Pantang Larang Orang
Melayu Tradisional
Pantang
Larang Wanita Hamil
1.
Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir
juga akan cacat.
2.
Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak
yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3.
Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak
yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4.
Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan
anak.
5.
Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak
mungkin tercerut tali pusatnya.
6.
Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7.
Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan
gugur.
8.
Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata
juling.
9.
Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup
seperti kucing yang sedang tidur.
10.
Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11.
Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12.
Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
Pantang Larang Bayi
1.
Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana
ditakuti menjadi kurus.
2.
Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3.
Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4.
Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5.
Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada
pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6.
Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7.
Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan
ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan
urinya.
8.
Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
*p/s : sumber Fida tak ingat dah la...semua yang Fida share ni Fida dapat dari Internet...maaf ye Fida betul-betul lupa kat mane Fida kaut info ni...sebab dah save dalam word kat PC Fida...:)
2 comments:
hai Fida..kita jumpa blog awak
hai Pn Kiki...:) shomel la die dalam blog...:)
Post a Comment