Followers

Friday, June 29, 2012

PATI DELIMA GULSAN DARI TURKEY

Assalammualaikum semua.....

Hari ni Fida nak share suatu khasiat yang semua orang tahu... yang mana Fida nak bagitahu lagi sekali supaya korang semua lebih tahu segala detail kebaikan produk ini... ^_^


PATI DELIMA GULSAN DARI TURKEY 

Pati Jus Delima Pekat Penuh Khasiat! 
100% perahan buah delima tulen  


Khasiat perubatan delima sudah dijumpai
 sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat 
Parsi Purba (Iran).




MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi. 

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS 
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA

Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA 

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN

Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.



DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
~Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
~menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
~menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
~kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI

Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.



LAGI KHASIAT DELIMA

~Melawan penyakit gout
~mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
~merawat 'sinus'
~meningkatkan tenaga
~menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan  badan
~Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
~menormalkan fungsi hati
~menstabilkan peredaran darah
~merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
~mencuci darah kotor






s a y o n a r a !!!

Friday, June 8, 2012

63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Assalammualaikum semua ^_^

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
      (a) Mental, pendidikan dan ilmu
      (b) Emosi
      (c) Fizikal dan ekonomi
      (d) Sosial
      (e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
       (a) Pendapat atau pandangan
       (b) Hobi
       (c) Kegemaran
       (d) Makanan
       (e) Cita rasa
       (f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.




Yang Fida warnakan biru tu sebab terasa dekat sangat dengan kami... ^_^ tapi itu tidak bermakna yang warna hitam tu Fida tak amalkan cuma yang warna hitam tu kebanyakannya adalah rutin seharian dalam kehidupan berumahtangga...semua orang akan melaluinya..:) jadi renung-renungkan dan selamat beramal... ^_^





s a y o n a r a !!!

Thursday, June 7, 2012

Resipi : Ketam Masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum semua...^_^


hari ni Fida nak share satu resipi untuk lauk Fida dan suami malam ni...:) sebab kesian kat husband, dah lama mintak buatkan lauk ni, tapi masih belum berkesempatan...harap-harap menjadi dengan jayanya lah resipi fida tu nanti...^_^

Fida ambil je resipi ni dari  http://noorsha.blogspot.com...jangan lupa terjah ye...:)

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API


terliur kan tengok? hehehe tak sabar nak masak malam ni...^_^



Bahan-bahan ( 1 family ) 

1 kg ketam
segenggam cili api
1 biji kelapa -diparut & diperah santannya dgn sedikit air
2 inci kunyit hidup
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
garam

Cara-cara 

1.bersihkan ketam dan ketepikan.
2.tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
3.masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
4.masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
5. masukkan ketam dalam periuk.
6.kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ketam masak (kulit menjadi kemerah merahan) utk elak santan pecah.
6.Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.
Sedia dihidang......


senang je kan? memang senang tapi yang jadi malas tu sebab nak kena maintain kacau je konon-kononnya tak nak bagi pecah minyak...hahahha tapi biasanya kalau Fida yang masak memang pecah je minyaknye...hahaha


Selamat Mencuba... ^_^




s a y o n a r a !!!

Monday, June 4, 2012

Dulu & Sekarang

Assalammualaikum semua...^_^


Dah lama rasanya Fida biarkan blog ni tak berupdate...hrmmm busy sangat sebenarnya...tak menang tangan semenjak dah bergelar seorang isteri ni...siapa yang nak kawen tu get ready tau...tapi penat korang tu berbaloi2 seandainya dapat pujian dari suami tercinta...walau kita tak minta untuk dipuji sedemikian rupa...tapi biasalah orang perempuan kan...kalau dapat pujian memang kembang je rasanya...nak nak pulak pujian tu datangnya dari orang yang paling kita sayang...kalau korang perempuan tapi tak ngaku memang korang penipu lah namanya...kalau tak banyak sikit pon pujian dah boleh mengembangkan saraf-saraf deria rasa korang tu...hehehhe
 

Rutin sebagai seorang isteri sangat-sangat berbeza dengan rutin Fida semasa masih bujang dulu...


