Followers

Tuesday, January 31, 2012

Pelangi Senja - Stacy




Ku bermimpi 
Engkau Kembali 
Wajah Tenang Kau Berkata 
Sayang Aku Cinta 

Namun Kita 
Takkan Bersama 
Dikau Pergi Takkan Kembali 
Sesal ku Kecewa 

Wahai Sang Pelangi Indah 
Muncul Seketika 
Sayang tak ku lihat 
Kini Tiada ohhhh 

Ku terjaga 
Dari Mimpi Lena 
Sedang Pipi di Basahi 
Tangis ku Sendiri 

Merintih 
Perasaan ini 
Tiada Kata Mampu di Ungkap 
Tiada Yang Mengerti 

Wahai Sang Pelangi Indah 
Muncul Seketika 
Sayang Tak Ku Lihat 
Kini Tiada Ohhh 

Jika 
Mampu Ku Kembali 
Mengunlangi masa 
Pasti ku Tunaikan 
Permintaan 
Terakhir 


Ohhh ohhh ohhh
Ohhhhhhh
Ohhh ohhh ohhh
ohhhhhhh


Wahai Sang Pelangi Indah 
Muncul Seketika 
Sayang Tak Ku Lihat 
Kini Tiada Ohhh 

Jika 
Mampu Ku Kembali 
Mengunlangi masa 
Pasti ku Tunaikan 
Permintaan 
Terakhir 


Kini Hanya
Tinggal Kenangan 
Hanya Waktu 
Menentukan 
Kita kan Bersama....

Koleksi Novel Paling Melekat Di Hati fida...^_^

Assalammualaikum semua...^_^

First sekali Fida nak mohon maaf sebab dah lame sesangat Fida tak update blog kesayangan ni...bukan apa..Fida busy la lately...mintak maaf ye semua...

ok hari ni Fida nak share sinopsis-sinopsis novel yang menjadi buah hati Fida....novel yang tak pernah jemu kalau baca 4 ke 5 kali sekalipun...:) jom kita review 5 novel yang Fida  paling sayang ^_^ dari koleksi novel yang Fida ada ok...:) 





Sinopsis


DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.


Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.


Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. 


Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.


Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.



Sinopsis

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.


Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.


Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.






Sinopsis


Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. 


Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....




Sinopsis:

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.


Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.


Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.


Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.


Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu



Sinopsis:



Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.

Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain.

Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.

Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.

Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati.

Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.

Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.





s a y o n a r a !!!

Wednesday, January 25, 2012

'segmen aku dan zodiak'

Assalammualaikum semua...^_^




sila klik banner ni...jangan malu-malu...^_^


Fida join segmen lagi...tak jemu-jemu kan? hehe sebab nampak segmen ni macam best je...so apalagi...terus giat buat entry baru...sambil-sambil tu boleh jugak buat hilang tension...^_^ betul tak kawan-kawan? so jom kita mulakan...^_^

nak letak jugak gambar
hehehe jangan marah ye...^_^


Nama saya ialah Syazfida Afzan binti Abdullah Sani 
berbintang/berzodiak Pisces (19 Feb - 20 Mac)
Tarikh lahir Fida ialah pada 9 Mac 1988



Rasanya birthday tahun ni paling bermakna dalam hidup fida....nak tau kenapa? nantikan satu entry khas dari Fida yang tak tau bila nak post...hehehe melalut pulak kan? hehehe korang jangan marah ye...sooo...apalagi...jom semua kita join segmen ni...KLIK SINI CEPAT!!! 



nak tag semua yang baca entry Fida ni lah...jom semua...ayuhhh...^_^



s a y o n a r a !!!

Hari Blur / Masalah SeDunia Fida...:'(

Assalammualaikum semua...


cre pic to : youmusthink.blogspot.com atau Ustazah engineer...


Pertama sekali Fida nak mintak maaf banyak-banyak dekat korang semua....sebab dah lama sangat biarkan blog kesayangan ni menyepi tanpa berita...sedih sebenarnya ni...terlalu banyak masalah yang jadi kat Fida akhir-akhir ni...nak cerita kat korang semua...tapi tak tau nak mula dengan yang mana dulu...Fida harap korang sudi dengar masalah Fida yang sangat-sangat berat ni (konon lah sangat) hehehe nak gelak jugak walau entry agak sedih...hahaha


Fida mula dari ofis dulu lah ye...:) First sekali Fida nak tanya, macam mana korang nak masuk ofis korang yang tahap keselamatannya berganda kalau pas keselamatan korang hilang?...kalau nak masuk memang kena guna pas keselamatan dan tidak ada cara lain...tak kan selamanya nak jadi pelawat...tak de kerja nak menghadap kaunter depan kat lobi tu tiap-tiap pagi dan petang semata-mata nak ambik pas sementara kot? adoyaiii...tesion sangat ni....dah la tak tau mana jatuhnya pas Fida tu...pastu dapat tau kalau nak renew kena buat report polis...tak ke kedengaran sangat kelakar di telinga korang tu? sekarang ni pun kalau hilang IC tak payah buat report polis dah...just buat surat je then dah boleh dapat IC baru...

 apa kaitan? don't know...layankan aje...^_^


Dah la kepala tengah serabut dengan masalah k****n lagi ni...ingat dah setle la yang tu...tapi hampeh...jenuh la kalau hari-hari nak kena follow up je keje nya...apa ingat Fida ni dah xde kerja laen agaknya...asik nak kejar orang je...yang ni memang dah jadi masalah paling besar dari semua masalah yang Fida hadapi sekarang ni...tension...mak dah tanya bila nak siap...tapi Fida nak buat macam mana....orang yang dikejar tu tak hantar-hantar lagi...adoyaiii....tak larat ni...event tak boleh jadi tanpa benda tu...adoyaiii...tolong lah ringankan beban Fida sekarang ni....kepala tengah berserabut ni...kalah wayar-wayar kat ofis yang dah nazak tu...hahahhaa


Sekarang ni pulak ada dokumen yang tak jumpa cari...masalah jugak tu...matilah Fida kalau tak jumpa dokumen tu...kat mana lah Fida letak benda alah tu agaknya ye...ni lah padahnya kalau kepala tengah berserabut...semua benda yang kita buat tak jadi...ada je masalah lain yang datang....


Fuhh...lega sikit rasa dapat luah masalah ni kat korang...banyak lagi sebenarnya...tapi cukup yang itu je lah kot...hahaha kalau luah semua nanti susah pulak...korang pun pening sekali pulak dengan fida nanti...so biar fida pening sensorang je k...hahahha



mood   :   kedekut masalah...hahaha(boleh tak macam tu?) rasa nak makan orang je sekarang ni....ada sesiapa yang sudi tak? huhuhu




s a y o n a r a !!!

Monday, January 16, 2012

Sape nak Makan BESAR?! cepat rebut peluang ni!

Assalammualaikum semua...^_^


Tajuk nak gempak je kan? hahahahha....macam mana dengan pagi hari ni? ceria tak? kerja banyak tak? korang semua dah sarapan ke belum? huhu jangan jadi macam Fida ye...sampai sekarang tak sarapan lagi...tak sempat lah...tadi telambat sampai ofis...so tak dapatlah nak sarapan dulu...takpe...boleh diet 1 hari sekejap macam ni...hahahahha konon... jangan nak perasan lah Fida...kalau semalam je ko dah makan berbundle2 nasi siap dengan udang masak merahnya, ayam & ikan goreng bagai, cicah budu lagi plus sayur sawi tumis air segala...maknanya dah berbundle2 jugaklah lemak yang ko ternak dalam badan ko tu Fida...hahahahhaha diet konon...kikikiki

oklah...merepek pulak Fida pepagi buta cmni kan? korang jangan marah tau...kalau korang marah jugak...Fida xnak kawan..hahahha boley tak macam tu? hahaha takdelah gurau2 je...tengah bosan ni sebenarnya...sebab bos dah pergi meeting la...Fida pulak tak tau nak buat apa ni...so dah bertekad nak kacau mood korang semua pepagi ni...^_^ amacam...smart tak idea Fida? hahahahha main-main lah ko ni Fida...dah dah...straight to the point balik...^_^
sebenarnya hari ni Fida nak memperkenalkan korang dengan satu blog ni...kira macam katering lah...korang boleh order untuk kenduri kawen korang ke, majlis-majlis rasmi atau jamuan di ofis korang ke...atau apa-apa je yang korang rasakan sesuai...dan tak salah kalau korang berhajat nak melantak makanan yang super sedap tu sorang-sorang dalam bilik berkunci korang...haaa gile punya melantak...hahahahha

meh Fida share sikit gambar2 yang seriously akan buatkan air liur korang meleleh2 sampai nak kena tadah dengan baldi...yerkk...serious geli...hahahha jangan jadi macam tu tau...hahahhaha jo layan...^_^


ROAST LAMB DAN TURKEY
 Harga : RM270
 
Pakej Termasuk : 
STUFFING
CRANBERRY SAUCE
ROASTED VEGETABLES
CHICKEN GRAVY
 


Harga : RM200

Pakej Termasuk :
MINT SAUCE
BLACK PEPPER SAUCE, MIX SALAD
1000 ISLAND
ROASTED VEGETABLES




BBQ LAMB
Harga : RM900

Pakej Termasuk :
MIX SALAD
MINT SAUCE
BLACK PEPPER SAUCE
GARLIC BREAD
1OOO ISLAND





Beliau sedia menerima sebarang tempahan...so korang silalah jangan segan dan malu yep...kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang pakej-pakej yang tersebut di atas, korang boleh layari blog beliau yang baru je dibukak 16 Disember 2011 lepas di SINI! atau korang boleh call je terus ye di talian seperi di bawah...^_^

SILA CALL
CHEF ZACK : 0176674299



p/s : Chef Zack ni atau Fida panggil beliau abang Zaid....adalah bakal abang ipar Fida...hehehe haaa dah tau apa dalam kepala korang tu...yup...memang nak promote habis-habisan pon nih...jemput singgah ye blog beliau...kalau rajin sila lah follow ye...harap tidaklah membebankan...Followlah seikhlas hati...siapa lagi kalau bukan kita untuk support blogger-blogger di Malaysia ni...^_^






s a y o n a r a !!!

Friday, January 13, 2012

Mulakan Hari Anda dengan Senyuman...^_^

Assalammualaikum semua...^_^


Rindu kat Fida tak hari ni? hahaha perasan lah kau kan Fida?! takde maknanya nak rindu bagai...hehehe takpelah kan...saje-saje nak tanya korang...nak buat korang sentiasa tersenyum setiap kali baca celoteh Fida yang entah apa-apa ni...^_^ 

tapi agak-agaknya korang senyum tak baca tulisan Fida ni? kalau tak...takpelah...hmmm susah tau nak menulis untuk memuaskan hati semua orang yang membaca...betul tak? Janji hati insan yang menulis tu ikhlas...InsyaAllah korang akan tetap tersenyum...betul tak?

Tapi ikut keadaan lah jugak...kalau Fida buat entry sedih sampai nak menangis tahap tengok Kuch Kuch Ho Ta Hai tu kan, tapi korang tetap tersenyum tu memang pelik lah maknanya...hahahaha jangan sampai jadi macam tu tau...:) apa orang kata tu? dah imun...otot senyum mulut tu dah tak boleh nak berhenti...hahaha mintak-mintak takdelah kan...^_^

apalah yang Fida dok merapu pasal senyum ni kan? hehe tetiba dapat idea nak buat entry senyum lah hari ni...^_^ korang tak kisah kan? Senyum...ada kebaikan dan keburukan, positif dan negatifnya senyuman seseorang itu..kenapa Fida cakap macam tu? Jom kita olah sama-sama ye...^_^

tapi sebelum tu...jom kita tengok wajah wajah tersenyum yang Fida terjumpa masa google tentang image senyuman...^_^ jom layan...:)



korang tafsirlah ikon-ikon senyum yang Fida bagi ni mengikut fahaman korang semua tentang erti sebuah senyuman ok? Tapi kalau senyum yang last tu Fida takut...seram pulak tengok...dengan background hitam bagai...macam jahat je...hahaha...^_^



Contoh yang akan Fida berikan ini tidak ada kaitan sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...Fida nak berkongsi dengan korang semua dan ia hanya sekadar peringatan kepada korang semua dan juga diri Fida sendiri yang tidak akan terkecuali dari melakukan kesilapan...itu adalah lumrah seorang insan...jadi, jom kita mulakan...^_^

Seorang wanita yang tersenyum manis boleh membuatkan hati seorang lelaki cair dan boleh juga diistilahkan sebagai jatuh cinta pada pandangan pertama...betul tak? memang tak semua lelaki boleh cair hanya dengan senyuman seorang wanita itu...tapi Fida yakin masih ada yang tergolong dalam golongan tu kan?..^_^ itu adalah sesuatu yang baik sebab dari situ akan tercipta satu lagi ikatan suci iaitu perkahwinan(kalau ada jodoh...kalau tak pun boleh jadi sahabat sejati dunia akhirat)...suatu ibadah yang amat dituntut dalam Islam...salah satu kesan positif lah kan...:)

macam mana pula dengan kesan negatif? mari Fida bagi satu lagi contoh senyuman yang boleh membawa padah kepada seseorang...

sebagai contoh apabila seorang wanita yang telah kematian suami pergi ke kedai untuk membeli barangan dapur yang telah kehabisan stok...^_^ Jadi wanita ini pun berjalan seperti biasa dan terserempaklah dengan seorang lelaki yang juga telah berkahwin mempunyai seorang anak perempuan (saja nak bagi cerita ni sedap...kalau anak lelaki pon ok jugak...^_^) Wanita ini yang sememangnya peramah hanya tersenyum kepada si lelaki tadi (yelah dah nama pun senyum itu adalah sedekah)  dan senyumannya berbalas tetapi dalam masa yang sama adalah seorang hamba Allah ni yang nampak adegan senyum menyenyum tu tadi...so korang rasa apa yang akan terjadi? Hamba Allah ni tadi terus menyebarkan fitnah yang konon-kononnya wanita itu tadi nak menggatal dengan si lelaki tadi...maka disebabkan fitnah itu telah menyebabkan satu lagi keruntuhan rumahtangga malah lebih teruk dari itu...

Berdosa besar siapa yang berniat untuk meruntuhkan masjid yang telah dibina...jadi beringatlah semua...

see? besarnya kuasa sebuah senyuman...sebenarnya ia terserah kepada individu itu sendiri bagaimana ianya mentafsir harga sebuah senyuman...kalau baik padanya maka baik lah jadinya...tetapi kalau sebaliknya...Fida rasa korang pun tau kan? pucuk pangkal adalah diri kita sendiri...sesungguhnya fitnah itu adalah lebih teruk dari membunuh...so, korang pertimbangkanlah ye...

Fida hanya ingin berkongsi rasa dengan korang semua...Fida akan tulis apa saja yang terlintas dari hati Fida ni...Kalau korang taak berapa suka dengan apa yang Fida cuba sampaikan tadi...Fida mintak maaf banyak-banyak ye...tak terniat di hati ini untuk membandingkan sesiapa...hanya sebagai contoh mengikut adat orang melayu khususnya...yang kebiasaannya itulah yang terjadi...terserah pada korang sama ada nak terima atau tidak...^_^

 see? budak kecik kalau senyum memang comel...tergugat iman sekejap...
rasa nak cium-cium je pipi budak kecik ni sekarang..hehehe


tak nak tulis banyak-banyak lagi....jumpa next entry pulak ye...^_^




s a y o n a r a !!!

