Wednesday, April 15, 2015

Al Fatihah buat arwah abah tersayang.....;(


Assalammualaikum.....


Tanggal 13 April (Isnin) merupakan tarikh kelahiran arwah abah Fyda...sungguh sayu hati ini melalui hari-hari tanpa arwah, tapi itulah kenyataan hidup yang perlu diteruskan sebagai seorang insan dan hamba Allah di muka bumi ini...dan tanggal 14 April (Selasa) pula merupakan hari ulangtahun perkahwinan emak dan arwah abah tersayang... sayu hati saat terpandang wajah emak. Fyda tahu depan kami adik beradik emak nampak kuat, sentiasa tersenyum bahagia tapi hati di dalam itu mesti amat pedih dan terlalu rindukan arwah abah. Ya, kami adik beradik lah kekuatan emak..cucu-cucu emak pengubat luka dan rindu di hati. 

Buat arwah abah, adik akan sentiasa doakan abah sentiasa tenang di sana... Al-Fatihah!









Adik rindu abah sangat-sangat
semoga dirimu tenang di sana abah
Al-Fatihah!






2 comments: