SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENJADI IBU BAPA?
Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga sangatlah memerlukan komitmen. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, sama ada baru atau sudah lama, pastinya kehadiran cahaya mata adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak merancang atau yang sangat sayang dan kasihkan kanak-kanak.
Walau bagaimana pun, kehadiran cahaya mata menuntut komitmen yang bukan sedikit. Ia diperlukan sepanjang kehidupan, kerana andalah yang bakal menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa. Ibu bapa perlu menyediakan kasih sayang, makanan, didikan agama, perlindungan, pendidikan, perhatian dan pelbagai keperluan lain bagi memastikan anak-anak membesar dengan baik.
IBU
- Bersediakah menghadapi perubahan mental dan fizikal kerana semasa dan selepas mengandung kedua-dua perubahan itu pasti berlaku.
- Bersediakah mengharungi dunia ibu yang memerlukan komitmen yang bukan sedikit?
- Cukupkah pengetahuan atau info mengenai penjagaan, penyusuan , pemakanan dan perkembangan anak?
BAPA
- Mampukah bertahan dengan karenah isteri ketika isteri sarat mengandung?
- Mampukah menanggung perbelanjaan setelah anak lahir?
- Bersediakah membahagikan masa terhadap anak dan lain-lain aktiviti?
- Mampukah meringankan tugas isteri (terutamanya isteri yang berkerja) setelah anak lahir?
IBU BAPA
- Pastikah anda dengan komitmen yang bakal anda curah sesudah bergelar ibu bapa?
- Bersediakah anda mengorbankan masa yang penting (atau tidak cukup tidur) setelah mempunyai anak?
- Bersediakah menghadapi perubahan dalam sebarang hubungan yang mungkin berubah setelah mempunyai anak?
- Mampukah anda mengimbangi antara kerjaya, keluarga dan anak?
- Bersediakah anda menghadapi sebarang masalah atau kemungkinan-kemungkinan anak anda mungkin memerlukan jagaan atau keperluan khas?
Diharapkan sedikit pertanyaan ini dapat membantu anda dalam menghadapi persediaan jika benar-benar inginkan anak, terutamanya bagi mereka yang bergelar pasangan muda dan pasangan yang dalam keadaan sedikit terhad kemampuan kewangan. Walau bagaimana pun, ingatlah, setiap anak merupakan rezeki dan mampu membawa rezeki yang berbeza bergantung kepada keizinan Allah yang satu. Juga jangan risau kerana ilmu pengetahuan keibubapaan ini boleh didapati dengan pelbagai cara. Masih sempat mempelajarinya walaupun anda sudah berbadan dua.
sumber : Alam Mama
s a y o n a r a !!!
www0514
ReplyDeletenike air max
michael kors handbags
chrome hearts outlet
michael kors outlet
manchester united jersey
coach handbags
ugg outlet
canada goose outlet
swarovski crystal
pandora charms
kyrie irving shoes
ReplyDeletegolden goose sneakers
kobe shoes
converse shoes
curry 5
hermes birkin
nike outlet
kevin durant shoes
yeezys
air jordan