Thursday, January 12, 2012

Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic

Assalammualaikum semua...^_^

Sebagai permulaan hari...Fida join something yang bagi Fida sangat-sangat menarik...khas buat semua blogger di Malaysia khususnya...^_^ let's check it out...^_^



Perkara yang diperlukan adalah seperti berikut...^_^ :

Nama :   Syazfida Afzan binti Abdullah Sani
Tempat tinggal sekarang : Presint 17, Putrajaya, Malaysia
Join Blog sejak : 2 November 2010



dan gambar yang Fida nak letak ialah :

 #UPDATED : ni gambar baru tau...hehehe sebelum ni gambar lain...^_^ jangan marah ek...:)

Kalau korang nak join sama-sama dengan Fida...senang je...korang boleh klik banner kat atas tadi ataupun korang KLIK SINI CEPAT! untuk tahu dengan lebih lanjut tentang apa yang Fida cuba nak sampaikan ni...


Jom kita beramai-ramai support blogger di Malaysia...^_^




s a y o n a r a !!!

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #3

Assalammualaikum semua...^_^

cre pic to Cahaya Islam



s a y o n a r a !!!

Aku & Dia | Berusia 7 Bulan kini..^_^

Assalammualaikum semua...^_^






Apa yang istimewanya dengan tarikh hari ni? banyak sebenarnya yang terjadi...tapi Fida ambik satu contoh je ye...misalnya, hari ni adalah hari Lahir Dato' Siti Nurhaliza yang ke 33 tahun...Diharap semoga Dato' Siti akan terus sukses dalam bidang yang diceburi beliau...^_^ 


Tapi ada sesuatu yang lebih penting yang perlu Fida kongsikan dengan semua pembaca blog Fida hari ni...^_^ Fida rasa sangat gembira dan bahagia pada ketika dan saat ini...nak tau kenapa? Fida rasa korang memang dah boleh teka apa sebab musababnya Fida happy sangat hari ni...buang tebiat ke apa? haha jangan salah paham ye...Fida hanya nak berkongsi kegembiraan hati Fida ni je...Kalau ada yang tak berapa suka Fida mintak maaf ye...sekadar meluahkan...^_^


cincin pengikat janji, termeterai ikatan yang suci...^_^


Macam tak sangka pulak yang Fida sudah bergelar tunangan orang selama 7 bulan...^_^ dan Fida nak wish Happy Anniversary yang ke 7 Bulan buat En. Tunang tersayang, Mohd Zaini bin Mat Pa...^_^ sebab beliau sudi menyayangi dan menerima diri ini seadanya yang terlalu banyak kekurangan sebagai suri dalam hidup beliau...Terima Kasih sayang...^_^ (malu pulak...hahaha)

Memang betul-betul tak sangka ikatan kasih yang terjalin selama 1 tahun 2 bulan itu dipatrikan dengan ikatan yang lebih suci iaitu ikatan pertunangan pada tanggal 11.06.11 seperti dalam entry INI! dan INI!



Dikesempatan ini Fida ingin mengucapkan :

1) Terima kasih yang tidak terhingga kepada arwah abah Fida (Al-Fatihah!).........dan ibu Fida atas restu yang telah diberikan pada anak mereka ini. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu dibalas oleh anakmu ini...hanya Doa pengikat kasih dari anakmu buat kalian berdua...^_^

2) Terima kasih juga diucapkan kepada adik beradik Fida yang selama ini banyak memberi sokongan dan dorongan dalam Fida membuat keputusan yang besar dalam hidup Fida ini...^_^

3) Terima kasih jugak diucapkan kepada keluarga En. Tunang yang sangat-sangat memahami dan menerima diri ini seadanya...Alhamdulillah...tidak terucap dengan kata-kata...^_^

4) Terima kasih kepada semua sahabat Fida tidak kira sama ada dari Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Politeknik, tempat bertugas sekarang di BHEUU dan juga sahabat blog Fida...ucapan terima kasih yang tidak terhingga Fida ucapkan atas sokongan kalian semua...tidak terbalas rasanya jasa kalian semua...Terima kasih sekali lagi...^_^

5) Fida sangat berharap semoga ikatan ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Korang pun doakan Fida dan En. Tunang sekali ye...^_^ sayang korang semua...:)



p/s * : mood tetap happy dan asyik tersenyum dari tadi walaupun kerja berlambak-lambak atas meja ni...^_^




s a y o n a r a !!!

