Followers

Wednesday, January 16, 2013

Senarai Pengasuh di Putrajaya


Assalammualaikum semua

Alhamdulillah umur masih dipanjangkan lagi pada hari ini...syukur kepada-Mu Ya Allah S.W.T. atas nikmat kehidupan ini...pada pagi ni Fida nak kongsikan beberapa senarai pengasuh yang Fida jumpa dari blog inspirasicintaku di Putrajaya yang baru je Fida search dalam google tadi...so, tanpa membuang masa lagi, kepada kawan-kawan yang sedang mencari tu apa kata try-try lah call ye...:) harap-harap sangat info ini dapat membantu anda semua... :)



sumber : google image

1.     Taska Alam Ria(Swasta) 

Alamat :             Lot.830,Jln P9B/11,62250 Putrajaya,W/Persekutuan. 
Telefon :            03-88811151
017-3101120

2. Taska Sinaran Kasih Dua (Swasta) 

Alamat :             Pusat Komuniti Kuarters Apartment 17RK1,Persint 17,62150 Putrajaya. 
Telefon :            019-2496614 (Puan Anita)
Bayaran :           RM 350 (baby berusia sehingga setahun setengah)

3. Taska Permata Nasyrah(Tempat Kerja) 

Alamat :             Lot 4G7,Jabatan Peguam Negara,No.45,Persiaraan Perdana,62100
Putrajaya. 
Telefon :            03-88722784 
  
4. Taska Di Sayang(Tempat Kerja) 

Alamat :             Aras 2,Blok E7,Kompleks E,Kementerian Kesihatan Malaysia,62590 Putrajaya. 
Telefon :            03-88902900 
  
5. Taska Bijak Cerdik(Swasta) 

Alamat :                             No.15,Jln P9B1/15,Persint 9,62250 Putrajaya. 
Telefon :                            012-6562952 
Registration fee:          RM 50
Misc:                                    RM 50
Monthly fee:                   RM 280  

6. Taska Si Comel(Tempat Kerja) 

Alamat :             Wisma Tani,Lot 4G1,No 28,Persiaran Perdana,Persint 4,62624 Putrajaya. 
Telefon :            03-88903061 
  
7. Taska Generasi Gemilang(Swasta) 

Alamat :                             No.22,Jln P9B/10,Persint 9,62250 Putrajaya. 
Telefon :                            013-6640795 
Fee :                                     RM280
RegistrationFee  :       RM100

8. Taska Genarasi Gemilang(Swasta) 

Alamat :             No.15,Jln P8E2/7,Presint 8,62250 Putrajaya. 
Telefon :            03-88810686 

9. Taska Al-Mizan(Swasta) 

Alamat :             Blok E2,Kuaters Jenis Apartment,Fasa 12,Presint 9,62250 Putrajaya. 
Telefon :            013-9491544 

10. Taska Kreatif Kampus(Swasta) 

Alamat :             No.1,Jln 14C 1/5,Presint 14,Putrajaya. 
Telefon :            012-2926444 (Puan Solihatun)
E-mail :               pu3_bongsu20178@yahoo.com 
Fee :                     RM250/bulan.

11. Taska Sri Perdana(Tempat Kerja) 

Alamat :             Jabatan Pendaftaran Negara.Aras 3,Lot 2G5,Presint 2,Putrajaya. 
Telefon :            03-88808223 

Tuesday, January 15, 2013

PESTA BUKU 1 MALAYSIA


PESTA BUKU 1 MALAYSIA bakal menemui anda!!!




Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.. Ramai-ramai mengunjungi gerai KN! Jumpa di sana! ♥

                                     TARIKH                  :    30 Januari 2013 - 3 Febuari 2013
                                     MASA                      :    10.00 Pagi - 9.00 Malam 
                                     TEMPAT                 :    DEWAN TUN RAZAK HALL 3, Pusat 
                                                                            Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur 
                                     NO GERAI KN       :    A52, A53, A54, A55, A66, A67, A68, A69



*Anda boleh juga menggunakan baucer 1 malaysia di gerai KN.. ♥




Thursday, January 10, 2013

Warehouse Clearance Baby Kiko Amazing Babies


Assalammualaikum...:)


Jom datang beramai-ramai memeriahkan Warehouse Clearance Baby Kiko Amazing Babies bermula pada 10 januari 2013 (hari ini) hingga 13 Januari 2013 (Ahad) bertempat di Baby Kiko, Taman Industri Pusat Bandar Puchong, Puchong, Selangor. Warehouse Clearance ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang sahaja. singkat sangat kan? so apa tunggu lagi...jom serbu beramai-ramai ye kawan-kawan...:)



AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...


sumber : google search

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..). Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya (untuk perkara yang tidak menyalahi syarak).

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya (iaitu wanita) akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi anak lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 


sumber : google search

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita ini: 

  1. isterinya
  2. ibunya
  3. anak perempuannya
  4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: 

  1. suaminya
  2. ayahnya
  3. anak lelakinya
  4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: 

  1. sembahyang 5 waktu
  2. puasa di bulan Ramadhan
  3. taat suaminya
  4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah, lelaki sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, wanita perlu DIJAGA dan DIHARGAI sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekalian dengan 'tali' Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukannya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmat-Nya. 
(Ali-Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan.



sekadar perkongsian
peringatan dan panduan 
buat diri ini dan semua
Renung-renungkan
dan
Selamat beramal



s a y o n a r a !!!


Wednesday, January 9, 2013

AQIQAH UNTUK ANAK


AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. 


Sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: 

"Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." 

(Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah 

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib. 

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. 

Diriwayatkan daripada Aisyah, 

Bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. 

(Riwayat al-Turmuzi)

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. 

Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. 

(Riwayat Abu Dawud) 

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat. Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban. 

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. 

Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya: 

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya." 


(Hadis riwayat al-Hakim)


Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu. 

Waktu Aqiqah 

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri. 

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya : 


"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)." 

(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya). Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari. 

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran 

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. 

Syarat Sah Aqiqah 

Syarat sah aqiqah ialah: 

  • Berniat aqiqah ketika menyembelih
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:


                                Binatang                                                  Umur 

                                 Biri-biri/                                         1 tahun atau lebih 
                                 Kambing                                       2 tahun atau lebih 
                                 Lembu/kenbau                             2 tahun atau lebih 
                                 Unta                                               5 tahun atau lebih 

Sunat-sunat Aqiqah ialah:

  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah 

  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • Membiasakan berkorban bagi orang tua







Fun@PPj Square



Assalamualaikum 




Sukacita dimaklumkan bahawa, Perbadanan Putrajaya (PPj) iaitu agensi yang mengurus dan mentadbir Putrajaya Bandar Bestari Dalam Taman akan menganjurkan  Majlis Pelancaran Fun@PPjsquare yang akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya pada 8.30 - 10.30 malam,  12 Januari 2013 (Sabtu) bertempat di Dataran Putrajaya, Kompleks PPj, Presint 3, Putrajaya.

Untuk makluman, Fun@PPjsquare merupakan inisiatif PPj untuk menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat Putrajaya, khususnya Persiaran Perdana dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada hujung minggu. Program yang mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga ini akan dianjurkan pada hari Sabtu, minggu ke dua dan terakhir, setiap bulan. 

Bagi memeriahkan majlis pelancaran ini, PPj telah menyediakan beberapa aktiviti yang menarik seperti persembahan nyanyian oleh Najwa Latif, Kumpulan Shiro Raja Lawak, Ito Blues Gang, sesi bersama Upin & Ipin, permainan inflatable untuk kanak-kanak, persembahan tarian, kuiz, cabutan bertuah dan sebagainya.


Sehubungan itu, anda semua dan keluarga adalah dijemput untuk bersama-sama bagi memeriahkan acara ini agar hasrat kerajaan untuk menjadikan Putrajaya Bandar Dalam Taman yang ceria dan meriah dapat direalisasikan.







THINK BEFORE YOU PRINT AND SAVE A TREE!!!

Tuesday, January 8, 2013

BAGAIMANA MENJADI WANITA PILIHAN?



BAGAIMANA MENJADI WANITA PILIHAN?

MENUTUP AURAT


sumber : google search

Wanita mempunyai batasan tertentu untuk memelihara maruah diri sesuai dengan fitrah yang Allah S.W.T. berikan. Antara perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. adalah berhijab/menutup aurat. Pakailah apa-apa jua yang disukai asalkan ia memenuhi syarat Islam dengan menjaga aurat. Wanita juga tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal. Biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih & kemas. Sebaik-baiknya jika berhias utk suami, itu adalah lebih baik. Selain mendapat pahala, ia juga boleh menambat hati suami

MENJAGA AKHLAK


sumber : google search

Akhlak yang disulami dengan ketaqwaan akan terserlah dengan sifat-sifat terpuji. Untuk menyemat ketaqwaan agar tersemat di dalam hati, seseorang wanita itu hendaklah selalu bertawakal kepada Allah S.W.T. Anggaplah Allah S.W.T. melihat segala gerak-geri kita tidak mengira waktu dan tempat. Setiap kali kita mengingati Allah S.W.T., ia dapat mengingatkan diri kita daripada melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Basahkan lidah dengan zikir. Wanita berakhlak serta bertawakal selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah S.W.T. Dengan keyakinan terhadap Allah S.W.T. adalah segala-galanya, insyaAllah hidupnya akan menjadi lebih mudah.

