis sahaja, kecuali jika anda mampu cari kurma yang fresh

Isu buah kering yang bewarna warni :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

28.   Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?
- Puan Fiza Eliaza menjawab:

Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi. 

29.   Anak sudah 8 bulan. Menu apa lagi yang boleh diberi kepada anak?
- Puan Sarah Aliesa Shaharudin menjawab
Sudah boleh intro lebih sikit grains seperti millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta. Sayuran seperti capsicum, cendawan, sayur daun hijau(kecuali bayam), beetroot. Protein seperti ayam, daging dan kuning telur. Sudah boleh mula menumis, tambah sedikit rempah, santan. Jangan lupa 4 days rules. Rempah pun kena intro satu- persatu untuk 4 hari.

30.   Bila anak sudah boleh diberi finger foods?
Setelah habis intro puri dan setelah anak sudah ada kebolehan mengunyah dengan baik, mulakan beri finger foods yang lembik, mudah dikunyah dengan gusi anak serta tidak mengakibatkan tercekik, kemudian baru kepada yang lebih keras.

31.  Perlu beri anak minum sebelum, selepas atau semasa makan? Orang dulu2 lepas suap anak makan mesti suap air juga. Bolehkah begitu?
      Salah satu sebab orang dulu beri air selepas setiap kali suap adalah untuk      
      'memaksa' makanan masuk ke dalam perut dengan mudah. Pandangan saya, itu 
      seperti memaksa anak makan. Jadi dia tak menggunakan fungsi lidah/mulut untuk    
      menolak makan masuk ke dalam tekak dan tekak tidak berfungsi untuk belajar 
      menelan makanan. Sebab itu saya cadangkan beri minum sebelum dan selepas 
      makan (ikut sunnah). Air hanya diberi jika anak tercekik.