CONTEST BLOG SAYA SUPER POWER

Assalammualaikum semua...^_^


Kebetulan tengah dok sedap BW blog orang....terjumpa contest ni...macam best...dan memang best sebab hadiah dia menarik tau...korang kena join ni...^_^ dan yang paling best sebab nasib baik Due date dia esok...hehehe sempat jugak...tak kira Fida nak join jugak...hehehe

jom semua...korang klik je banner kat bawah ni tau...senang je...^_^




Dah namanya pun contest kan? so sudah semestinya akan ada syarat-syarat yang perlu korang termasuk Fida untuk dipatuhi...sooo...jom semak...^_^ hahahaha
1)    Korang mestilah follow blog penganjur contest ni...KLIK SINI!
2)   Buat satu entry bertajuk CONTEST BLOG SAYA SUPER POWER
3)   Tempek banner yang kat atas tu dalam entry korang tau
4)   Tarikh Tutup : 12 JANUARI 2012 (KHAMIS) - masih ada masa lagi tau...jom semua...^_^
5)    korang kena hantar link entry korang ni dekat ruangan komen misz pipit
6)   korang kena tag 2 orang rakan dan korang perlu pastikan yang kawan korang tu tahu tentang contest ni...^_^

Kalau ada contest mestilah ada hadiahnya yang mana ianya akan diupdate dari semasa ke semasa....let's check it out...^_^

1)    Topup RM15 (Maxis, Digi, Celcom)
2)   Edit Full Template (denim)
3)   shawl
4)   lens
5)   Topup RM10 (Maxis, Digi, Celcom)
6)   Long Skirt
7)   3X Header (        )
8)   1X Really Cute Header (        )

haaaa apa macam? best kan? rezeki masing-masing...kalau dapat Alhamdulillah...kalau tak dapat pun takpe...^_^ yang penting kita semua sokong blogger-blogger Malaysia kita...betul tak?

So, Fida nak tag sape ye? hrmmm sape yang selalu komen Fida ye? hehehe jom!



Semoga kita jumpa lagi...^_^




s a y o n a r a !!!

Tuesday, January 10, 2012

tak tau apa nak tulis...so jom berkongsi tentang Drama Gemersik Kalbu di TV3...^_^

Assalammualaikum semua...^_^


Hari ni Fida tak tau nak share apa dengan korang semua sebenarnya...selalunya time-time macam ni Fida akan BW blog orang...tapi hari ni nampaknya tak berapa nak sempat lah...:( sebab Fida ada banyak kerja lah...maaf ye semua...InsyaAllah kalau sempat dan ada masa terluang Fida akan BW blog korang ok...^_^ tapi walau macam mana buzy pon Fida tetap sempat follow korang balik dan balas komen-komen korang semua...yang tu Fida tetap akan buat dulu sebelum buat kerja-kerja kat ofis ni....harapnya kerja ni cepat lah siap...supaya hari Fida tak lah sesesak hari ni...huhuhu help me...perlukan udara yang segar sekarang ni...jom bawak Fida jenjalan...ok...mengarut!...^_^

Hrmm...nak cerita apa ye?!...=.= ok...ada idea...^_^ apa pendapat korang tentang cerita Gemersik kalbu yang sekarang ni sedang hangat dipertontonkan Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang hingga 8.00 malam di TV3....Fida suka sebab memang Fida ikut setiap episod dari episod pertama lagi...biarlah ramai orang kata tak suka tengok Aqasha berlakon ke apa ke...tapi bagi Fida kalau asyik-asyik muka yang sama je nak jadi hero...bila lah agaknya industri seni tanah air kita amnya lakonan khususnya nak maju? Betul tak? Kalau Aaron Aziz je yang nak jadi hero (walaupun pada hakikatnya memang minat giler kat Aaron...^_^)...kesian lah dekat pelakon-pelakon lelaki lain yang masih menggagau demi sesuap nasi...hahaha kelas kan ayat kau Fida...^_^ korang faham tak maksud menggagau tu? hehe korang cari sendiri je lah...Fida yakin ramai yang tahu kan? good luck...^_^

Ok...berbalik kepada drama Gemersik Kalbu tu...jom kita baca Sinopsis drama ni yang telah diadaptasikan dari novel karya Anis Ayuni berjudul "Gemersik Kalbu" :


Sinopsis

Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.

Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?


haaa...korang rasa apa akan jadi pada Raihana dengan Sufian? Novel ni memang best...tak taulah drama dia macam mana pulak kan? 
so jangan lupa saksikan drama ni tau...bersama-samalah kita mempertingkatkan industri seni tanah air kita...chewahhh...promote habis gitu...^_^
oklah korang semua...Fida nak kena sambung buat kerja sebelum lunch ni...^_^ sehingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang ye...^_^





s a y o n a r a !!!

Monday, January 9, 2012

"SEGMEN : REVIEW 3 BLOGGER TERHEBAT "

Assalammualaikum semua...^_^


Apa khabar semuanya? Fida harap korang semua sihat-sihat belaka ye...pagi ni Fida nak join lagi satu segmen....sebab tadi time blogwalking terjumpa segmen ni...terus eksaited...rugi tau kalau korang tak join sekali...jom lah kita meramaikan ahli...^_^

Klik je banner kat bawah ni kalau korang nak join tau...^_^



Antara syarat-syarat segmen ni yang korang perlu titik beratkan ialah :

1) tulis entry bertajuk "SEGMEN : REVIEW 3 BLOGGER TERHEBAT " => OK, Done!

2) letak header blog Underskema ni sebagai banner . dengan linknya sekali => OK, Done!

3) pilih 3 Orang Blogger dan cerita serba sedikit tentang mereka .  => Korang scroll kursor korang ke bawah lagi kalau nak tau siapa 3 blogger pilihan hati Fida yang memang Fida xkan miss sekalipun untuk baca entry diorang walaupun Fida tak komen sesuatu entry tu...^_^

4) letakkan link di ruangan komen jika sudah selesai publishkan entry tersebut . => settle je entry ni Fida tulis dan post kan...Fida terus buat ok?...^_^

5) pastikan orang yang korang ceritakan tuu tahu tentang entry korang tu . =>Fida akan hantar link segmen ni kat komen dalam blog blogger pilihan Fida nanti...:)

6) buat muka comel dan katakan" fuuuhh , dah siap pun entry ni. wkwkwk" => hehehe memang suka pun kalau buat muka comel-comel ni (walau pada dasarnya takdelah comel mana pun...^_^)


Haaaa....selain tu, korang akan dapat banyak faedah kalau korang join segmen ni...korang nak tau tak apa faedahnya? haaa jeng jeng jeng....


1) seorang blogger yang menyertai segmen ini akan dipilih untuk Entry Special yang bertajuk "The Most Inspirational Blogger In January" . pemenang dipilih berdasarkan beberapa aspek .
a) kekemasan blog
b) jalan cerita
c) faedah untuk pembaca blog
d) yang tak terpilih tu jangan buat muka tembok seribu , fyna akan promosi juga le. tapi tak seGrand-grand number satu tu :)
e) tambah bilangan follower , jumlah review blog meningkat insyaAllah .

Kalau korang ada masalah, jangan segan silu tanya pada Fyna ye...^_^ ? 
ok berbalik kepada syarat yang ke-3 segmen ni...hrmmm siapa ye yang Fida nak pilih? ^_^ Fida akan pilih berdasarkan blog yang paling melekat dan dekat di hati Fida k...^_^