KALAU DULU balik kerja boleh lepak-lepak dulu depan tv sambil makan keropok keping
TAPI SEKARANG balik kerja je dah kena menghadap dapur, nak kena fikir nak masak apa hari ni, nak kene kemas dapur, nak kene kemas rumah

KALAU DULU iron baju sendiri je tu pon kadang-kadang malas sebab selagi ada baju yang tak payah iron tu selagi tulah iron tu tak digunakan...:)
TAPI SEKARANG iron baju dah jadi satu kerja yang amat rutin, baju suami diutamakan, baju sendiri dibelakangkan...hehehe

KALAU DULU ada masa nak lepak-lepak dengan kawan-kawan pergi berjimba beramai-ramai takde siapa pun yang nak marah, nak karaoke ke tengok wayang ke tak kisah pon
TAPI SEKARANG masa lepak adalah dirumah sahaja (mengemas rumah, basuh pinggan, memasak, basuh baju dll) sebab jarang sangat dapat keluar, lagipun kalau keluar rasanya lebih banyak buang duit daripada menabung... ^_^ tengok wayang pon tak pernah lagi lepas dah kawen ni...hehehe

KALAU DULU nak buat ape-ape pon tak perlu banyak fikir
TAPI SEKARANG kena fikir suami dulu baru diri sendiri

KALAU DULU nak keluar mana-mana tak perlu minta izin cukuplah sekadar telefon mak kat kampung bagitau kita nak pergi mana, tu pon kalau rajin...hehehhehe biasanya main redah je...kikikiki
TAPI SEKARANG semuanya kena mintak izin suami, selagi tak dapat izin dosa pulak kan...tapi ada certain2 benda tu suami kata dia izinkan sebab benda tu dah rutin setiap hari dilakukan...^_^ so senang kan?

KALAU DULU pergi kerja kena pilih sendiri baju nak nak dipakai esoknya
TAPI SEKARANG dah ada suami yang tolong pilihkan...hehehe ngade2 tak? kikikiki

KALAU DULU bila-bila masa pon boleh balik kampung...asal ade duit lebih je memang hilang la dari Putrajaya ni...hehehe
TAPI SEKARANG nak balik kene tengok masa suami jugak...kalau die free baru boleh balik..tapi kalau urgent tetap kena balik, kenalah mintak izin suami dulu baru boleh balik... ^_^

KALAU DULU tabung kat rumah tu asal penuh je pergi pecahkan, kadang2 tak penuh lagi dah pecahkan...hahaha
TAPI SEKARANG berlumba dengan suami tabung siapa yang penuh dulu sebab nak simpan dalam ASB...:)

KALAU DULU tap pernah bawa bekal kat ofis, yelah kafe kan ade
TAPI SEKARANG bekal tu memang dah jadi suatu kewajipan, jarang sangat tak bawa bekal

KALAU DULU nak bangun pagi-pagi punyalah malas lagi-lagi hari minggu
TAPI SEKARANG jam 5.00 pagi dah bangun nak wat sarapan untuk suami, yelah suami kerja shift, so masa die tak tentu, jadi Fida lah yang kena ikut masa suami...nama pon isteri kan... ^_^


tapi itulah yang telah mematangkan Fida, dari tahu masak certain2 lauk je sekarang ni dah boleh la, kira macam pandai dan boleh berbangga la dengan pencapaian diri sendiri untuk masak pelbagai jenis lauk untuk suami makan. Alhamdulillah....Fida suka dengan dunia baru Fida ni...itu jelah sedikit sebanyak pengalaman Fida semenjak bergelar isteri ni yang Fida nak share dengan korang semua...mana yang boleh dijadikan panduan sila-silalah ye, tapi mana yang tak perlu tu cukuplah sekadar menjadi bahan bacaan anda di waktu lapang... ^_^




s a y o n a r a !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...