Friday, March 2, 2012

Jumaat Terakhir????

Assalammualaikum semuanya...^_^


sekadar hiasan : gambar kahwin kakak Fida (Uda)


Hari ni gila kencang pulak idea...hahha konon la idea melambak-lambak kan? padahal ciput je pun...tiba-tiba terlintas dalam kepala ni tadi...tu yang terus curahkan dalam blog kesayangan hati Fida ni khas untuk korang semua...kalau sudi...bacalah ye...^_^

Macam yang korang semua sedia maklum...Fida ada post kan satu entry khas tentang Jemputan Walimatul Urus Fida pada 11 Mac 2012 (Ahad depan), so rasanya tak salah kalau Fida nak share dengan korang apa perasaan Fida sekarang ni kan? Sekadar nak menenangkan hati yang dah mula tak berapa nak tenteram ni...:(

Alamak!!!...kenapa cakap macam tu ye Cik Fida (Sabtu depan akan bertukar kepada title Puan secara rasminya...^_^)...Fida risau sebenarnya takut majlis tak dapat berjalan lancar seperti yang dah Fida dan keluarga rancangkan...


takut makanan tak cukup ke
takut ada tetamu tidak berpuas hati dengan layanan keluarga Fida ke
takut ada kawan-kawan yang datang terasa hati dengan Fida sebab tak dapat dilayan dengan baik ke
takut mak andam sampai lambat ke
takut my future husband terlewat sampai ke masjid ke
takut semuanya lah
huhuhu


Kalau dulu Fida tengok orang kahwin ni macam best je...yes memang lah best...sebab selepas ni hidup tak lagi sorang-sorang di perantauan ni...akan berteman...^_^ tapi bila diri sendiri yang mengalaminya...Ya Allah memang perit jugaklah nak ke selesai majlis...Kenapa Fida cakap perit? Apa tak seronok ke dengan perkahwinan yang dah dirancang ni? Subhanallah...tidaklah sampai macam tu...tipulah kalau Fida kata tak seronok dengan semua ni...yelah nak kahwin dengan orang yang Fida sayang sangat-sangat...maunya tak happy? Gila ke apa? hehehe...

Yang peritnya tu tentang persiapan...hanya persiapan menjelang hari bahagia Fida nanti...Kalau ikutkan perancangan mula-mula dulu Fida akan bercuti seminggu sebelum majlis...tapi last-last minit Fida terpaksa cancel kan cuti tu atas sebab-sebab perkhidmatan (wah...PA yang cemerlang ni...hahaha^_^) bukan apa...Fida risau takde orang ganti tempat Fida ni...kesian dekat bos Fida tu...macam mana dengan jadual meeting dia nanti...folder meeting lagi...nanti Fida nak kahwin pun tak senang...tak happy...takut tak berseri pulak nanti atas pelamin...:)

Jadi Fida dah buat keputusan setelah berbincang dengan En. Tunang, Fida apply cuti bermula 8 Mac 2012 (Khamis depan) hingga 20 Mac 2012 (Selasa) sama dengan 9 hari bekerja...lama jugak tu kan? tapi kena cuti jugak sebab majlis di Besut, Terengganu pada 16 Mac 2012 (Jumaat)...

Dan hari ni adalah hari Jumaat yang terakhir Fida berada di Ofis sebagai Cik Syazfida Afzan...^_^ selepas ni akan rindu dengan gelaran tu...:) dan selepas ini jugak lah tanggungjawab Fida akan jadi lebih besar...Fida berdoa agar Fida boleh jadi seorang isteri yang menghormati suami, taat pada suami, bertanggungjawab kepada suami dan urusan rumahtangga baru yang bakal dibina besama dan dapat menjadi seorang isteri solehah yang terbaik dan sempurna buat bakal suami tersayang sebagai tiket untuk suami masuk ke syurga kelak...amin...:)




Kepada sesiapa yang nak berkahwin tu
Fida doakan yang terbaik untuk semuanya ye
doakan Fida jugak ye
sayang korang semua
^_^




s a y o n a r a !!!

2 comments: