Followers

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #4

Assalammualaikum...




cre pic to Google image


p/s : mood tak berapa ok hari ni...:(



s a y o n a r a !!!

Monday, February 27, 2012

Lirik Lagu | Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

Assalammualaikum semua...:)


Selamat pagi semuanya...sihat tak hari ni? macam mana cuti hujung minggu baru ni? korang pergi mana je? mesti best kan hujung minggu korang....hujung minggu Fida seronok jugak sebab hampir settle semua kerja-kerja kahwin ni...^_^ wahhh...dah dekat rupanya...minggu depan je korang...berdebar terlebih dah ni...bukan apa...Fida cuma risau tak dapat nak layan tetamu yang hadir tu je...takut ada yang terasa hati je...risau sangat-sangat bab tu...harap-harap semuanya berjalan dengan lancar...:)


oklah...banyak pulak membebel pagi ni kan? hehe jomlah semua...Fida nak share lirik yang sangat-sangat Fida suka sekarang ni dari Ainan Tasneem dan orangnya pun sangat comel ok...^_^ Fida dapat lagu ni dari blogger terkenal sape lagi kalau bukan Abang Nara a.k.a. beautifulnara tu...:) sebelum tidur mesti dan Wajib dengar lagu ni kalau tak memang tak boleh tidur (sekarang ni la...sebab lagu ni hot...^_^) let's check it out...^_^




Aku Lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

**Bila dia mendekati diriku
  Hatiku rasa sesuatu
  Bila dia senyum pada diriku
  Hatiku rasa tak menentu

Hu...O...Oh
Hu...O...Oh

Kekadang hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku Ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Ulang **

Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Hu...O...Oh
Hu...O...Oh

Ku terima satu nota
Dari mu yang tertulis
Aku Suka Kamu

Ulang **

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Hu...O...Oh
Hu...O...Oh

Aku Suka Dia....






s a y o n a r a !!!

Wednesday, February 22, 2012

Majlis Perkahwinan Syazfida & Zaini | 11 Mac 2012 (Ahad)

Assalammualaikum semua...




dup dap dup dap...menanti hari bahagia...semakin hari semakin dekat...^_^ jantung ni dah macam apa dah rasanya...sape2 yang nak kawen macam Fida ni atau yang baru je kawen, mesti paham apa yang Fida alami sekarang ni...:) bukan je debaran menanti hari perkahwinan tu tapi hari-hari setelah bergelar isteri nanti...banyak kan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik, taat, setia dan yang paling penting ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan...hehehe chewahhh...dah pandai bercakap tentang tanggungjawab seorang isteri lah pulak sekarang ni...:)

oklah...dah lama menyepi (yang sememangnya selalu sangat menyepi kan) korang jangan marah tau...bz sangat-sangat sekarang ni...sampai sakit-sakit Fida...hari ni baru masuk kerja tau lepas 2 hari dapat MC kena ceri beri...hehehe ni pun xsepenuhnya sihat lagi ni...tapi kuatkan diri...kena kerja jugak...yelah nanti nak kawen cuti lagi lama...kesian dekat bos Fida kena tinggal sorang-sorang...:(


________________________________________________________________________________


Di kesempatan ini, saya Syazfida Afzan dan saya mewakili tunang saya Mohd Zaini, ingin menjemput anda semua ke majlis perkahwinan kami pada ketentuan seperti berikut :

Tarikh      :     11 Mac 2012 (Ahad)
Masa        :      11.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat    :      No. 33, Blok 4, Felda Keratong 7, 26700 Muadzam Shah, Pahang

Semoga dengan kehadiran dan doa restu kalian akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati oleh Allah S.W.T. Insya’Allah. Terima kasih. ^_^ Doakan kebahagiaan kami dunia & akhirat ye...:) siapa yang dekat je tu jemput datang ye meriahkan lagi majlis dan siapa yang jauh tu kalau nak datang Fida hargai sangat-sangat jasa baik kalian...kalau datang kenalkan diri kat Fida ye...nak juga kenal dengan sahabat blogger Fida semua ni...^_^ sayang korang...:)


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Engkaulah Yang Maha Agung
Yang telah menciptakan qadha’ dan qadar ini
Kami pohon restu dan keredhaanMu
Jadikanlah ikatan ini selamanya diberkati olehMu
Agar sentiasa dilimpahi dengan keimanan dan
kasih sayang dan peliharalah ia semoga ianya akan
berkekalan dengan Rahmat dan cahaya kasihMu
Di dunia ini dan di akhirat nanti…

Ya Allah
Satukanlah hati dua hambaMu ini sepertimana
Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha
Dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah.

- Amin Ya Rabbal Alamin -



Undangan Majlis Perkahwinan kami berdua...^_^

 sedikit maklumat untuk semua...:)



Peta ke Majlis perkahwinan Fida...^_^




jemput datang ye semuanya...^_^




s a y o n a r a !!!

Tuesday, February 14, 2012

Sahabat Terbaikku Kahwin | Nor Erdaliana Mohd Saufi

Assalammualaikum semua...^_^

Korang boleh Klik Sini Jugak..^_^
Zura Rafa Kahwin
Ummi Nadia Kahwin


macam yang Fida janjikan semalam...hari ni Fida nak sajikan mata-mata cantik korang tu dengan gambar-gambar perkahwinan sahabat baik Fida yang lagi sorang ni pulak...^_^ Fida panggil beliau Erda je...dulu beliau bekerja di Kementerian Belia dan Sukan di Presint 4 tu...sekarang ni beliau dah bertukar ke Jabatan Pendaftaran Negara di Dungun, Terengganu kerana mengikut suami...^_^ so sweet kan?...:)


Erda sekarang ni tengah mengandung anak pertama yang masih lagi dirahsiakan jantina anak mereka ni...penat dah tanya tapi tetap rahsia...takpe lah kan...asalkan ibu dan anak selamat semasa proses kelahiran nanti...korang doakan ye sahabat Fida ni...^_^ sayang korang...due dia mungkin dalam 6 ke 5 minggu dari sekarang...^_^ nanti dapat lagi sorang anak buah selain Haffiy...:)


oklah
jom kita layan
gambar-gambar yang sungguh cantik ni
let's go
^_^








Majlis Pernikahan diadakan pada 2 Jun 2011
kalau tak silap Fida la lepas Asar rasanya
Fida xde masa nikah ni 
sebab masih on the way time tu

tak sempat nak terus ke Dungun
sebab dah jam 12 malam 
baru sampai ke Chukai, Kemaman
so just tido kat rumah kakak Zura Rafa
^_^














Ni masa nak makan beradap dan bersanding
pon Fida takde
bukan apa
Fida, Zura dengan kakak Fida tersampai awal
time tu Erda belum siap dimekapkan lagi
so ktorang letak hadiah then terus pergi makan
Lepas makan pengantin ajak pergi outdoor dulu
so ktorang ikut je lah...^_^
alang-alang boleh tumpang glamor
hahahaha











 sebab tu gambar mereka je yang ada time ni...Fida, Zura dengan kakak Fida mungkin masih dalam kereta nak ke Chukai, Kemaman sebab Fida nak balik kampung pulak kat Muadzam Shah, Pahang...dari rumah Erda ke rumah Zura pon kalau tak silap Fida ambik masa 1 jam setengah...lepas tu dari rumah Zura nak ke kampung Fida ambik masa 4 jam pulak...huhuhu penat memang penat...tapi demi seorang sahabat...ku relakan apa jua...^_^  semoga bahagia ye cayang...:)










 Yes akhirnya akan muncul juga wajahku ini
ayat memang tak boleh bla
^_^
time ni masa sesi outdoor
Ya Allah speechless sekajap tau
cantik gila kot Tasik Golf tu
kat mane entah Fida pon dah lupa la
kat Bukit Besi kot...^_^
Lepas sesi ni lah ktorang terus balik
sebab jauh lagi kan perjalanan Fida...^_^
















 anak sedara Fida terselit jugak...hehehe 
(Airel Shazli - baju kuning belang hitam putih tu)

























oklah semua..sampai sini je dulu ye...Fida mohon ampun dan maaf andai selama berblog ni Fida ada terkasar bahasa sengaja atau tidak sengaja...maafkan Fida ye...^_^ Fida undur diri dulu ye...:)





s a y o n a r a !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...