Wednesday, December 5, 2012

Masalah Ketika Mengandung



Assalammualaikum semua…

Fida harap semua pembaca blog Fida ni sihat-sihat hendak-Nya…InsyaAllah dengan kehendak-Nya…amin… sebab kalau kita kurang sihat, memang akan ada banyak masalah sebab macam-macam aktiviti yang kita dah rancang nak buat akan tergendala…tak gitu kawan-kawan?

Macam Fida lah juga..rasanya memang dah jaga betul-betul supaya tahap kesihatan Fida akan capai tahap yang paling optimum bagi ibu mengandung..tapi apakan daya semua tu adalah kuasa Tuhan..kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha dan berdoa…

Semua ubatan yang diberikan oleh doktor memang fida makan mengikut masa yang telah ditetapkan tapi apakan daya sakit pening tu tetap datang menjengah…Fida sesungguhnya redha dengan ketentuan dari Allah S.W.T. ini…sekurang-kurangnya Fida tidak terlalu berserah tapi telah berusaha terlebih dahulu…dan selebihnya adalah kuasa Allah S.W.T.

Boleh dikatakan setiap pagi badan Fida akan mengalami keletihan dan kelesuan yang sangat-sangat teruk bagi Fida…nak melakukan tugas seharian di pejabat pun kadang-kadang tu tergendala…terpaksa tidur sekejap (dalam sejam pun jadilah) baru tenaga Fida akan pulih seperti sedia kala…tapi mampu ke nak tidur je sedangkan bos Fida sentiasa ada…itu lah yang susahnya dan Fida terpaksa kuatkan semangat untuk teruskan kerja jugak…

Selera makan pun dah semakin berkurang sekarang ni…tapi itu normal rasanya bagi ibu mengandung yang dah masuk trimester tiga ni…yelah baby pun dah besar kan…so nak makan banyak pun dah tak lalu…

nafas pun akan selalu semput (termengah-mengah)…nak jalan-jalan banyak macam mula-mula pregnant dulu pun susah dah sekarang ni…tapi kat pejabat Fida akan pastikan tetap berjalan sebab orang kata itu akan memudahkan ketika proses bersalin kelak… InsyaAllah…amin….

 credit pic to : google

Bila malam lain pulak ceritanya, sebab Fida akan selalu / kerap mengalami krem kaki terutamanya bila suami Fida terpaksa bekerja shift sebelah malam…so tak ada siapa yang boleh urut / pegang kaki Fida ni untuk lega / kurangkan sakit krem kaki tu…kadang-kadang tu sampai menangis jugak lah Fida sorang-sorang…Tuhan je tahu perasaan tu…dan suami Fida memang risau kalau dia terpaksa kerja shif malam…

credit pic to : google

Sakit gigi pulak, biasalah orang akan kata kurang minum susu la tu…tapi Fida dah amalkan 3 gelas sehari sekurang-kurangnya, tapi sakit tu tetap menjengah…lepas ni terpaksalah tambahkan lagi kuantiti untuk pastikan tahap kesihatan Fida akan meningkat…InsyaAllah…

 credit pic to : google

satu lagi masalah yang amat membimbangkan Fida sekarang ni..minggu lepas Fida check-up dengan doktor dan telah dikhabarkan akan masalah Placenta Previa ataupun kita panggil kedudukan uri di bawah...memandangkan usia kandungan Fida dah mencecah 32 minggu, Doktor risau dan nak refer Fida ke Doktor Pakar di Klinik Presint 9 Isnin ini...sebelum nak jumpa tu macam-macam petua yang Fida amalkan supaya kedudukan uri Fida ni stabil semula la...

Alhamdulillah ramai kawan-kawan yang membantu Fida...terima kasih semua...

antara petuanya yang kawan-kawan Fida bagi dan ada yang Fida google sendiri dalam internet...jom sharing nak..:)
 

1.             Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA :
Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

TEKNIK PERNAFASAN :
Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.


2.             Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi.

3.            Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah. Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

4.            Mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran (Petua seorang ustaz – abang ipar kawan Fida) :


“U i zuhu bil wahidi somadh mim syarri qulli zhi hasadh”

CARA :

  • dibaca sebanyak 3 kali, dihembus pada air, dan kemudiannya sebelum diminum hendaklah dibacakan selawat sebanyak 3 kali terlebih dahulu
  • boleh juga diamalkan semasa bacaan doa setiap kali selepas solat
  • boleh juga diamalkan sebagai suatu zikir seharian
5.            Petua dari Seorang Doktor Cina :

Baring di atas lantai tanpa alas atau dengan alas (tikar bukan tilam) selama dua jam atau lebih dimana kedudukan kaki hendaklah dilunjurkan (straight) dan selalulah bercakap dengan bayi anda supaya membawa “kawan” dia tu naik ke atas.


korang doakan Fida ok...:)




s a y o n a r a !!!



4 comments:

  1. Salam..nk tahu..lepas buat petua@amalan ni..uri awak naik x?terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, saya tertarik dengan doa amalan yg anda gunakan. Salam dari Indonesia

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Amalan* dan doanya.

    ReplyDelete