Followers

Wednesday, December 28, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan ke Segamat...^_^

Assalammualaikum semua...^_^


rindunya dekat blog Fida ni...dekat korang semua...macam dah lupe pulak macam mana nak menaip ni...hahaha boley tak macam tu?...:) kalau ayat Fida dah tak berada atas jalan yang lurus tu korang pandai-pandai sendiri la ye paham-pahamkan apa maksudnya...hehehe 

ok lah...kita straight to the point je lah ye...senang citer...^_^ 23/12/2011 (Jumaat) lepas Fida ada bgtau yang Fida half day kan? sebab nak balik kampung...Cakap nak gerak dalam pukul 3.30 petang tapi terlewat sikit sebab banyak kerja...so Fida keluar dari opis ni pon dah dekat pukul 4.00 petang...Fida ingatkan Fida la last sekali sampai kampung sebab masa 3.30 petang abang Fida ada call bgtau yang dia satu family dah sampai dekat Seremban sedangkan Fida masih kat opis kat Putrajaya ni...

huhu dah sedih dah rase time tu...mane taknya...Fida balik sensorang je...takde teman pon...masa tak menunggu kita kan? tu yang risau...takut nanti dah malam baru sampai...tapi nasib baik sebab time Fida sampai kat Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan tu, abang Fida masih lagi di Seremban...hahaha Fida berjaya memintas dorang semua...yess!!! sebab dorang singgah makan dulu....anak buah Fida lapar katanya....

Fida sampai kampung pun dah dekat maghrib...dalam pukul 7.00 malam macam tu lah...then 10 minit lepas tu abang Fida pulak yang sampai....then ktorang mandi-mandi bersihkan diri apa yang patut....makan then terus tido....sebab esok masih panjang...^_^


panjangnya mukadimah cerita ni...hahhahaha jangan marah tau...dah penulis dia ni rindu sangat nak menaip...so cite yang pendek jadi panjang la pulak...mane taknya, semua benda nak bgtau kat korang....^_^


Keesokkan harinya, 24/12/2011 (Sabtu) ktorang memang dah rancang nak pergi Segamat, Johor...dengar macam jauh je...yelah dari Pahang nak ke Johor...hehhe tapi dekat je sebenarnya sebab sempadan je...dalam 45 minit je sampai lah ke Segamat tu....

sepanjang perjalanan hujan tak berhenti...adoyaiiii...memang penat lah...nasib baik tukar-tukar drive dengan abang Fida...time pergi Fida drive...time balik dia pulak drive...^_^ biasalah...dah nama pon hujan kan? so perut pon apalagi...menyanyi-nyanyi lah mintak diisi...lapar bukan main...sebab ktorang tak sempat sarapan...hehehe eksaited kemain kan nak jenjalan...

so.....jom kita pergi Pizza Hut nak tak? hehehe ada orang tu konon nak diet...tapi bila nampak je menu Pizza tu terus lupa pasal diet...hahhaa lame giler kot Fida tak makan Pizza Hut...kalau Domino's pizza tu memang banyak kali dah...hehehehe







then lepas ktorang dah makan-makan sampai kenyang mengalahkan naga...^_^ ktorang pon terus jalan-jalan, shopim-shopim apa yang patut...lepas tu terus pergi Pasaraya Kip Mart Segamat yang baru dibuka pada 24/12/2011 tu jugak lah...maknanya ktorang datang pada 1st day Kip Mart mula beroperasi...wahhh...barang dia memang murah giler....ayam pon sekilo RM 6.00 je....kalau kat Putrajaya tu memang tak dapat lah...hua hua hua konsep Kip Mart ni macam Downtown Cheras...cuma bezanya...Kip Mart ni ada Pasar Basah & ada air-cond...^_^ kiranya lagi banyak lah duit tu boleh cair...hahaha








then lepas tu terus pergi Secret Recipe sebab nak beli Kek Tiramisu sempena Ulangtahun Perkahwinan abang Fida yang ke-7 tahun...Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ye Nyah & Kak Nyah...^_^ (nyah tu panggilan untuk abang / kakak /anak yang kedua dalam keluarga bagi orang Perak ye semua....bukan nyah yang lagi satu tu tau...^_^)





 haaa...nilah abang Fida yang no. 2 tu...Fida satu keluarga panggil dia nyah...sebab memang tu panggilan anak no. 2 dalam keluarga bagi negeri Perak...^_^


Shahrul Khairie & Rohaya


lepas tu ktorang terus pergi Taman Yayasan sebab nak beli cat untuk rumah mak....Fida dengan nyah pilih warna Yellow Green...:) comel sangat...rumah nampak luas sangat...kikiki mengecat rumah tu aktiviti hari Ahad ktorang...satu hari suntuk dok mengecat rumah sampai finishing skali tau...Fida pon siap panjat tangga bagai...memang best...satu pengalaman yang tak dapat dilupakan...penat memang penat sangat...tapi amat-amat berbaloi...^_^

oklah...penat lah pulak rasanya menaip ni...hehehe kita jumpa next entry ye...:)


p/s * : gambar cat rumah baru xsempat nak upload...nanti2lah ye...^_^



s a y o n a r a !!!

