Followers

Thursday, December 28, 2017

F.A.Q : BLOOMER QUEEN FABRIC PERFUME

BLOOMER QUEEN FABRIC PERFUME


.
F.A.Q (Frequently Asked Question)
.
Q: Berapa Isipadu pewangi Bloomer Queen Ni?
A: 500ml Sebotol
.
Q: Berapa Lama Boleh Tahan sebotol?
A: Bergantung pada kekerapan spray dan cara guna.
.
Q: Ade Expired Date Tak?
A: 6bulan Dari Tarikh Pembukaan. Mustahil pakai sampai bertahun-tahun.
.
Q: Apa Fungsi pewangi Bloomer  Ni?
A: Fungsi utama mewangikan fabrik , menghilangkan bau hapak, memberi kesegaran pada fabrik .
.
Q: Berapa lama bauan tahan pada fabrik?
A: Sekiranye sembur pada permukaan outdoor (terdedah/terbuka) tahan 2jam ke 3 jam.
Sekiranye permukaan indoor (tertutup/small area) lebih daripada 8jam .
.
Q: Bau Ape Ye?
A: Bau Fresh Dobi Sis, Sesuai Untuk semua, semua suka bauan Bloomer Queen.
.
Q: Tinggalkan kesan pada baju  Tak?
A: Tidak, melainkan terlalu banyak sembur pada fabrik Sis.
.
Q: Macam Mana Nak Pakai Ni?
A: Semburkan 2 atau 3 kali pada fabrik yang ingin digunakan. Terus kepada permukaan fabrik ye sis.
.
Q: Berapa Kali Sehari boleh sembur ?
A: Bila-bila masa sahaja, janji permukaan fabrik (kain)
.
Q: Kulit Sensitif atau baju baby boleh spray ke?
A: Boleh takde bahan terlarang dalam kandungan pewangi Bloomer Queen. Tambahan ianye Anti-bakteria.

s a y o n a r a !!!


Wednesday, December 27, 2017

Bloomer Queen The Real Fabric Perfume

Assalammualaikum dan salam menjemput rezeki semua... 

PROMO DISEMBER tinggal 4 hari sahaja lagi!!!!
Cepat grab sebelum kehabisan stok!!!
Rugi siapa tak dapatkan satu!!



PENING dengan Pakaian atau Fabrik Anda yang tak bau WANGI?
Dah basuh & letak softener bagai tapi WANGI sekejap jer?

Pernah tak terfikir selepas menghantar pakaian di kedai dobi :

    Ø  Kenapa wangi sangat baunya?
    Ø  Mereka gunakan sabun/softener apa sampai bau wangi macam ni sekali?
    Ø  Mana agaknya nak dapatkan wangian macam di kedai dobi?
    Ø  Kenapa mereka tak nak jual kepada customer?

KINI TIDAK LAGI RAHSIA? Memperkenalkan “Bloomer Queen” pewangi fabrik yang lebih setanding dari kebanyakan jenama lain di pasaran.



Pewangi Fabrik BLOOMER QUEEN Terlajak Wangi!!
** PRODUK ini TERLAKU LARIS & telah TERJUAL lebih 6000
botol dalam masa hanya 2 bulan. Cepat dapatkannya!!



10 kelebihan BQ yang anda perlu tahu :

    v  Jimat masa - Spray sahaja terus wangi
    v  Jimat kos - All in one. Boleh dibuat sebagai perfume
    v  Jimat tenaga - Tak perlu bilas
    v  Produk berasaskan tumbuhan yang SELAMAT digunakan..
    v  Tidak melunturkan pakaian
    v  Agen Anti-bakteria
    v  Wangian tahan lebih lama (Bauan Fresh Dobi) – tiada lagi bau hapak dan busuk
    v  100% HALAL dan boleh dibawa SOLAT & Tiada Lemak Haiwan
    v  Dihasilkan di kilang BUMIPUTRA MUSLIM
    v  Sesuai untuk semua jenis fabrik – toto, cadar, bantal, sofa, langsir, pakaian, selendang, telekung, kasut, dalaman helmet, kusyen kereta, bilik tidur, ruang tamu, ruang pejabat, carpet dll.

Satu wangian pelbagai guna.. Wowww...😍😍😍 .
Stok terhad.
Siapa cepat dia dapat!!!

🌷SPRAY! SPRAY! TERUS WANGI…

Hye saya Syazfida
Stokis Putrajaya
Berminat nak beli?? 

#bloomerqueen 
#fabricspray 
#teamsyazfida
#teamputrajaya 


s a y o n a r a !!!


