Thursday, September 27, 2012

Bersebadan Semasa Hamil



Bersebadan Semasa Hamil 

Ada yang beranggapan, apabila isteri yang hamil 7 bulan ke atas, suami tidak boleh bersebadan lagi dengannya. 

Kepercayaan kurafat, iaitu bersebadan dengan isteri yang hamil dapat merosakkan bayi kerana bercampur dengan mani yang baru.  Dikalangan masyarakat primitif diperkuat dengan cerita-cerita tahyul bahawa anak yang dilahirkan kelak cacat atau terganggu jiwanya.

Ada satu hadis yang bermaksud:

“Wanita hamil tidak boleh disetubuhi sehingga dia melahirkan.”
(Riwayat Abu Dawud)

Pendapat yang perlu kita teliti dengan saksama hadis yang dibawa itu.  Hadis riwayat Abu Dawud itu selengkapnya berbunyi:

“Dari Abi Said Al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW mengirimkan sesuatu pasukan ke Authas pada hari Hunain.  Ditengah jalan mereka bertemu dengan musuh mereka, lalu mereka perangi hingga mereka menang dan mendapat tawanan beberapa orang wanita, tetapi nampaknya beberapa sahabat Rasulullah SAW keberatan untuk bercampur dengan mereka kerana suami mereka orang-orang musyrik.  Maka turunlah firman Allah: “…(diharamkan kepadamu) wahai wanita-wanita bersuami, kecuali yang dikuasai tangan-tangan kananmu.  Maksudnya, mereka (tawanan perempuan) itu halal bagi kamu sendiri setelah habis mana iddahnya.”
(Riwayat Abu Dawud, Hadis no. 2155)

Wanita hamil yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah wanita hamil yang diperolehi dalam peperangan dengan orang kafir sebagai tawanan perang.  Hadis ini khusus mengenai waktu tawanan perang hamil dengan suaminya bukan wanita hamil dengan suami sesame muslim yang menjadi pembicaraan kita ini.

Isteri yang sedang hamil sekalipun sudah masuk bulan kesembilan, boleh sahaja disetubuhi oleh suaminya.  Dikalangan doktor, banyak yang menyarankan agar para suami boleh bersetubuh walaupun hamil untuk mempermudahkan proses persalinan isterinya.  Ini kerana, curahan air mani suaminya itu akan membantu melenturkan vagina isteri yang akan melahirkan bayinya.

Para suami tetap boleh bersetubuh dan tidak ada bahaya bagi wanita hamil.

Ini ada beberapa Pesanan Rasulullah dalam bercinta, berjimak (untuk suami isteri)
Cara berjimak yang dituntut dalam agama Islam :-
a.     Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah SWT.

b.     Pada malam selasa. Jika Allah kurniakan anak, ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
c.     Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
d.     Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak, ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah SWT rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
e.     Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
f.        Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.
g.     Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak, ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

Bacalah doa dan berlindung dari syaitan.  Jika Allah mengurniakan anak, ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment