Followers

Wednesday, March 21, 2012

Quick Update From ME

Assalammualaikum semuanya...


wah.... rindu betul Fida dengan blog Fida ni dan dengan korang semua...rindu sangat-sangat...tapi pagi tadi tak sempat nak online...yelah hari ni hari pertama masuk kerja so kepala still ting tong...nak kena settlekan kerja dulu...mana dengan ceramah nya lagi...dan minggu ni je penuh jadual Fida dengan ceramah dan bengkel...busy tak? hahaha konon-konon...saja mem"busy"kan diri ini...^_^




Seperti yang korang semua sedia maklum...Fida bercuti selama 3 minggu untuk melancarkan majlis perkahwinan Fida yang hanya sekali seumur hidup...^_^ seronok kahwin ni...jom semua kahwin...hehehe suka-suka je kan ajak korang kan? hehehe jangan marah ye...macam ticker yang kat atas tu dah tercatat Fida dah mendirikan rumahtangga selama 1 minggu 4 hari...hehehe baru la sesangat...apa orang kata tu...baru setahun jagung...masih manis segala-galanya dan harapan Fida kemanisan itu akan kekal selamanya dan mendapat keberkatan Allah S.W.T. dunia dan akhirat...amin...^_^


Gambar buat masa ni memang tak ada lagi sebab masih belum berkesempatan berjumpa dengan gambargrapher Fida sebab minggu ni memang sibuk sangat...tak tau lah bila dapat jumpa...kalau dah dapat je jumpa Fida janji Fida akan upload gambar kahwin Fida dalam blog kesayangan ni dengan Facebook sekali ok?...^_^ sebab dorang berdua dah janji nak bagi softcopy semua gambar yang dorang dah shoot sepanjang majlis perkahwinan Fida berlangsung...:)


so...sampai sini je dulu update dari Fida ye semua...semoga kita ketemu lagi...InsyaAllah dalam masa terdekat ini...^_^



Lots Of Love
Fida





s a y o n a r a !!!

Friday, March 2, 2012

Macam sama tapi Tak Serupa | HLS vs FFY..Mr. Juanina'

Assalammualaikum semua...^_^


hari ni banyak pulak celoteh Fida kan? masuk ni dah 3 entry Fida dah postkan dengan gigih dan sedaya upaya menaip...hehehe banyak pulak idea petang-petang ni...dan yang paling penting hari Jumaat yang mulia ni Fida memang free sangat-sangat...bos Fida pun free...takde meeting langsung satu hari ni...so dapatlah relaks sikit dan sumbang idea dalam blog kesayangan Fida ni...^_^

oklah...berbalik kepada tajuk kat atas tu..."Macam sama tapi Tak Serupa" korang agak-agak ape ek? 

ni Fida nak cerita lah ni...semalam Fida ada BW blog yang jual tudung online ni bagai...memang suke tengok koleksi tudung-tudung terbaru yang ada kat pasaran sekarang...MasyaAllah...cantik-cantik dan tergugat lah iman membeli tudung Fida ni sekejap..hehehe tapi kuatkan iman balik sebab selagi majlis tak selesai no more shopping ye Cik Fida!...hehehe

Fida suka pada satu Blog ni..atau lebih dikenali sebagai Happy life Shoppe...tagline dia tu yang memang best dan rasa hari-hari nak jenguk blogshop ni...:) dan tagline itu ialah "We Believe Woman Are Always Beautiful" haaaa kembang kuncup tak hidung korang semua (ladies je ok...^_^) dan ownernya pun cantik ok...korang tengok kat bawah ni...betul tak Fida cakap? see...cantik kan?..^_^




dan apa pulak yang Fida maksudkan dengan macam sama tapi tak serupa tu? korang jangan pening-pening, serabutkan otak korang tu...tak payah fikir lebih-lebih...meh Fida bagitau je...^_^ wajah HLS ni Fida tengok macam sama dengan kawan Fida masa kat Politeknik dulu...nama dia Nornina Syakina...ni lah gambar kawan Fida ni (yang pakai baju wane turquiose + hitam tu)...nina pun ada blog jugak...:) Korang klik je kat gambar nina kat bawah ni ok?






macam sama kan? Tapi tetap tak serupa...mereka adalah orang yang berbeza...tapi yang sama adalah mereka sama-sama cantik...^_^ setuju tak?





jumpa lagi...^_^










s a y o n a r a !!!

Jumaat Terakhir????

Assalammualaikum semuanya...^_^


sekadar hiasan : gambar kahwin kakak Fida (Uda)


Hari ni gila kencang pulak idea...hahha konon la idea melambak-lambak kan? padahal ciput je pun...tiba-tiba terlintas dalam kepala ni tadi...tu yang terus curahkan dalam blog kesayangan hati Fida ni khas untuk korang semua...kalau sudi...bacalah ye...^_^

Macam yang korang semua sedia maklum...Fida ada post kan satu entry khas tentang Jemputan Walimatul Urus Fida pada 11 Mac 2012 (Ahad depan), so rasanya tak salah kalau Fida nak share dengan korang apa perasaan Fida sekarang ni kan? Sekadar nak menenangkan hati yang dah mula tak berapa nak tenteram ni...:(

Alamak!!!...kenapa cakap macam tu ye Cik Fida (Sabtu depan akan bertukar kepada title Puan secara rasminya...^_^)...Fida risau sebenarnya takut majlis tak dapat berjalan lancar seperti yang dah Fida dan keluarga rancangkan...


