Followers

Showing posts with label BHEUU. Show all posts
Showing posts with label BHEUU. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Ketua Pengarah BHEUU to KSU KPDNKK...^_^ Tahniah YBhg. Dato' Saripuddin Kasim

Assalammualaikum semua...^_^


ni last entry kot sebelum Fida bercuti sakan dengan family dekat Melaka 26 Disember ni nanti...^_^ korang pulak macam mana dengan hujung minggu dan cuti krismas ni pulak? kepada yang menyambut Hari Natal 25 Disember ni Fida nak ucapkan Selamat Hari Natal ye....dan Selamat Tahun Baru jugak ye semuanya...^_^

Hari ni adalah hari terakhir YBhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri berkhidmat di sini. YBhg. Dato akan berkhidmat di KPDNKK sebagai Ketua Setiausaha (KSU) kementerian bermula 27 Disember 2011 ini nanti...Tahniah kepada YBhg. Dato' di atas pelantikan ini..Kami Warga BHEUU mengucapkan selamat maju jaya dan semoga YBhg. Dato' tidak lupa kepada kami semua di sini...

Fida dan semua pegawai serta kakitangan Aras 7, BHEUU telah mengadakan sedikit jamuan sebagai tanda penghargaan kami kepada YBhg. Dato' KP selama bekerja di BHEUU ini. YBhg. Dato' KP telah membawa pelbagai perubahan yang sangat-sangat signifikan bagi semua warga BHEUU. Telah banyak kejayaan yang telah dibuat oleh YBhg. Dato' sepanjang menjadi Ketua Pengarah di Bahagian ini. Antaranya ialah, penarafan 5 bintang bagi Portal Laman Web BHEUU, Pensijilan Amalan 5S BHEUU, Pensijilan MS ISO 9001:2008 dan macam-macam lagi.

Terasa sayang jugak sebab akan kehilangan seorang ketua yang amat berkaliber dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan seharian.Tetapi apa-apapun tahniah lagi sekali ye YBhg. Dato di atas pelantikan ini. Semoga lebih berjaya di tempat baru nanti.

Pada 27 Disember 2011 ini jugak Ketua Pengarah baru yang akan menggantikan tempat YBhg. Dato' Saripuddin Kasim akan 'report duty' di BHEUU. YBhg. Dato' Haji Ismail Ibrahim sebelum ini berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).  


Ok lah semua...Fida nak rehat-rehat dulu ye...sebab hari ni Fida half day...pukul 3.30 petang nanti dah nak gerak balik ke kampung....so jumpa lagi ye semua...sayang korang semua...^_^



s a y o n a r a !!!

Tuesday, October 4, 2011

Majlis Jamuan Hari Raya BHEUU

Assalammualaikum

Walau rasenye raya dah lepas tapi xsalah kan kalau Fida nak story mory jugak kat korang semua tentang Majlis Jamuan Hari Raya ofis Fida baru2 ni

Kalau xsilap Fida tarikhnya pada 20 September 2011...hehehe

Ramai tetamu VVip yang kami jemput antaranya dah tentulah YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan sri Peguam Negara, dan ramai lagi lah....jenuh Fida nak tulis semua list jemputan ye dakk...hehehehe

YBhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah BHEUU menyambut ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


First YB Menteri sampai je, beliau terus di bawa untuk melawat gerai2 yang ada kat padang mini BHEUU terutamanya ke gerai Kambing Bakar (Fida pon xberapa sure namanya...hehehe) 

lepas tu bermulalah jamuan raya kami dengan lancarnya...hehehehe siap ade persembahan nyanyian lagu-lagu raya dari bakat-bakat terpendam BHEUU, MdI dan JBG  semasa jamuan berlangsung...:)

 Yang kiri sekali tu lah bos Fida, Tuan Haji Adnan Ibon, TKP(P) BHEUU bersama Tuan Mohd Nadzri Abd Rahman, TKP (Syariah), JBG dan Mantan KP BHEUU, Tuan Haji Abdul Halim Haji Abdul Murad.


ni meja untuk Pengurusan Tertinggi Puspanita BHEUU

 Fida n the gang bergambar kenangan bersama 
YBhg. Dato' KP BHEUU & isteri, YBhg. Datin Ruzaina Wan Haniff 
(Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil BHEUU)


 hehehe gambargrapher ofis ni dok snap2 pic xsangke plak terselit jugak gambar teman...
hehehhe walaupon agak masam di situ ye...
tapi sebenarnye tengah khusyuk menikmati Char Kuew Teow...
nyum...nyum...nyum....:)


Antara wajah urus setia yang sangat gigih menjalankan tugas sepanjang majlis berlangsung ye...diriku tidak terkecuali...hehehehe

p/s * skunk ni Fida ngah busy sebab ade majlis Persidangan Pegawai-pegawai Kanan BHEUU, MdI & JBG plak Khamis ngan Jumaat ni...so nantikan entry tentang persidangan tu plak k...:)


s a y o n a r a !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...