Followers

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #4

Assalammualaikum...




cre pic to Google image


p/s : mood tak berapa ok hari ni...:(



s a y o n a r a !!!

Monday, February 27, 2012

Lirik Lagu | Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

Assalammualaikum semua...:)


Selamat pagi semuanya...sihat tak hari ni? macam mana cuti hujung minggu baru ni? korang pergi mana je? mesti best kan hujung minggu korang....hujung minggu Fida seronok jugak sebab hampir settle semua kerja-kerja kahwin ni...^_^ wahhh...dah dekat rupanya...minggu depan je korang...berdebar terlebih dah ni...bukan apa...Fida cuma risau tak dapat nak layan tetamu yang hadir tu je...takut ada yang terasa hati je...risau sangat-sangat bab tu...harap-harap semuanya berjalan dengan lancar...:)


oklah...banyak pulak membebel pagi ni kan? hehe jomlah semua...Fida nak share lirik yang sangat-sangat Fida suka sekarang ni dari Ainan Tasneem dan orangnya pun sangat comel ok...^_^ Fida dapat lagu ni dari blogger terkenal sape lagi kalau bukan Abang Nara a.k.a. beautifulnara tu...:) sebelum tidur mesti dan Wajib dengar lagu ni kalau tak memang tak boleh tidur (sekarang ni la...sebab lagu ni hot...^_^) let's check it out...^_^




Aku Lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

**Bila dia mendekati diriku
  Hatiku rasa sesuatu
  Bila dia senyum pada diriku
  Hatiku rasa tak menentu

Hu...O...Oh
Hu...O...Oh

Kekadang hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku Ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Ulang **

Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Hu...O...Oh
Hu...O...Oh

Ku terima satu nota
Dari mu yang tertulis
Aku Suka Kamu

Ulang **

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Hu...O...Oh
Hu...O...Oh

Aku Suka Dia....






s a y o n a r a !!!

Wednesday, February 22, 2012

Majlis Perkahwinan Syazfida & Zaini | 11 Mac 2012 (Ahad)

Assalammualaikum semua...




dup dap dup dap...menanti hari bahagia...semakin hari semakin dekat...^_^ jantung ni dah macam apa dah rasanya...sape2 yang nak kawen macam Fida ni atau yang baru je kawen, mesti paham apa yang Fida alami sekarang ni...:) bukan je debaran menanti hari perkahwinan tu tapi hari-hari setelah bergelar isteri nanti...banyak kan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik, taat, setia dan yang paling penting ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan...hehehe chewahhh...dah pandai bercakap tentang tanggungjawab seorang isteri lah pulak sekarang ni...:)

oklah...dah lama menyepi (yang sememangnya selalu sangat menyepi kan) korang jangan marah tau...bz sangat-sangat sekarang ni...sampai sakit-sakit Fida...hari ni baru masuk kerja tau lepas 2 hari dapat MC kena ceri beri...hehehe ni pun xsepenuhnya sihat lagi ni...tapi kuatkan diri...kena kerja jugak...yelah nanti nak kawen cuti lagi lama...kesian dekat bos Fida kena tinggal sorang-sorang...:(


________________________________________________________________________________


Di kesempatan ini, saya Syazfida Afzan dan saya mewakili tunang saya Mohd Zaini, ingin menjemput anda semua ke majlis perkahwinan kami pada ketentuan seperti berikut :

Tarikh      :     11 Mac 2012 (Ahad)
Masa        :      11.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat    :      No. 33, Blok 4, Felda Keratong 7, 26700 Muadzam Shah, Pahang

Semoga dengan kehadiran dan doa restu kalian akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati oleh Allah S.W.T. Insya’Allah. Terima kasih. ^_^ Doakan kebahagiaan kami dunia & akhirat ye...:) siapa yang dekat je tu jemput datang ye meriahkan lagi majlis dan siapa yang jauh tu kalau nak datang Fida hargai sangat-sangat jasa baik kalian...kalau datang kenalkan diri kat Fida ye...nak juga kenal dengan sahabat blogger Fida semua ni...^_^ sayang korang...:)


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Engkaulah Yang Maha Agung
Yang telah menciptakan qadha’ dan qadar ini
Kami pohon restu dan keredhaanMu
Jadikanlah ikatan ini selamanya diberkati olehMu
Agar sentiasa dilimpahi dengan keimanan dan
kasih sayang dan peliharalah ia semoga ianya akan
berkekalan dengan Rahmat dan cahaya kasihMu
Di dunia ini dan di akhirat nanti…

Ya Allah
Satukanlah hati dua hambaMu ini sepertimana
Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha
Dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah.