takut makanan tak cukup ke
takut ada tetamu tidak berpuas hati dengan layanan keluarga Fida ke
takut ada kawan-kawan yang datang terasa hati dengan Fida sebab tak dapat dilayan dengan baik ke
takut mak andam sampai lambat ke
takut my future husband terlewat sampai ke masjid ke
takut semuanya lah
huhuhu


Kalau dulu Fida tengok orang kahwin ni macam best je...yes memang lah best...sebab selepas ni hidup tak lagi sorang-sorang di perantauan ni...akan berteman...^_^ tapi bila diri sendiri yang mengalaminya...Ya Allah memang perit jugaklah nak ke selesai majlis...Kenapa Fida cakap perit? Apa tak seronok ke dengan perkahwinan yang dah dirancang ni? Subhanallah...tidaklah sampai macam tu...tipulah kalau Fida kata tak seronok dengan semua ni...yelah nak kahwin dengan orang yang Fida sayang sangat-sangat...maunya tak happy? Gila ke apa? hehehe...

Yang peritnya tu tentang persiapan...hanya persiapan menjelang hari bahagia Fida nanti...Kalau ikutkan perancangan mula-mula dulu Fida akan bercuti seminggu sebelum majlis...tapi last-last minit Fida terpaksa cancel kan cuti tu atas sebab-sebab perkhidmatan (wah...PA yang cemerlang ni...hahaha^_^) bukan apa...Fida risau takde orang ganti tempat Fida ni...kesian dekat bos Fida tu...macam mana dengan jadual meeting dia nanti...folder meeting lagi...nanti Fida nak kahwin pun tak senang...tak happy...takut tak berseri pulak nanti atas pelamin...:)

Jadi Fida dah buat keputusan setelah berbincang dengan En. Tunang, Fida apply cuti bermula 8 Mac 2012 (Khamis depan) hingga 20 Mac 2012 (Selasa) sama dengan 9 hari bekerja...lama jugak tu kan? tapi kena cuti jugak sebab majlis di Besut, Terengganu pada 16 Mac 2012 (Jumaat)...

Dan hari ni adalah hari Jumaat yang terakhir Fida berada di Ofis sebagai Cik Syazfida Afzan...^_^ selepas ni akan rindu dengan gelaran tu...:) dan selepas ini jugak lah tanggungjawab Fida akan jadi lebih besar...Fida berdoa agar Fida boleh jadi seorang isteri yang menghormati suami, taat pada suami, bertanggungjawab kepada suami dan urusan rumahtangga baru yang bakal dibina besama dan dapat menjadi seorang isteri solehah yang terbaik dan sempurna buat bakal suami tersayang sebagai tiket untuk suami masuk ke syurga kelak...amin...:)




Kepada sesiapa yang nak berkahwin tu
Fida doakan yang terbaik untuk semuanya ye
doakan Fida jugak ye
sayang korang semua
^_^




s a y o n a r a !!!

Kumpulan Koir BHEUU | Perhimpunan Bulanan 1 Mac 2012 (Khamis)

Assalammualaikum semua...:)


Fida percaya siapa yang kerja government tu atau swasta sekalipun, mesti akan ada kumpulan Koir mereka yang tersendiri kan? Bahagian Fida pun tidak terkecuali dari aspek itu. Fida ingat lagi, masa mula-mula masuk BHEUU ni dulu..masa tu Bulan 10 tahun 2008, bila perhimpunan je kumpulan Koir ni akan buat persembahan depan semua pegawai dan kakitangan BHEUU, MdI & JBG....hati tu rasa seronok tengok dorang semua dan hati Fida sangat teruja kalaulah Fida dapat jadi sebahagian daripada mereka semua....wah...alangkah indahnya dunia..^_^

Tapi siapa yang sangka kan? Impian Fida tercapai jugak...:) Akhirnya Fida dapat join Kumpulan Koir BHEUU ni kalau tak silap Fida bulan November tahun 2010 rasanya...^_^ Fida ni sebenarnya amat minat dengan nyanyian..walau suara takdelah sesedap Dato' Siti Nurhaliza Taruddin tu kan...tapi bolehlah kalau nak buat tenang hati sendiri...^_^ Sebenarnya Fida ni memang malu sangat-sangat nak berdiri depan orang ramai untuk buat persembahan...tapi dengan Koir BHEUU ni Alhamdulillah...berkat kerjasama kami semua ahli kumpulan, Fida dan semuanya dapat perform yang terbaik untuk semua...

Fida masih ingat lagi pesan Cikgu Fairuz atau lebih mesra kami panggil Cikgu Roy..."Kita kalau nak nyanyi mesti kerana LIRIKNYA"...maknanya kalau kita ingat lirik, Faham apa yang ingin disampaikan penulis dalam lirik lagu tersebut, InsyaAllah kita akan dapat menyampaikan lagu tu dengan baik malah dapat menyentuh hati pendengar semua...:) jadi kepada sesiapa yang nak masuk pertandingan nyanyian ke atau apa sahaja yang berkaitan dengan suara...:) Ingat Lirik tau kerana itulah kekuatan sesebuah lagu itu...^_^

Oklah...Fida nak share sikit gambar-gambar Koir yang mana telah diambil oleh Ahli Fotografi kami iaitu, Encik Amir Shah bin Abu Adam dari Unit Komunikasi Korporat, BHEUU semasa Perhimpunan berlangsung semalam di Dewan Harmoni, Aras 2, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Jom tengok!!!!




































Sekian sahaja untuk tatapan 
mata cantik anda semua 
para pembaca setia blog Fida
sayang semuanya...
ketat-ketat...^_^ 
sehingga berjumpa lagi ye...:)





s a y o n a r a !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...