Followers

Wednesday, January 9, 2013

Fun@PPj Square



Assalamualaikum 




Sukacita dimaklumkan bahawa, Perbadanan Putrajaya (PPj) iaitu agensi yang mengurus dan mentadbir Putrajaya Bandar Bestari Dalam Taman akan menganjurkan  Majlis Pelancaran Fun@PPjsquare yang akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya pada 8.30 - 10.30 malam,  12 Januari 2013 (Sabtu) bertempat di Dataran Putrajaya, Kompleks PPj, Presint 3, Putrajaya.

Untuk makluman, Fun@PPjsquare merupakan inisiatif PPj untuk menyahut seruan kerajaan yang ingin melihat Putrajaya, khususnya Persiaran Perdana dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada hujung minggu. Program yang mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga ini akan dianjurkan pada hari Sabtu, minggu ke dua dan terakhir, setiap bulan. 

Bagi memeriahkan majlis pelancaran ini, PPj telah menyediakan beberapa aktiviti yang menarik seperti persembahan nyanyian oleh Najwa Latif, Kumpulan Shiro Raja Lawak, Ito Blues Gang, sesi bersama Upin & Ipin, permainan inflatable untuk kanak-kanak, persembahan tarian, kuiz, cabutan bertuah dan sebagainya.


Sehubungan itu, anda semua dan keluarga adalah dijemput untuk bersama-sama bagi memeriahkan acara ini agar hasrat kerajaan untuk menjadikan Putrajaya Bandar Dalam Taman yang ceria dan meriah dapat direalisasikan.







THINK BEFORE YOU PRINT AND SAVE A TREE!!!

Tuesday, January 8, 2013

BAGAIMANA MENJADI WANITA PILIHAN?



BAGAIMANA MENJADI WANITA PILIHAN?

MENUTUP AURAT


sumber : google search

Wanita mempunyai batasan tertentu untuk memelihara maruah diri sesuai dengan fitrah yang Allah S.W.T. berikan. Antara perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. adalah berhijab/menutup aurat. Pakailah apa-apa jua yang disukai asalkan ia memenuhi syarat Islam dengan menjaga aurat. Wanita juga tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal. Biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih & kemas. Sebaik-baiknya jika berhias utk suami, itu adalah lebih baik. Selain mendapat pahala, ia juga boleh menambat hati suami

MENJAGA AKHLAK


sumber : google search

Akhlak yang disulami dengan ketaqwaan akan terserlah dengan sifat-sifat terpuji. Untuk menyemat ketaqwaan agar tersemat di dalam hati, seseorang wanita itu hendaklah selalu bertawakal kepada Allah S.W.T. Anggaplah Allah S.W.T. melihat segala gerak-geri kita tidak mengira waktu dan tempat. Setiap kali kita mengingati Allah S.W.T., ia dapat mengingatkan diri kita daripada melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Basahkan lidah dengan zikir. Wanita berakhlak serta bertawakal selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah S.W.T. Dengan keyakinan terhadap Allah S.W.T. adalah segala-galanya, insyaAllah hidupnya akan menjadi lebih mudah.

CARA BERCAKAP


sumber : google search

Wanita pada zaman ini ramai yang bekerja. Dunia pekerjaan tidak terlepas memaksa kita bercampur dan bergaul dengan kaum lelaki. Oleh itu wanita hendaklah menjaga adab-adab sebagai wanita Islam yang baik. Pergaulan wanita dan lelaki tanpa batasan akan menjerumuskan ke lembah maksiat. Dalam pergaulan harian mahupun urusan pejabat, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan muhrim. Percakapan yang lemah lembut dan disertai gerak tubuh badan serta pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Sebaliknya, gunakan suara kewanitaan itu kepada orang yang sepatutnya seperti ibu bapa, suami dan anak-anak. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

TAAT


sumber : google search

Wanita yg solehah adalah wanita yang taat kepada Allah S.W.T. Selain itu, wanita hendaklah taat kepada ibu bapa dan suami (jika berkahwin). Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepadaNya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.


SUKA MENDENGAR


  sumber : google search       

Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutama pasangannya. Wanita diberi peranan sebagai isteri untuk menghibur dan menenangkan hati suami. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap  masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yg tinggi. Jika salah cara menegurnya, suami akan berasa malu di atas kelemahannya dan marah kerana ditegur begitu. Wanita yang banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan. Sekiranya ia berterusan, kemungkinan besar suami tidak akan ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isteri.


JAGA PANDANGAN MATA


sumber : google search 

Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yg melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang ke arah bahagian telinganya.


JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN


sumber : google search 

Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yg perlu diambil berat. Rumah merupakan tempat beristirehat yang paling baik. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih & kemas. Jangan hanya tunggu apabila tetamu hendak datang atau ada majlis keramaian di rumah, baru hendak berhias rumah. Sedangkan ahli keluarga kita mahukan kediaman yang selesa.


HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI


  sumber : google search 

Bau yg sedap atau wangi datangnya daripada haruman makanan, bunga-bungaan, potpuri, lilin beraroma dan pewangi yang disemburkan di sekitar rumah. Penggunaan wangian di bilik air juga  boleh dipraktikkan. Bau harum ini juga boleh dihadirkan di tempat kerja dan masjid. Bagi wanita muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi, ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yg berlebih-lebihan, Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya. Di pasaran terdapat banyak produk yang dapat menyahkan bau badan tanpa haruman yang ketara. 


WANITA PUNYA HAK


sumber : google search 

Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik dia akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan. Wanita ada hak ke atas dirinya, keluarga, anak, harta, pendidikan dan sebagainya. Islam tidak melarang wanita turut serta dalam Pembangunan negara. Wanita boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar batas-batas Islam. Sebenarnya sumbangan wanita amat besar. Kaum Hawa inilah menjadi pendidik berdedikasi sehingga lahirnya para pemimpin besar. Untuk mengetahui hak-hak itu, wanita perlu belajar dan celik ilmu dunia dan akhirat.


PEGANGAN KEPADA AL-QURAN & SUNNAH RASULULLAH S.A.W


sumber : google search 

Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, orang yang bersandar akan kedua-duanya tidak akan sesat. Hanya pastikan ilmu itu dicari dengan jalan yang betul. Terdapat pelbagai ajaran agama Islam di merata tempat tetapi kita hendaklah berhati-hati daripada ajaran sesat. 



Dengan kesepuluh-sepuluh ciri ini, insyaAllah kita sebagai wanita akan tetap menjadi wanita pilihan-Nya.... Amin..




s a y o n a r a !!!


Wednesday, January 2, 2013

renungan buat diri..



renungan buat diri..



Suami-suami yang berada di depan komputer... (Isteri pun boleh baca)
Yang belum kawin pun lagi lah digalakkan membaca..

PER: JIKA ISTERI KITA SAKIT

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya.

Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...

Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. 

Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau jogging. 

Dalam hati kita berkata, 'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia masih boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" 
Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje..tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik......" 

Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." 

Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . 

Bila tanya pada anak, "Emak mana?" 
Anak jawab, "Dalam bilik ". 

Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya.

Tanyalah dia bila dia kena demam dan sebagainya supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini.

Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain. Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....."

Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.

Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.


Selamat mencuba!



s a y o n a r a !!!




Kata-Kata Hikmat 1 : Hati Dan Perasaan




Hati Dan Perasaan 

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. 

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda amat merindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, dugaan & cabaran yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. 

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.



s a y o n a r a !!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...