Assalammualaikum semua...:)
hari ni Fida nak share resipi nasi ayam yang Fida try buat sendiri semalam untuk lunch kami berdua suami isteri...dan Alhamdulillah husband sangat-sangat suka dengan hasilnya...:) sebenarnya tak rancang pun nak buat nasi ayam ni, tiba-tiba je husband request...so main bedal je lah dengan tak cukup bahan segala...tapi Alhamdulillah siap dengan jayanya...hehehe
jom, Fida sharekan resipi ni...:)
Bahan-Bahan (2-3 orang makan)
1.
Untuk
Ayam
: 4 – 5 ketul ayam (mana-mana bahagian yang anda suke), 1 sudu makan rempah
kari, 1 sudu makan serbuk cili, 5 ulas bawang putih – dikisar, 1 inci halia –
dikisar, 2 batang serai – dikisar, garam & gula secukupnya
2.
Untuk
Sup :
Bahagian ayam yang bertulang (leher & kaki), 1 inci halia, 3 ulas bawang
putih, sup bunjut, sedikit daun sup, sedikit daun saderi & garam secukup
rasa
3.
Untuk
Nasi : Beras 2 pot, 1 sudu besar mentega, 2 ulas bawang
putih – diketuk, 3 ulas bawang merah – dimayang, 1 inci halia – diketuk, kuah
sup secukup rasa untuk memasak nasi
Cara-cara
1.
Untuk
Ayam
: Semua bahan yang dikisar dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Bersihkan
ayam dan toskan. Gaul ayam bersama rempah tadidan diperap selama ½ jam, lebih
lama lebih sedap. Goreng dengan minyak yang banyak.
2.
Untuk
Sup :
Tumiskan bawang putih, halia hinga naik bau. Masukkan air (pastikan cukup untuk
masak nasi & kuah sup). Masukkan sup bunjut, daun sup, daun saderi &
bahagian ayam yang bertulang hingga mendidih.
3.
Untuk
Nasi : Bersihkan beras dan toskan. Panaskan mentega,
masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumiskan hingga kekuningan dan
masukkan beras. Kacau sekejap hingga rata. Masukkan beras ke dalam periuk nasi
dan masukkan kuah sup (cukup untuk 2 pot beras). Boleh juga tambah sedikit
serbuk kunyit jika suka warna nasi berwarna kuning.
4.
Untuk
Sos :
1 biji buah tomato, 4 biji cili padi, 2 biji cili merah, sedikit gula &
garam, sedikit kuah sup. Ikut citarasa anda. Blendkan semua bahan-bahan tadi
5.
Untuk
Kicap : 3 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar kicap masin,
1 sudu besar sos tomato, sedikit kuah sup. Campurkan kesemua bahan-bahan di
atas. Siap untuk dihidangkan….Selamat menjamu selera.
terliur tgk..huhu
ReplyDeletehehehe try buat sendiri...mst best...air tgn sendiri lebih bermakna tau...:)
ReplyDelete