Friday, December 23, 2011

Ketua Pengarah BHEUU to KSU KPDNKK...^_^ Tahniah YBhg. Dato' Saripuddin Kasim

Assalammualaikum semua...^_^


ni last entry kot sebelum Fida bercuti sakan dengan family dekat Melaka 26 Disember ni nanti...^_^ korang pulak macam mana dengan hujung minggu dan cuti krismas ni pulak? kepada yang menyambut Hari Natal 25 Disember ni Fida nak ucapkan Selamat Hari Natal ye....dan Selamat Tahun Baru jugak ye semuanya...^_^

Hari ni adalah hari terakhir YBhg. Dato' Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri berkhidmat di sini. YBhg. Dato akan berkhidmat di KPDNKK sebagai Ketua Setiausaha (KSU) kementerian bermula 27 Disember 2011 ini nanti...Tahniah kepada YBhg. Dato' di atas pelantikan ini..Kami Warga BHEUU mengucapkan selamat maju jaya dan semoga YBhg. Dato' tidak lupa kepada kami semua di sini...

Fida dan semua pegawai serta kakitangan Aras 7, BHEUU telah mengadakan sedikit jamuan sebagai tanda penghargaan kami kepada YBhg. Dato' KP selama bekerja di BHEUU ini. YBhg. Dato' KP telah membawa pelbagai perubahan yang sangat-sangat signifikan bagi semua warga BHEUU. Telah banyak kejayaan yang telah dibuat oleh YBhg. Dato' sepanjang menjadi Ketua Pengarah di Bahagian ini. Antaranya ialah, penarafan 5 bintang bagi Portal Laman Web BHEUU, Pensijilan Amalan 5S BHEUU, Pensijilan MS ISO 9001:2008 dan macam-macam lagi.

Terasa sayang jugak sebab akan kehilangan seorang ketua yang amat berkaliber dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan seharian.Tetapi apa-apapun tahniah lagi sekali ye YBhg. Dato di atas pelantikan ini. Semoga lebih berjaya di tempat baru nanti.

Pada 27 Disember 2011 ini jugak Ketua Pengarah baru yang akan menggantikan tempat YBhg. Dato' Saripuddin Kasim akan 'report duty' di BHEUU. YBhg. Dato' Haji Ismail Ibrahim sebelum ini berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).  


Ok lah semua...Fida nak rehat-rehat dulu ye...sebab hari ni Fida half day...pukul 3.30 petang nanti dah nak gerak balik ke kampung....so jumpa lagi ye semua...sayang korang semua...^_^



s a y o n a r a !!!

Tuesday, December 20, 2011

Kondisi Keretaku Yang Amat Membimbangkan...:'(

Assalammualaikum semua...

Fida sekarang dalam kebuntuan dan kerisauan yang melampau....

hari ni Fida ingat nak tanya korang yang handal-handal bab kereta la...huhuhu please help me...:'( Fida dah pening kepala dari tadi dok search "price list" untuk Sel Kering Battery, Boost dengan Brek Pad....ada sape-sape tak yang tahu berapa harga dia sekarang ni? 

baru-baru ni...tapi takdelah baru sangat..adelah dalam 3 ke 4 minggu...dekat-dekat sebulan yang lepas...Fida ada teman member ni pergi servis kereta dekat bengkel kat Seksyen 4, Bangi, Selangor..then Fida memang Zero pengetahuan pasal kereta ni...yang Fida tau start kete pergi kerje, balik kerja, balik kampung...then pergi jalan-jalan..hahaha see that? betapa dungunya Fida pasal kereta ni....pekerja kat bengkel tu cakap harga sel kering tu around RM250 je...huhu siap cakap 'je' tu...mahalnya bagi Fida ni...hahahha.....siapa yang baik hati tolong lah Fida ye...

hujung minggu ni dah nak balik kampung...pastu nak jalan-jalan kat Melaka lagi...huhuhu Kereta Fida perlu sihat sepenuhnya...risau sangat ni...:'( mana taknya...Jumaat ni Fida halfday...balik pulak sorang-sorang je...biasanya tak takut pon...sebab dah biasa...tapi bila mengenangkan kondisi kereta Fida yang tak berapa baik tu...Fida risau lah...kalau ada teman takpelah jugak...perempuan pulak tu...tak ke naya kalau jadi apa-apa kat atas jalan tu nanti...huhuhu

Tadi fida called Puan Zura Rafa....mintak tolong dia tanyakan Encik Suami dia...huhu harap-harap korang pon tolonglah Fida ye...please...berharap sangat ni...

thank you semua ye...


s a y o n a r a !!!

