Followers

Tuesday, October 30, 2012

Checklist : Barang-Barang Keperluan Baby....:)


Assalammualaikum semua...:)

Pagi ni Fida nak share serba sedikit barang-barang yang Fida dah beli, akan beli dan KIV khas untuk baby yang bakal Fida lahirkan awal tahun, tahun depan...InsyaAllah....entry ni juga khas buat sahabat-sahabat Fida yang tengah mengandung sekarang ni...sekadar panduan buat mereka yang masih belum beli lagi barang-barang baby...:) sharing is caring kan..:)

Checklist Barang-Barang :


  1. Baju Lengan Panjang (New Born) - 1 helai ( nak beli lagi 1 helai)
  2. Seluar panjang (New Born) - 1 helai ( nak beli lagi 1 helai)
  3. Baju Lengan Pendek (New Born) - 1 helai ( nak beli lagi 1 helai) 
  4. Seluar pendek (New Born) - 1 helai ( nak beli lagi 1 helai)
  5. Baju Lengan Panjang (3 - 6 bulan) - 2 helai ( nak beli lagi 3 helai)
  6. Seluar panjang (3 - 6 bulan) - 2 helai ( nak beli lagi 3 helai)
  7. Baju Lengan Pendek (3 - 6 bulan) - 1 helai ( nak beli lagi 3 helai)
  8. Seluar pendek (3 - 6 bulan) - 1 helai ( nak beli lagi 3 helai)
  9. Rompers (New Born) - 1 helai ( nak beli lagi 1 helai)
  10. Rompers (3 - 6 bulan) - pending!!
  11. Topi - 3 ( nak beli lagi 2)
  12. sarung tangan - 3 ( nak beli lagi 7)
  13. sarung kaki - 6 ( nak beli lagi 4)
  14. blanket bertopi (selimut) - 1 ( nak beli lagi 1)
  15. tuala - Done!!! (2 helai)
  16. barut baby (lekat - tanpa tali) - 4 ( nak beli lagi 6)
  17. lampin (napkin) - 8 ( nak beli lagi 8)
  18. tisu basah - Done!!! (2 bungkus)
  19. set tilam - Done!!! kakak sponsor..:)
  20. tilam getah - Done!!!
  21. car seat - pending!!
  22. Beg Baju Baby - Done!!!
  23. raga baju baby - pending!!
  24. besen mandian baby - pending!!
  25. set mandian baby - pending!!
  26. minyak kembung perut baby - Done!!! (minyak penawar hitam)
  27. losyen - pending!!
  28. minyak rambut - pending!!
  29. krim ruam - pending!!
  30. pewangi baby - pending!!
  31. Pampers - pending!!
  32. Stroller - KIV!!!
  33. Katil Baby - KIV!!!
  34. Botol susu - pending!!
  35. Tin Susu Kecil - pending!!
  36. Payung penyidai baju baby - Done!!!
  37. Tisu Tandas - pending!!
  38. Beg mandian baby - pending!!
  39. Beg bersiap baby - pending!!



setakat ni itu aje kot...nanti kalau ada lagi Fida tambah lagi kat next enrty k...:)




sedikit panduan : 


pending!! - masih belum beli walau 1 barang...:) 
KIV!!! - barang yang keperluannya terlalu sedikit dan boleh dibeli selepas tempoh berpantang atau semasa menanti kelahiran anak kedua kelak...:) 






s a y o n a r a !!!



Wednesday, October 24, 2012

Salam AidilAdha 2012

Assalammualaikum semuanya...:)



Hari Raya AidilAdha pada tahun ini adalah pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah...

Alhamdulillah, raya haji pada tahun ni Fida akan beraya buat pertama kalinya bersama suami tercinta dan anak yang masih dalam kandungan Fida ni...:) terasa sangat-sangat indah dengan kurniaan dari Allah S.W.T. ini...syukur Ya Allah...:) Dan raya kali ni turn di kampung halaman Fida pulak iaitu di Keratong 7, Muadzam Shah, Pahang....dah rindu mak la sebenarnya...dan esok kami semua adik beradik akan bertolak ke kampung secara konvoi dari Putrajaya sebab adik beradik Fida akan bermalam kat rumah Fida malam ni...wahhh bestnya...:)



Dikesempatan ini Fida ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya Fida ada terkasar bahasa dengan korang semua secara sengaja atau tidak disengajakan....Maaf Zahir & Batin ye...:)






s a y o n a r a !!!


Tuesday, October 23, 2012

Checklist Barang Keperluan Untuk dibawa Ke Hospital

Assalammualaikum....


