Followers

Friday, September 28, 2012

Akhlak Suami Ketika Isteri Hamil



Akhlak Suami Ketika Isteri Hamil 

Akhlak suami terhadap isteri yang hamil, bagaimana caranya??
Wanita yang hamil perlukan perhatian yang lebih dari suami, terutama ketika beliau tengah sarat dan menunggu saat memperjuangkan nyawa yang hampir berada dihujung tanduk.

Ada juga, si suami yang tidak tahan dengan karenah isterinya, lalu dilafazkan talak..  Hal ni berlaku kepada pasangan yang kurang ada sifat sabar dan panas baran.

Marilah sama-sama kita hayati salah satu ayat di dalam Al-Quran surah Ath-Tholaq ayat 6 yang bermaksud:

… dan janganlah kamu susahkan mereka kerana hendak
menyempitkan mereka..”

Ayat ni memberi maksud terhadap suami kepada isterinya yang telah diceraikan, sebanyak tiga kali. Bekas isterinya ini tidak boleh diperlakukan ikut suka hatinya sehingga ia hidup susah dan terlantar.  Bila isteri yang diceraikan itu sedang hamil, maka suami yang menceraikannya wajib member nafkah sampai isterinya melahirkan anaknya.

Ayat yang sama Allah berfirman yang bermaksud :

“… dan jika mereka hamil, hendaklah kamu berikan nafkah kepada mereka sampai mereka melahirkan…”

Seorang isteri yang sedang hamil perlu sekali mendapat layanan yang baik, menyenangkan, besar hatinya dalam memikul beban dan kesusahan semasa hamil, sehingga isteri tidak merasa beliau bersendirian dalam berjuang mempertahankan kandungan sehingga bayinya lahir.

Akhlak yang baik harus ditunjukkan oleh suami terhadap isterinya dan jangan ada yang menyebabkan bebanan mental isteri yang sedang hamil.  Kerana jika isteri tertekan maka bayi akan mewarisi perlakuan tersebut. 

Sikap suami terhadap isteri hendaklah selari dengan akhlak Islam, kerana ada kalanya isteri yang hamil meminta sesuatu yang aneh, suami harus tabah menghadapi dengan sikap yang terpuji berdasarkan tuntutan agama.  Permintaan yang baik dan halal, hendaklah dipenuhi.

Menunggu isteri melahirkan menurut Islam adalah tidak wajib, juga tidak sunnah tetapi harus, iaitu berserah kemahuan yang berkaitan.  Mencari nafkah untuk kepentingan keluarga adalah wajib atas suami.

Jika suami menunggu isterinya bersalin menyebabkan pekerjaan rugi dan menambahkan beban hutang, maka suami wajib pergi mencari nafkah untuk memenuhi keperluan keluarga.

Secara ringkasnya akhlak yang mulia dan ucapan suami terhadap isterinya yang hamil hendaklah dapat memberi dorongan dan semangat kepada isterinya agat hidup tenang, senang, tenteram dan selalu dekat kepada Allah.  Dengan ni, isteri yang hamil tidak merasa berat dan susahnya mengandung.





*p/s : sumber Fida tak ingat dah la...semua yang Fida share sebelum ni dan mungkin akan datang lepas ni tentang kehamilan, semuanya Fida dapat dari Internet...maaf ye Fida betul-betul lupa kat mane Fida kaut info ni...sebab dah save dalam word kat PC Fida...:)





Thursday, September 27, 2012

Tips Penjagaan Ketika Hamil



Tips Penjagaan Ketika Hamil 
(terutama pada yang baru mula menjadi IBU)




1. Makan makanan yg seimbang 

- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

2. Jaga tingkah laku, jaga amalan

- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah.  Mengucapkan kata-kata yang baik selalu.  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.

3. Sedekahkan Al-Fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 

- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti.  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

4. Jaga pantang larang 

- Berpantang makan yang berbisa dan tajam.  Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan.  Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing.  Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.

5. Elakkan tekanan

- Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban.  Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.






*p/s : sumber Fida tak ingat dah la...semua yang Fida share sebelum ni dan mungkin akan datang lepas ni tentang kehamilan, semuanya Fida dapat dari Internet...maaf ye Fida betul-betul lupa kat mane Fida kaut info ni...sebab dah save dalam word kat PC Fida...:)





Bersebadan Semasa Hamil



Bersebadan Semasa Hamil 

Ada yang beranggapan, apabila isteri yang hamil 7 bulan ke atas, suami tidak boleh bersebadan lagi dengannya. 

Kepercayaan kurafat, iaitu bersebadan dengan isteri yang hamil dapat merosakkan bayi kerana bercampur dengan mani yang baru.  Dikalangan masyarakat primitif diperkuat dengan cerita-cerita tahyul bahawa anak yang dilahirkan kelak cacat atau terganggu jiwanya.

Ada satu hadis yang bermaksud:

“Wanita hamil tidak boleh disetubuhi sehingga dia melahirkan.”
(Riwayat Abu Dawud)

Pendapat yang perlu kita teliti dengan saksama hadis yang dibawa itu.  Hadis riwayat Abu Dawud itu selengkapnya berbunyi:

“Dari Abi Said Al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW mengirimkan sesuatu pasukan ke Authas pada hari Hunain.  Ditengah jalan mereka bertemu dengan musuh mereka, lalu mereka perangi hingga mereka menang dan mendapat tawanan beberapa orang wanita, tetapi nampaknya beberapa sahabat Rasulullah SAW keberatan untuk bercampur dengan mereka kerana suami mereka orang-orang musyrik.  Maka turunlah firman Allah: “…(diharamkan kepadamu) wahai wanita-wanita bersuami, kecuali yang dikuasai tangan-tangan kananmu.  Maksudnya, mereka (tawanan perempuan) itu halal bagi kamu sendiri setelah habis mana iddahnya.”
(Riwayat Abu Dawud, Hadis no. 2155)

Wanita hamil yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah wanita hamil yang diperolehi dalam peperangan dengan orang kafir sebagai tawanan perang.  Hadis ini khusus mengenai waktu tawanan perang hamil dengan suaminya bukan wanita hamil dengan suami sesame muslim yang menjadi pembicaraan kita ini.

Isteri yang sedang hamil sekalipun sudah masuk bulan kesembilan, boleh sahaja disetubuhi oleh suaminya.  Dikalangan doktor, banyak yang menyarankan agar para suami boleh bersetubuh walaupun hamil untuk mempermudahkan proses persalinan isterinya.  Ini kerana, curahan air mani suaminya itu akan membantu melenturkan vagina isteri yang akan melahirkan bayinya.

Para suami tetap boleh bersetubuh dan tidak ada bahaya bagi wanita hamil.

Ini ada beberapa Pesanan Rasulullah dalam bercinta, berjimak (untuk suami isteri)
Cara berjimak yang dituntut dalam agama Islam :-
a.     Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah SWT.

b.     Pada malam selasa. Jika Allah kurniakan anak, ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
c.     Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
d.     Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak, ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah SWT rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
e.     Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
f.        Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.
g.     Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak, ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

Bacalah doa dan berlindung dari syaitan.  Jika Allah mengurniakan anak, ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Wednesday, September 26, 2012

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional


Pantang Larang Orang Melayu Tradisional

 Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.





*p/s : sumber Fida tak ingat dah la...semua yang Fida share ni Fida dapat dari Internet...maaf ye Fida betul-betul lupa kat mane Fida kaut info ni...sebab dah save dalam word kat PC Fida...:)





Panduan Untuk Ibu Hamil Berjalan Jauh


Panduan Untuk Ibu Hamil Berjalan Jauh

Perjalanan jauh bukan tidak boleh bagi ibu hamil, sebaliknya perlulah dirancang supaya semuanya berjalan dengan baik Insya-Allah.

Pertamanya puan perlulah meminta nasihat doktor yang menjaga puan sama ada perjalanan jauh itu sesuai untuk puan dan kandungan. 


Jika perlu, dapatkan laporan ringkas mengenai kehamilan puan agar dapat memudahkan kesinambungan penjagaan kandungan jika wujud masalah dalam perjalanan atau ketika di kampung. 


Selain itu, langkah-langkah berikut boleh diambil:


Pastikan puan sudah berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Lebih penting lagi, suami yang akan memandu juga perlu cergas dan sudah cukup berehat supaya tidak mengantuk dan letih ketika dalam perjalanan. 


Memakai pakaian dan kasut yang selesa. 


Pastikan puan membawa bekalan makanan dan minuman (walaupun berpuasa). Elakkan daripada mengambil minuman bergas. 


Seseorang wanita yang hamil dan bermusafir pula, boleh berbuka puasa. 


Pastikan puan meminum air secukupnya ketika dalam perjalanan jika mengambil keputusan untuk tidak berpuasa. 


Apabila puan berada dalam keadaan duduk yang agak lama, letakkan bantal kecil di belakang dan cuba lunjurkan kaki. Keadaan ini boleh mengurangkan kaki menjadi bengkak dan juga memperbaiki peredaran darah. Posisi ini penting terutama bagi ibu yang mengalami “varicose veins”, iaitu saluran (darah) vena menjadi kembang dan bengkak di bahagian kaki.


Varicose veins atau urat bersimpul menjadi lebih teruk pada akhir kehamilan apabila berdiri atau kaki tergantung buat masa yang lama. Oleh itu, mengangkat kedua-dua kaki ke atas boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak vena.


Pada posisi ini, pengaliran darah berlaku dengan lebih baik dan tidak terkumpul di bahagian kaki. Jika puan melakukan perjalanan dengan kereta, pastikan kereta puan berada dalam keadaan yang baik dan baru diservis. 


Perjalanan hendaklah dirancang dan jangan tergesa-gesa di jalan raya. Puan boleh berhenti bila-bila masa yang diperlukan untuk “stretch” badan dan juga memperbaiki peredaran darah. 


Ketika di dalam kereta, pastikan puan memakai tali keledar. Langkah ini penting untuk menyelamatkan nyawa jika berlaku kemalangan. 


Jangan risau mengenai janin akan terhimpit oleh tali itu kerana janin mempunyai air ketuban di sekeliling. Air itu adalah mekanisme untuk perlindungannya. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa tali keledar boleh meninggikan risiko kecederaan janin. 


Pakai tali keledar dengan meletakkan tali itu di bahagian perut, iaitu sebawah yang mungkin. Tali di bahagian dada pula diletakkan di antara kedua-dua payu dara. 


Puan mungkin perlu membuat pertukaran kedudukan tali dari semasa ke semasa supaya ia betul-betul selesa. 


Jika puan ingin menaiki kapal terbang, puan mungkin memerlukan surat daripada doktor menyatakan bahawa puan dan kandungan sihat dan sesuai untuk perjalanan itu. Untuk menyenangkan kedudukan dan pergerakan, puan dinasihatkan meminta tempat duduk yang berdekatan dengan laluan dan bukan di tepi tingkap. 


Gerakkan kaki (stretching) sekerap mungkin untuk memperbaiki peredaran darah.






*p/s : sumber Fida tak ingat dah la...semua yang Fida share ni Fida dapat dari Internet...maaf ye Fida betul-betul lupa kat mane Fida kaut info ni...sebab dah save dalam word kat PC Fida...:)



Amalan Ibu Mengandung dan Amalan Menguatkan Rahim



Amalan Ibu Mengandung dan Amalan Menguatkan Rahim

Assalamualaikum semua.... Antara amalan yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung adalah... Bacalah selepas solat 1 - 3 -7 kali sambil memegang perut.... Kalau baby dah lahir pun bolehlah lakukan perkara yang sama.. Baca dan bisikkan kepada anak yang baru lahir....

 
1) Membaca ayat2 selusuh.

2) Untuk mudah beranak: Surah Maryam.

3) Untuk cantik: Surah Yuusuf.

4) Untuk cerdik: Surah Luqman

5) Untuk kuatkan rahim: as Soffat - khususnya kepada ibu yang selalu keguguran.

6) Untuk banyak susu: al Hujuraat

7) Untuk anak kuat iman: al Ikhlas

8) Untuk anak bijak / nak jadi saintis / doktor: Ayat2 yang ada kaitan dgn penciptaan alam maya: cthnya: Surah al Ghaasyiah.

9) Kuat agama / ulamak: Ayat2 yang ada kaitan dengan ulamak.Cthnya: Ayat 28 Surah Faathir.

Seboleh-bolehnya biarlah si ibu yang amalkan... atau boleh juga ayah yang bacakan.. atau paling koman pun belilah cd ayat-ayat al Quran terbabit dan pasangkan secara rutin di rumah... Gantikanlah lagu-lagu dari radio dan rancangan hiburan di rumah dengan alunan serta lantunan bacaan ayat suci al Quran atau untaian selawat atau gasidah senantiasa DI RUMAH ANDA!!!

 
Selamat beramal....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...