Assalammualaikum semua...
dup dap dup dap...menanti hari bahagia...semakin hari semakin dekat...^_^ jantung ni dah macam apa dah rasanya...sape2 yang nak kawen macam Fida ni atau yang baru je kawen, mesti paham apa yang Fida alami sekarang ni...:) bukan je debaran menanti hari perkahwinan tu tapi hari-hari setelah bergelar isteri nanti...banyak kan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik, taat, setia dan yang paling penting ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan...hehehe chewahhh...dah pandai bercakap tentang tanggungjawab seorang isteri lah pulak sekarang ni...:)
oklah...dah lama menyepi (yang sememangnya selalu sangat menyepi kan) korang jangan marah tau...bz sangat-sangat sekarang ni...sampai sakit-sakit Fida...hari ni baru masuk kerja tau lepas 2 hari dapat MC kena ceri beri...hehehe ni pun xsepenuhnya sihat lagi ni...tapi kuatkan diri...kena kerja jugak...yelah nanti nak kawen cuti lagi lama...kesian dekat bos Fida kena tinggal sorang-sorang...:(
________________________________________________________________________________
Di kesempatan ini, saya Syazfida Afzan dan saya mewakili tunang saya Mohd Zaini, ingin menjemput anda semua ke majlis perkahwinan kami pada ketentuan seperti berikut :
Tarikh : 11 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : No. 33, Blok 4, Felda Keratong 7, 26700 Muadzam Shah, Pahang
Semoga dengan kehadiran dan doa restu kalian akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati oleh Allah S.W.T. Insya’Allah. Terima kasih. ^_^ Doakan kebahagiaan kami dunia & akhirat ye...:) siapa yang dekat je tu jemput datang ye meriahkan lagi majlis dan siapa yang jauh tu kalau nak datang Fida hargai sangat-sangat jasa baik kalian...kalau datang kenalkan diri kat Fida ye...nak juga kenal dengan sahabat blogger Fida semua ni...^_^ sayang korang...:)
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Engkaulah Yang Maha Agung
Yang telah menciptakan qadha’ dan qadar ini
Kami pohon restu dan keredhaanMu
Jadikanlah ikatan ini selamanya diberkati olehMu
Agar sentiasa dilimpahi dengan keimanan dan
kasih sayang dan peliharalah ia semoga ianya akan
berkekalan dengan Rahmat dan cahaya kasihMu
Di dunia ini dan di akhirat nanti…
Ya Allah
Satukanlah hati dua hambaMu ini sepertimana
Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha
Dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah.
- Amin Ya Rabbal Alamin -
Undangan Majlis Perkahwinan kami berdua...^_^
sedikit maklumat untuk semua...:)
Peta ke Majlis perkahwinan Fida...^_^
jemput datang ye semuanya...^_^
s a y o n a r a !!!