Fida xsempat nak edit sangat...so campur-campur je lah ye...mana-mana yang korang rasa dapat membantu Alhamdulillah...sila ambil k...:) sharing is caring... :)



Checklist Barang Keperluan Untuk dibawa Ke Hospital



Untuk Mama:

1.      Kad Rawatan Bulanan 
2.      Nursing Bra
3.      Nursing Pad
4.      Maternity Panty
5.      Sanitary Pad
6.      Baju Panas
7.      Stokin
8.      Baju Persalinan (Diperlukan waktu keluar hospital)
9.      Kain Batik
10. Tuala
11. Minyak angin @ panas
12. kelengkapan mandi..mana tau,kena tahan wad 2,3 hari

Untuk Bayi:

1.      Baju Lengan Panjang/Pendek
2.      Seluar Panjang/Pendek
3.      Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
4.      Barut
5.      Lampin/Diapers
6.      Selimut @ kot bayi
7.      Tuala
8.      Sabun Bayi
9.      Syampu
10. Bedak
11. Losyen Bayi @ Minyak Bayi
12. stanby susu tepung tin kecik, botol susu...

Senarai untuk keperluan BABY..

1.      baju sepasang untuk balik nanti, sebab hospital swasta bagi baju kat baby..klu nak bawa lebih juga..silahkan ibu ibu
2.      minyak telon
3.      booties..mittens tak perlu, Doktor tak galakkan pakai sarung tangan
4.      losyen
5.      barut bayi
6.      Susu new born..standbye je, takut air susu belum keluar
7.      botol susu

Senarai untuk keperluan MAMA

1.      kad pengenalan
2.      Medical Card
3.      Appointment Card (standbye)
4.      Bengkung kain dan girdle
5.      Maternity Pad
6.      Minyak Panas/urut
7.      Stokin
8.      Baju dan seluar
9.      Selipar Crocs (hehe nak jaga ibu jari kaki dari tersadung)
10. Nursing Bra
11. Seluar 'kecik'
12. Tudung
13. Tshirt/seluar
14. Sweater
15. Kain batik
16. Towel
17. Camera/camcorder
18. Toilettries-mandian, ubat gigi, mekap, losyen, bedak, sikat rambut, getah rambut dsb
19. ipad/ iphone/laptop untuk layan bosan dan untuk pasang MP3 alquran ketika berada dalam Labour room nanti
20. Milo dan Biskut2 untuk kunyah..lepas bersalin ni cepat lapar
21. Air selusuh
22. Pilis/param jika ada
23. Kad Bank jika anda seorang ibu yang menguruskan seorang diri tentang hari bersejarah itu
24. Telekung
25. alquran


BEBERAPA BARANG YANG DIPERLUKAN UNTUK IBU

1.    Buku Laporan Kesihatan Ibu Mengandung
·        Biasanya buku ini dipanggil buku merah. Jika anda membuat pemeriksaan antenatal di klinik kerajaan, anda akan mendapat buku ini. Jika anda membuat pemeriksaan berkala di klinik swasta, bawalah juga buku laporan yang disediakan jika ada. Buku laporan ini sangat penting kerana ia mengandungi laporan kesihatan anda sepanjang tempoh kehamilan. Ini memudahkan pihak hospital membuat rujukan segera jika ada apa-apa komplikasi ketika kelahiran nanti. Ia juga diperlukan ketika mendaftar kelahiran anak dan daftar masuk sekolah rendah.

2.    Sepasang Baju Ketika Anda Pulang Dari Hospital
·        Anda mungkin masih tetap kelihatan sedang hamil lagi ketika ini. Ini kerana untuk tubuh kembali ke bentuk asal semula akan memakan masa. Oleh itu, bawalah baju yang selesa dan tidak sempit. Tidak perlu bawa baju terlalu banyak. Ini kerana pihak klinik atau hospital tempat anda bersalin biasanya menyediakan baju khas untuk para pesakit.

3.    Sandal
·        Bawa sandal yang sesuai untuk digunakan di dalam wad dan untuk ke bilik mandi atau tandas (pastikan tapak sandal tidak licin). Anda tidak perlu risau jika sandal anda basah jika dibawa ke bilik mandi.
4.    Stoking
·        Anda perlukan dua pasang stoking. Pakailah stoking kerana selepas bersalin, suhu badan anda menjadi tidak menentu. Ini disebabkan badan anda dalam proses pemulihan dan penyesuaian untuk kembali kepada keadaan asal.

5.    Pakaian Dalam
·        Bawalah bra yang sesuai untuk menyusukan bayi anda. Bawa juga seluar dalam yang secukupnya sepanjang anda berada di hospital. Seluar dalam yang lebih besar atau seluar dalam yang anda gunakan sepanjang kehamilan masih boleh digunakan. Mungkin tidak selesa jika anda memakai seluar dalam yang kecil dengan keadaan perut anda yang sedang dalam proses pemulihan.

6.    Tuala Wanita Khusus Untuk Ibu Bersalin
·        Terdapat banyak jenis tuala wanita di pasaran. Pilihlah bentuk dan jenama yang selesa dan mudah dipakai.

7.    Kelengkapan Kendiri Seperti Bedak, Sikat, Deodoran Dll.
·        Anda perlu tampil ceria dan kemas walaupun dalam hari berpantang. Jika ini kelahiran bayi sulung anda, mungkin ramai kawan dan saudara yang mahu datang menziarahi anda di hospital.

