Followers

Friday, June 10, 2016

Kehidupan di dunia yang Serba Mencabar




Assalammualaikum...

Bekerja mempunyai banyak tujuan kan? Sebagai contoh, ada yang hanya bekerja dengan tujuan semata-mata untuk gaji. Cukup bulan gaji masuk dalam akaun kerana bagi mereka tanpa gaji macam mana mereka nak teruskan kehidupan di zaman yang semuanya memerlukan wang kan...semua barang nak naik harga, dengan cukai segala, GST lagi....banyak yang nak ditanggungkan...Mana nak bayar ansurans kereta/motor, rumah (bagi yang ada rumahlah), kalau yang dah kahwin, barang-barang keperluan rumah lagi, yuran taska/nurseri anak lagi, barangan keperluan sekolah lagi...bil-bil utiliti yang dah wajib tiap-tiap bulan dibayar kan...ASTRO, TNB & SYABAS...itu belum lagi kalau kereta rosak ke kan, nak servis bagai lagi



Tambah pulak sekarang ni Bulan Ramadan, semua nak buat persediaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ni...baju raya, duit raya, duit nak pulang ke kampung halaman lagi...kalau penjawat awam macam Fida dan suami ni syukur Alhamdulillah PM nak bagi bantuan khas kewangan sempena perayaan...syukur sekurang-kurangnya dapat jugaklah meringankan beban yang sedia ada ni...macam-macam kan dalam kepala ni nak fikir...tapi itulah hakikat kehidupan yang perlu dihadapi...cuma cara untuk kita harungi segala dugaan dan cabaran tu yang berbeza..yelah lain orang lain pendekatan dan penyelesaiannya kan...



Ada jugak yang mencintai kerja dia...sebab apa? faktor persekitaran kerja tu sendiri...yelah kalau kawan-kawan tempat kerja semuanya boleh beri komitmen yang diperlukan dengan baik, siapa yang tak seronokkan nak datang kerja...dapat bos pulak yang memang baik giler lah orang cakap, faham komitmen kita, kalau kita buat salah tegur dengan cara berhemah, tak cakap belakang kita, bukan jenis talam dua muka bagai ni...memang "heaven": nak pergi kerja macam tu..


Tapi macam mana kalau sebaliknya? susah nak cakap kan, sebab dalam dunia ni kita bukan sentiasa disukai, disayangi, sentiasa berasa di atas...sebab kehidupan kita ni macam roda kan...kita memang akan merasa segala kesusahan, kesenangan, kekalahan, kemenangan, kesedihan, kegembiraan, kekecewaan dan kebahagiaan tu...tapi pengalaman setiap individu tu memang berbeza...

Fida pernah terbaca ada satu ayat ni...
"Manusia adalah makhluk unik"

Kenapa dia cakap macam tu ye? Setiap manusia tu adalah berbeza antara satu sama lain. Ini kerana keperibadian dan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh faktor persekitaran tempat tinggal mereka. Bahkan, adik beradik pun yang dibesarkan dalam persekitaran yang sama tetapi akan menunjukkan keperibadian/perilaku/kepandaian yang berbeza dan pelbagai antara satu sama lain. 

Semua mesti pernah dengar kan perumpamaan ni, 
"rambut sama hitam, tapi hati lain-lain" 


itulah manusia, memang sangat istimewa kewujudannya...kita sendiri yang mencorakkan bagaimana kita mahu kehidupan kita ni....

seperti kata pepatah...
"pengalaman mematangkan seseorang itu"

 pucuk pangkalnya, diri sendiri...jangan hipokrit dan jangan jadi seperti talam dua muka sudahlah ye kawan-kawan...Fida memang cukup tak suka dengan dua golongan ni...jadi renung-renungkan dan mari kita sama-sama beramal...






s a y o n a r a !!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...