Tuesday, January 10, 2012

tak tau apa nak tulis...so jom berkongsi tentang Drama Gemersik Kalbu di TV3...^_^

Assalammualaikum semua...^_^


Hari ni Fida tak tau nak share apa dengan korang semua sebenarnya...selalunya time-time macam ni Fida akan BW blog orang...tapi hari ni nampaknya tak berapa nak sempat lah...:( sebab Fida ada banyak kerja lah...maaf ye semua...InsyaAllah kalau sempat dan ada masa terluang Fida akan BW blog korang ok...^_^ tapi walau macam mana buzy pon Fida tetap sempat follow korang balik dan balas komen-komen korang semua...yang tu Fida tetap akan buat dulu sebelum buat kerja-kerja kat ofis ni....harapnya kerja ni cepat lah siap...supaya hari Fida tak lah sesesak hari ni...huhuhu help me...perlukan udara yang segar sekarang ni...jom bawak Fida jenjalan...ok...mengarut!...^_^

Hrmm...nak cerita apa ye?!...=.= ok...ada idea...^_^ apa pendapat korang tentang cerita Gemersik kalbu yang sekarang ni sedang hangat dipertontonkan Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang hingga 8.00 malam di TV3....Fida suka sebab memang Fida ikut setiap episod dari episod pertama lagi...biarlah ramai orang kata tak suka tengok Aqasha berlakon ke apa ke...tapi bagi Fida kalau asyik-asyik muka yang sama je nak jadi hero...bila lah agaknya industri seni tanah air kita amnya lakonan khususnya nak maju? Betul tak? Kalau Aaron Aziz je yang nak jadi hero (walaupun pada hakikatnya memang minat giler kat Aaron...^_^)...kesian lah dekat pelakon-pelakon lelaki lain yang masih menggagau demi sesuap nasi...hahaha kelas kan ayat kau Fida...^_^ korang faham tak maksud menggagau tu? hehe korang cari sendiri je lah...Fida yakin ramai yang tahu kan? good luck...^_^

Ok...berbalik kepada drama Gemersik Kalbu tu...jom kita baca Sinopsis drama ni yang telah diadaptasikan dari novel karya Anis Ayuni berjudul "Gemersik Kalbu" :


Sinopsis

Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.

Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?


haaa...korang rasa apa akan jadi pada Raihana dengan Sufian? Novel ni memang best...tak taulah drama dia macam mana pulak kan? 
so jangan lupa saksikan drama ni tau...bersama-samalah kita mempertingkatkan industri seni tanah air kita...chewahhh...promote habis gitu...^_^
oklah korang semua...Fida nak kena sambung buat kerja sebelum lunch ni...^_^ sehingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang ye...^_^





s a y o n a r a !!!

8 comments:

  1. ari tu tgk kejap citer ni, last2 laki aku yg smbung tlg tgkkan utk aku, heheheh!

    ReplyDelete
  2. skg ni semua drama/filem adaptasi dr novel kan?err..dorg dah habis idea ke..huhu

    ReplyDelete
  3. @Ieda AlHabsyi : nasib baik ada laki...boleh jugak tolong tengok...^_^

    @fae jamal : lame xdgr cite fae...sihat ke? tulah kan fae...macam dah xde idea...tapi xpe...layan je...hehehe...^_^

    ReplyDelete
  4. tak baca lg nvel dia.. tp kenapa mak dia tak suka dia eyh?

    ReplyDelete
  5. @baby boo : akak pon dah tak ingat lah kenapa...dah lame gile kot novel ni...hehehe

    ReplyDelete
  6. pop over here q7i12m4q55 replica louis vuitton bags replica bags in delhi h0x38x7y26 replica bags los angeles replica hermes k9e22m4h90 replica bags pakistan replica bags in uk read what he said e3m41c7e39 replica bags near me

    ReplyDelete