BlOG PERTAMA

atau lebih dikenali sebagai Lyssa. Adik Lyssa ni baru berusia 20 tahun....anak jati Perak tau...sama macam Fida jugak...tapi adik Lyssa dah menetap kat Penang....kecil molek je orangnya...comel sangat...korang tak caye ke? kalau tak caye pergi klik link adik lyssa ni dan tengok sendiri...pada pandangan Fida adik Lyssa ni sangat berbakat dalam penulisan. Terdapat banyak tutorial berguna yang sering dikongsikan oleh adik Lyssa untuk tatapan semua pembaca setia blog beliau. Tutorial yang disajikan adalah sangat-sangat mudah difahami dan boleh diikuti semudah ABC...Fida cakap macam ni sebab Fida edit blog Fida ni pun dengan semua tutorial adik Lyssa ni kebayakannya lah...^_^ Lagipun adik Lyssa kita ni tak sombong tau...kalau dia sombong korang rasa agak-agak dia nak buat tak segala bagai tutorial tu? haaa kalau fikir dari segi logik lah kan...^_^ adik Lyssa ni tak kedekut ilmu...:)

 BLOG KEDUA
http://www.aizulmarcello.com/

siapa yang tak kenal dengan brother Aizul ni kan? kalau dulu abang Aizul ni bergelar seorang pelajar tapi sekarang beliau boleh berbangga sebab dalam usia yang cukup muda beliau sudah bergelah manager...hehehe betul ke ye? apa orang kata tu? Boss...wahhh hebat kan? siapa yang tak nak jadi boss betul tak? tapi rezeki pada abang Aizul...tahniah bro. sebab dah ada studio sendiri yang memang tak asing lagi dalam dunia photography ni... "eyestudio photography"..^_^ Blog abang Aizul ni memang hari-hari Fida terjah...tapi kalau bab komen tu memang susah...hahaha macam biasalah takut tu masih ada...yelah blogger femes kan...^_^  mesti ramai yang dah komen....so Fida tengok je lah...kalau nak tau...pertama kali Fida kenal blog ni adalah dengan blog abang Aizul kita ni lah...sejak dari tu Fida terus mengikuti setiap entry beliau...senyum, ketawa, sebak pun ada....dan macam ada satu semangat nak jadi macam beliau...dengan semangat yang berkobar-kobar Fida pun buka la akaun blog ni...yang korang tengah baca ni...dapat je buat blog...orang pertama yang Fida follow adalah abang Aizul...hehehe kiranya...abang Aizul ni sumber inspirasi lah kan?...^_^ how sweet...kikiki

BLOG KETIGA
http://kupukupukecik.blogspot.com/

yang ni pun kompem korang mesti kenal punya...^_^ sape lagi kalau bukan cik yuyu zulaikha kita...:) yang sama-sama comel macam adik Lyssa kita tadi...^_^ Fida sangat suka dengan olahan penceritaan adik yuyu ni...memang selalu menarik perhatian sesiapa sahaja yang membaca...kadang-kadang tu tersenyum sorang bila baca hasil tulisan dan luahan adik comel ni...^_^ adik yuyu ni unik sebab kita boleh panggil dia J.Lo Zulaikha atau bidadari...hehehe dan Fida sangat-sangat suka akan kata-kata yuyu yang setiap kali entry dia kalau ada gambar yang dia lukis sendiri mesti ada ayat ni : "p/s : lukisan huduh tak bermaksud tuannya pun huduh." dah jadi macam tagline pulak rasa...tiap kali baca mesti nak gelak...happy je kalau masuk blog yuyu ni...^_^ tapi macam biasalah...susahnya nak tinggalkan komen...maaf ye yuyu...kalau nak tinggalkan komen kat blogger femes ni memang agak segan sikit lah...tapi baca tetap baca...gelak tetap gelak...^_^


^_^ " fuuuhh , dah siap pun entry ni. wkwkwk"^_^



oklah korang...sampai sini je lah kot pandangan fida tentang blogger pilihan hati fida...tak nak merepek bagai dah...hehehe kalau boleh memang nak tulis semua blogger tapi terpaksa pilih tiga je....dah nama pon syarat kan? nak tak nak kena ikut...tapi korang jangan risau blog korang pun memang Fida terjah jugak...^_^ semuanya best & cute jugak...^_^ heart you ollss lah...:)



TARIKH TUTUP : 30 JANUARI 2012

nota buku lima dari Fyna : #Marilah kita sama sama mengunjungi dan support blogger di Malaysia ini :)




s a y o n a r a !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...