- Amin Ya Rabbal Alamin -



Undangan Majlis Perkahwinan kami berdua...^_^

 sedikit maklumat untuk semua...:)



Peta ke Majlis perkahwinan Fida...^_^




jemput datang ye semuanya...^_^




s a y o n a r a !!!

Monday, February 13, 2012

Astro Fest | 11 Februari 2012

Assalammualaikum semuanya...^_^


berjumpa lagi kita dalam entry kedua Fida untuk hari ni...hehehe korang nak tau tak yang sebenarnya Fida baru je bangun tido...hahahaha korang boleh? kikiki maafkan saya ye boss...ngantok sangat tadi...sampai PC yang tengok saya...bukan saya yg tengok PC...hahaha alah tido kejap je pon...sekadar melelapkan mata di saat boss pergi meeting...^_^ jangan marah ye...kepada anda semua...jangan tiru aksi ini...hahahha 

oklah Fida tak nak cakap banyak sebenarnya...just nak share 1 keping gambar yang sempat ktorang ambil dengan Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil...walaupun beliau sangat lapar waktu itu...tapi tetap tersenyum dengan permintaan kami...^_^ Love u lah Pak Nil...:) dan yang paling ohsem...Pak Nil sangat-sangat handsome...^_^ wahhh teruja...:)


dari kiri : Kak Tini, Hazlia Ismail (best Fren Fida yg masih solo...^_^), of koz the very adorable Pak Nil, Kak Azie (wife Azrul the Photographer) & Fida (tembamnya aku...hahaha)




dan sekeping lagi adalah gambar Awie...serius sangat-sangat jeles dengan rambut dia...yang walaupun digoyangkan kepalanya 360 darjah sekalipun masih tetap cantik bila dijatuhkan...wahhh teruja...rambut Fida pon xmacam tu...apa orang kata tu...guna jari pon boleh...hehehe dan suara Awie pada malam tu memang sangat-sangat ohsem...dan beliau juga sangat-sangat kelakar...sayang Awie jugak...lagi-lagi bila dia dendangkan lagu Sejati...wahhh cair sekejap...hahahha


see sempoi je kan?


oklah korang
sampai sini je dulu k
nantikan entry bergambar esok 
tentang seorang lagi sahabat Fida 
yang telah mendirikan rumahtangga
^_^




s a y o n a r a !!!

Sahabat Terbaikku Kahwin | Ummi Nadia Abdullah...^_^

Assalammmualaikum semua..^_^

Kalau korang kenal dengan sahabat Fida ni mesti korang rasa pelik kan? eh, kenapa nak buat entry pasal dia ni? sedangkan benda ni dah lama...mungkin korang akan kata isu ni xsepatutnya dikeluarkan...tapi Fida peduli apa kan? Fida nak jugak share dengan korang....buat entry sahabat terbaikku kahwin kali ni Fida nak kenalkan Ummi Nadia dulu sebab dalam 5 sahabat ni...Ummi yang paling awal kahwin...kalau guna bahasa kasar tu...gatal sikit dari ktorang...hahaha ooppsss Ummi ampunkan dahku...hehehe


dan untuk pengetahuan korang Ummi dah ada seorang cahaya mata lelaki yang sangat-sangat comel dan tembam...hehehe tapi Fida dah lupa nama penuh dia la...Fida cuma ingat nama dia Haffiy je...sebab ktorang panggil dia dengan nama panggilan tu...^_^ oklah banyak pulak kan celotehnya...jom kita layan gambar kahwin pasangan merpati dua sejoli ni...Korang boleh jugak KLIK SINI!!! untuk entry bergambar perkahwinan Mazura Mohamad...^_^ let's pic talk...^_^


Gambar ni pada hari Pernikahan 
Ummi Nadia dengan suami, Syamir 
pada 22 Oktober 2010
^_^























Gambar ni pada hari Persandingan
Ummi Nadia dengan suami, Syamir 
pada 23 Oktober 2010
^_^
























Jom kita tengok sesi outdoor pulak
let's check it out
^_^



 
 





























banyak kan gambar? hehe saje je nak bagi korang cuci mata sikit...dah lame benar Fida simpan gambar ni...jadi tak salah rasanya kalau Fida nak share dengan korang semua kegembiraan kami 5 sahabat kan? ^_^

esok Fida nak update pasal majlis perkahwinan 
sahabat Fida yang lagi sorang pulak  ^_^ 
so nantikan tau...:) 
sayang korang semua ^_^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...