Monday, December 19, 2011

Fenomena Ombak Rindu...Impak positif atau negatif pada diri & jiwa anda???

Assalammualaikum semua...^_*....

berbalik kepada Filem Ombak Rindu yang Fida tengok semalam kat GSC Alamanda, Putrajaya dengan Encik Tunang...bagi Fida memang cerita ni best...dan Fida bagi 4 bintang dari 5 bintang....tapi Fida nak share dengan korang semua apa yang Fida terbaca dalam Utusan Online masa Fida search tentang filem ni tadi...jom kita baca reramai...boleh tambah ilmu pengetahuan yang sedia ada tu...



**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**
DALAM kebudayaan Barat, seni persembahan genre drama Greek menerapkan unsur tragedi sebagai asas penciptaan karya seni persembahan atau tulisan.

Merujuk karya ilmiah berjudul Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam oleh Prof Muhammad Naquib Al-Attas, Tokoh Melayu Terbilang 2011 merumuskan unsur tragedi bukan lagi wujud dalam bentuk seni, malah ia wujud dalam pengalaman sebenar yang dialami oleh masyarakat Barat.

Menurut al-Attas, “Seakan-akan dalam pengalaman dan kesedaran itu diada-adakan berterusan rasa bersalah-durhaka yang menghantui mereka, yang diajarkan oleh agama sebagai dosa asal yang dilakukan bapa kepada segala insan, yang telah tersilap langkah terpikat oleh peluang yang disodori godaan si penghasut yang mahu menyaksikan kejatuhannya dari rahmat Tuhan.”

Selanjutnya, kejatuhan bapa segala manusia ke lurah kehinaan sebagai “Suatu sumpahan berterusan ke atas anak cucu dengan rundungan berterusan menyebabkan mereka merasa bersalah dan sentiasa menyakiti hati dan fikiran mereka sendiri sepanjang zaman.”

Selepas dibuang ke dunia, seperti pada babak pertengahan karya seni, peranan mereka tetap “Bertelagah dan melakukan keganasan”. Tambah al-Attas, “Ketagihan pada tragedi dan seni yang memperlakonkannya sedemikian laku sehingga agama sekalipun terpaksa ditempa dalam acuan tragedi.

Dunia bagaikan pentas besar di mana insan merekacipta, melakonkan dan menyaksikan drama (lakonan) hidupnya sendiri demi menghasilkan kelegaan diri mereka daripada rasa takut dan hiba akan kesengsaraan diri.” (khatarsis).

Al-Attas merumuskan, “Tragedi bukan lagi suatu bentuk seni, kerana ia telah memberi kesan nyata kepada kebudayaan dan kerohanian Barat pada semua zaman.”

Lebih jauh lagi, fahaman humanisme dan sekularisme yang muncul pada Zaman Pertengahan di Barat, “Beransur serempak dengan munculnya falsafah dan sains sekular yang telah menjadikan tragedi menggantikan agama sebagai jalan untuk memartabatkan keluhuran insan.”

Pengalaman tragedi dalam masyarakat Barat ini dijelaskan al-Attas dalam pengalaman Barat terhadap golongan gereja dan golongan pendeta Kristian yang sudah pastinya berbeza dengan pengalaman Islam.
Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Ustazah Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Ustazah Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.

Di kelab malam, Ustazah Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Ustazah Izzah. Baju kurung Ustazah Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.
Ustazah Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Ustazah Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Ustazah Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam. 

Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.

Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.

Kerangka

Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.

Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah. 

Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.

Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?

Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.
**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**=**

semuanya terserah kepada individu yang menonton itu sendiri sebenarnya.....kalau baik pada pandangan matanya maka baik lah pada dirinya tapi kalau sebaliknya yang terjadi....korang kena buat macam trademark Nabil Rajalawak tu...Lu pikirlah sendiri...hehehe.....jadi apa pendapat korang? renung-renungkan & selamat beramal...^_^

sehingga berjumpa lagi di lain entry ye semua...^_^


s a y o n a r a !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...