Followers

Thursday, March 12, 2015

I'm Falling In LOVE with You again, again & again Husband!

Assalammualaikum semua....


Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah 3 tahun usia perkahwinan Fyda dengan suami tersayang. Memang tak sangka langsung, orang yang Fyda cuma kenal dalam laman sosial Facebook tulah yang akan jadi suami Fyda dan papa kepada anak-anak Fyda. Tapi itulah jodoh kan? Sebelum kenal En. Suami ni, sibuk la dok mencari cinta...cinta yang Fyda sendiri tak tahu penghujung ceritanya...tapi at last jodoh tu datang dengan sendirinya...Alhamdulillah Syukur...:) Itulah nikmat yang Allah nak bagi kan?

Sepanjang usia perkahwinan kami banyak suka duka yang perlu kami hadapi. Biasalah kan...sedangkan lidah pon lagi tergigit, manakan pulak dengan hubungan suami isteri yang dah tentu-tentu ada perasaan masing-masing kan? Adat lah semua tu. Tapi itulah penguat dan pengukuh ikatan antara kami suami isteri. Lapi pula bila dah ada anak ni, memang lebih mematangkan kami suami isteri. 

Tanggal 10 Mac 2012, 3 tahun yang lalu, termeterailah ikatan sah kami sebagai suami dan isteri. Saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan itu bilamana semua adik beradik Fyda semuanya sempat diwalikan oleh arwah abah, sedangkan Fyda berwalikan abang kandung. Sungguh perasaan tu teramat berbeza dan memang tidak dapat Fyda nak gambarkan kat sini. Tapi itulah hakikat dan kenyataan yang perlu Fyda tempuh dan syukur Alhamdulillah hubungan kami bahagia hingga ke saat ini....In Shaa Allah untuk selamanya...korang doakan Fyda ye...:)

Banyak pulak celotehnya Fyda petang ni kan? Fyda nak share gambar sempena Birthday Fyda baru-baru ni yang mana En. Suami buat kejutan istimewa khas untuk Fyda. Sungguh terharu sangat atas usaha beliau. Dan Fyda dapat hadiah istimewa. Lagilah bertambah-tambah terharu kan? Wajib sangat rasa camtu...hahahha

Gambar kat bawah nilah surprisenya tu. Mana tak terkejut, sebab bila balik dari ofis tu memang penatlah sebab hari tu kerja banyak sikit. So, bila sampai je rumah, bukak pintu then....terus nampak benda ni...:)


Hehehehe....lepas tu dengar suara yang memang kenal sangatlah kan nyanyikan lagu Happy Birthday kat Fyda...Yang buatkan lagi romantik sebab anak kitaorang takde masa ni. Dia ikut opah dia ke Subang tinggal dengan kakak Fyda untuk seminggu. So bertambah romantik la...hahhahaha Bab hadiah tu biarlah rahsia ya...cukuplah keluarga dan teman rapat je yang tahu...:) tapi Fyda memang suka dan berkenan sangat dengan hadiah tu...Thanks to you sayang...:)

Oleh sebab happy sangat, jom Fyda belanja gambar sikit...:) Let's GO!!!














Seriously I Love You sayang
TQ for everything you had done for me
I'm really happy being your wife
Being forever with me Okay?

We LOVE you Papa
You are my HERO




s a y o n a r a !!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...