Friday, June 10, 2016

Kehidupan di dunia yang Serba Mencabar




Assalammualaikum...

Bekerja mempunyai banyak tujuan kan? Sebagai contoh, ada yang hanya bekerja dengan tujuan semata-mata untuk gaji. Cukup bulan gaji masuk dalam akaun kerana bagi mereka tanpa gaji macam mana mereka nak teruskan kehidupan di zaman yang semuanya memerlukan wang kan...semua barang nak naik harga, dengan cukai segala, GST lagi....banyak yang nak ditanggungkan...Mana nak bayar ansurans kereta/motor, rumah (bagi yang ada rumahlah), kalau yang dah kahwin, barang-barang keperluan rumah lagi, yuran taska/nurseri anak lagi, barangan keperluan sekolah lagi...bil-bil utiliti yang dah wajib tiap-tiap bulan dibayar kan...ASTRO, TNB & SYABAS...itu belum lagi kalau kereta rosak ke kan, nak servis bagai lagi



Tambah pulak sekarang ni Bulan Ramadan, semua nak buat persediaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ni...baju raya, duit raya, duit nak pulang ke kampung halaman lagi...kalau penjawat awam macam Fida dan suami ni syukur Alhamdulillah PM nak bagi bantuan khas kewangan sempena perayaan...syukur sekurang-kurangnya dapat jugaklah meringankan beban yang sedia ada ni...macam-macam kan dalam kepala ni nak fikir...tapi itulah hakikat kehidupan yang perlu dihadapi...cuma cara untuk kita harungi segala dugaan dan cabaran tu yang berbeza..yelah lain orang lain pendekatan dan penyelesaiannya kan...



Ada jugak yang mencintai kerja dia...sebab apa? faktor persekitaran kerja tu sendiri...yelah kalau kawan-kawan tempat kerja semuanya boleh beri komitmen yang diperlukan dengan baik, siapa yang tak seronokkan nak datang kerja...dapat bos pulak yang memang baik giler lah orang cakap, faham komitmen kita, kalau kita buat salah tegur dengan cara berhemah, tak cakap belakang kita, bukan jenis talam dua muka bagai ni...memang "heaven": nak pergi kerja macam tu..


Tapi macam mana kalau sebaliknya? susah nak cakap kan, sebab dalam dunia ni kita bukan sentiasa disukai, disayangi, sentiasa berasa di atas...sebab kehidupan kita ni macam roda kan...kita memang akan merasa segala kesusahan, kesenangan, kekalahan, kemenangan, kesedihan, kegembiraan, kekecewaan dan kebahagiaan tu...tapi pengalaman setiap individu tu memang berbeza...

Fida pernah terbaca ada satu ayat ni...
"Manusia adalah makhluk unik"

Kenapa dia cakap macam tu ye? Setiap manusia tu adalah berbeza antara satu sama lain. Ini kerana keperibadian dan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh faktor persekitaran tempat tinggal mereka. Bahkan, adik beradik pun yang dibesarkan dalam persekitaran yang sama tetapi akan menunjukkan keperibadian/perilaku/kepandaian yang berbeza dan pelbagai antara satu sama lain. 

Semua mesti pernah dengar kan perumpamaan ni, 
"rambut sama hitam, tapi hati lain-lain" 


itulah manusia, memang sangat istimewa kewujudannya...kita sendiri yang mencorakkan bagaimana kita mahu kehidupan kita ni....

seperti kata pepatah...
"pengalaman mematangkan seseorang itu"

 pucuk pangkalnya, diri sendiri...jangan hipokrit dan jangan jadi seperti talam dua muka sudahlah ye kawan-kawan...Fida memang cukup tak suka dengan dua golongan ni...jadi renung-renungkan dan mari kita sama-sama beramal...






s a y o n a r a !!!


Sunday, April 10, 2016

Sahabat di Ofisku


Assalammualaikum...

Sahabat di pejabat...semuanya dah kakak-kakak sangat pada Fida tapi tetap maintain kekanak ribenaan...hahahaha malas nak cakap banyak korang tengok jelah...inilah kesayangan Fida kat pejabat ni...Kalau stress memang kena layan dorang ni dulu...confirm hilang stress... hahahahaha


 Cdot ku sayang...

 Atini Rose, walau dah pindah ke opis lain tapi dia tetap dihatiku...

 Kak Odahku...pembimbingku ke jalan yang benar...hahahha






































Love them so much...

Lots Of love
Fida



s a y o n a r a !!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...