Perancang Keluarga
Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita hamil :
- Berumur diantara 20 dan 35 tahun
- Kelahiran anak terakhir sekurang-kurangnya 2 tahun lalu atau mempunyai masalah perubatan yang terkawal & optima
- Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
- Pasangan ingin mempunyai anak
Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor di atas tidak dipenuhi. Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga berkesan.
Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
- Kaedah semulajadi
- Kaedah masa subur
- Suhu badan asas
- Kaedah cairan dan lendiran faraj
- Kaedah gabungan
- Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
- Kaedah halangan
- Kondom
- Topi servik
- Diafram
- Hormon
- Pil
- Implan
- Suntikan
- Alat dalam rahim
- Kaedah kekal
- Ikatan tiub fallopian/peranakan
- Pembedahan mengikat saluran mani lelaki
Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:
- Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
- Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
- Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini
- Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
- Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga
Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?
Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan. Pasangan mempunyai peranan yang penting dalam bentuk sokongan bagi memastikan perancang keluarga berkesan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:
- Umur wanita tersebut
- Taraf kesihatan
- Keberkesanan kaedah
- Kaedah yang disukai individu
- Kaedah yang terdapat di klinik
- Sejarah obstetrik & ginekologi lepas
Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?
Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil. Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai kriteria seperti di bawah:
- Dalam masa 7 hari selepas haid normal
- Dalam masa 7 hari selepas keguguran
- Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
- Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
- Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir
- melakukan ujian kehamilan air kencing atau
- tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)
- Hormon (pil)
- Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
- Selepas keguguran- mulakan serta merta
- Selepas kelahiran :-
- Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
- Jika menyusukan bayi- mulakan 6 minggu selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula
- Mulakan dalam masa 7 hari haid
- Mulakan serta merta selepas keguguran
- Selepas kelahiran
- Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
- Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
- Semasa haid
- Serta merta selepas keguguran
- 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
- Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
- serta-merta selepas melahirkan atau
- 6 minggu selepas melahirkan atau
- Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
- Bila-bila masa
- Lelaki (Vasektomi)
- Bila-bila masa
Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan?
Keberkesanan Pil perancang yang digunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormon paket 21 (seperti Marvelon, Nordette)?
- Lambat memulakan
- Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.
- Terlupa 1 pil
- Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.
- Terlupa 2 atau lebih pil
- Gunakan kondom untuk selama 7 hari
- Ambil pil hormon
- Kira berapa bilangan pil hormon yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormon progestin ? (cth, Noriday)
- Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain selama 48 jam.
- Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.
- Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.
Fida harap dapat membantu sedikit sebanyak kepada ibu-ibu, bakal-bakal ibu di luar sana...:) Sumber artikel ni pon Fida dah lupe lah...ehehhe sebab dah lama carinya baru hari ni nak post dalam blog ni...maaf ye semua...
sharing is caring... :)
s a y o n a r a !!!
thx ye..mungkin berguna untuk saya pada masa akn datang..sekarang ni tengah berusaha untuk dpt kan zuriat..doakan saya! :)
ReplyDeleteoff white clothing
ReplyDeletejordan shoes
nike shoes
polo ralph lauren
michael kors handbags
air max 2019
kobe shoes
supreme new york
christian louboutin outlet
hermes birkin
jordan 4
ReplyDeletegolden goose slide
curry shoes
jordan shoes
air jordans
nike air max 90
golden goose sneakers
curry 7 shoes
air jordan
supreme outlet