CARA BERCAKAP


sumber : google search

Wanita pada zaman ini ramai yang bekerja. Dunia pekerjaan tidak terlepas memaksa kita bercampur dan bergaul dengan kaum lelaki. Oleh itu wanita hendaklah menjaga adab-adab sebagai wanita Islam yang baik. Pergaulan wanita dan lelaki tanpa batasan akan menjerumuskan ke lembah maksiat. Dalam pergaulan harian mahupun urusan pejabat, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan muhrim. Percakapan yang lemah lembut dan disertai gerak tubuh badan serta pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Sebaliknya, gunakan suara kewanitaan itu kepada orang yang sepatutnya seperti ibu bapa, suami dan anak-anak. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

TAAT


sumber : google search

Wanita yg solehah adalah wanita yang taat kepada Allah S.W.T. Selain itu, wanita hendaklah taat kepada ibu bapa dan suami (jika berkahwin). Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepadaNya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.


SUKA MENDENGAR


  sumber : google search       

Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutama pasangannya. Wanita diberi peranan sebagai isteri untuk menghibur dan menenangkan hati suami. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap  masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yg tinggi. Jika salah cara menegurnya, suami akan berasa malu di atas kelemahannya dan marah kerana ditegur begitu. Wanita yang banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan. Sekiranya ia berterusan, kemungkinan besar suami tidak akan ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isteri.


JAGA PANDANGAN MATA


sumber : google search 

Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yg melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang ke arah bahagian telinganya.


JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN


sumber : google search 

Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yg perlu diambil berat. Rumah merupakan tempat beristirehat yang paling baik. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih & kemas. Jangan hanya tunggu apabila tetamu hendak datang atau ada majlis keramaian di rumah, baru hendak berhias rumah. Sedangkan ahli keluarga kita mahukan kediaman yang selesa.


HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI


  sumber : google search 

Bau yg sedap atau wangi datangnya daripada haruman makanan, bunga-bungaan, potpuri, lilin beraroma dan pewangi yang disemburkan di sekitar rumah. Penggunaan wangian di bilik air juga  boleh dipraktikkan. Bau harum ini juga boleh dihadirkan di tempat kerja dan masjid. Bagi wanita muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi, ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yg berlebih-lebihan, Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya. Di pasaran terdapat banyak produk yang dapat menyahkan bau badan tanpa haruman yang ketara. 


WANITA PUNYA HAK


sumber : google search 

Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik dia akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan. Wanita ada hak ke atas dirinya, keluarga, anak, harta, pendidikan dan sebagainya. Islam tidak melarang wanita turut serta dalam Pembangunan negara. Wanita boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar batas-batas Islam. Sebenarnya sumbangan wanita amat besar. Kaum Hawa inilah menjadi pendidik berdedikasi sehingga lahirnya para pemimpin besar. Untuk mengetahui hak-hak itu, wanita perlu belajar dan celik ilmu dunia dan akhirat.


PEGANGAN KEPADA AL-QURAN & SUNNAH RASULULLAH S.A.W


sumber : google search 

Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, orang yang bersandar akan kedua-duanya tidak akan sesat. Hanya pastikan ilmu itu dicari dengan jalan yang betul. Terdapat pelbagai ajaran agama Islam di merata tempat tetapi kita hendaklah berhati-hati daripada ajaran sesat. 



Dengan kesepuluh-sepuluh ciri ini, insyaAllah kita sebagai wanita akan tetap menjadi wanita pilihan-Nya.... Amin..




s a y o n a r a !!!


Wednesday, January 2, 2013

renungan buat diri..



renungan buat diri..



Suami-suami yang berada di depan komputer... (Isteri pun boleh baca)
Yang belum kawin pun lagi lah digalakkan membaca..

PER: JIKA ISTERI KITA SAKIT

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya.

Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...

Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. 

Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau jogging

Dalam hati kita berkata, 'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia masih boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" 
Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje..tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik......" 

Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." 

Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . 

Bila tanya pada anak, "Emak mana?" 
Anak jawab, "Dalam bilik ". 

Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya.

Tanyalah dia bila dia kena demam dan sebagainya supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini.

Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain. Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....."

Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.

Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.


Selamat mencuba!



s a y o n a r a !!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...