8.    Syampu Dan Sabun
·        Mungkin ada beberapa hospital yang menyediakannya. Tetapi bergantung kepada anda jika anda ingin menggunakan milik anda sendiri, maka lebih baik anda mempersiapkannya.

9.    Ubat-Ubatan
·        Sediakan ubat-ubatan seperti minyak urut dan lain-lain. Manalah tahu anda memerlukannya jika lenguh-lenguh badan dan rasa tidak selesa.

10.        Makanan
·        Siapa kata makanan tidak perlu dibawa bersama ke hospital? Bawalah sekurang-kurangnya bekalan biskut kering. Ibu yang sudah melahirkan akan sentiasa menyusukan bayinya dan akan sentiasa rasa lapar. Anda tidak perlu bimbang jika tiba-tiba perut berkeroncong walaupun baru 30 minit menghabiskan makanan tengah hari. Jangan lupa termos air untuk menyimpan bekalan air panas pula.


KEPERLUAN UNTUK BAYI ANDA

11.        Lampin bayi
·        Lampin bayi tidak disediakan di hospital. Bawalah lebih lampin bayi kerana bayi yang baru lahir akan kerap membuang air kecil dan air besar. Bawa bersama tisu basah dan kelengkapan lain untuk membersihkan bayi.

12.        Baju Bayi, Sarung Kaki Dan Sarung Tangan Bayi
·        Biasanya di hospital, jururawat akan memandikan bayi pada waktu pagi sahaja. Pastikan anda menyediakan lampin dan selimut bayi. Sesudah memandikan bayi, jururawat akan menyerahkan bayi kepada anda untuk dipakaikan baju, bengkung, sarung tangan dan sarung kaki. Bawalah pakaian bayi yang secukupnya.

13.        Selimut Bayi
·        Bayi yang baru lahir akan dibalut dengan selimut atau dipanggil bedung. Ini bagi menggelakkannya daripada mudah terkejut. Jika dibalut begitu, bayi akan mudah tidur dengan nyenyak. Masa ini jugalah untuk ibunya berehat sama.

Keperluan Ibu:
(Masukkan Ke Dalam Satu Beg)

1)      Kad Pengenalan Diri
2)      Buku Mengandung (Kad Pemeriksaan Kesihatan Ibu Hamil)
3)      Kad Insuran Kesihatan
4)      Kain Batik
5)      Selipar
6)      Stokin
7)      Minyak (Dari Set Produk Bersalin yang anda beli)
8)      Pad (Tuala Wanita)
9)      Tali pad (jika perlu)
10) Pakaian Dalam
11) Seluar Dalam Pakai Buang (jika ada)
12) Breast Pump
13) Bahan-Bahan Bacaan (jika perlu)
14) Kelengkapan Mandi (Tuala, Berus Gigi, Pencuci Muka)
15) Perlengkapan Kecantikan
16) Baju Yang Akan Digunakan Untuk Pulang (Pilih Yang Longgar Dan Butang Di Depan Agar Mudah Untuk Menyusukan Bayi)
17) Termos
18) Gelas
19) 'Mineral Water'
20) Makanan Ringan (Roti, Biskut Dan Sebagainya)
21) Minuman Segera (Misalnya ; Milo, Nesvita Dan Sebagainya)

Kelengkapan Bayi:
(Masukkan Di Dalam Satu Beg)

1)      Kain Lampin
2)      Kain Selimut & Pakaian
3)      Sarung Tangan dan Sarung Kaki
4)      Tuala
5)      Bedak Bayi
6)      Minyak Bayi
7)      Pampers
8)      Tisu Basah
9)      Botol & Susu (Ada Sesetengah Hospital Tidak Menggalakan Ibu Membawa Botol Susu, Ini Adalah Bertujuan Agar Ibu Memberikan Susu Badan Sepenuhnya Kepada Bayi)
10) Bekas Bertutup Untuk Menyimpan Susu Perahan (jika ada)

Keperluan Ayah:

1)      Kamera / Handycam
2)      Filem
3)      Bateri / Charger
4)      Pakaian
5)      Makanan Ringan
6)      Buku
7)      Majalah Sebagai Bahan Bacaan

Senarai keperluan bayi di hospital

1)      2 helai tuala mandi
2)      2 helai selimut
3)      20 helai kain lampin / pampers
4)      2 pin besar
5)      4 helai seluar kalis air
6)      4 helai baju / baju sejuk
7)      4 pasang seluar panjang
8)      4 pasang sarung kaki dan sarung tangan

Senarai keperluan ibu di hospital

1)      1 helai tuala mandi
2)      1 helai tuala muka
3)      20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
4)      3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
5)      1 helai pakaian biasa
6)      2 pasang stoking
7)      1 pasang selipar
8)      3 helai coli khas untuk menyusu
9)      2 pasang pelapik coli
10) 5 helai seluar dalam pakai buang
11) Sikat
12) berus gigi dan ubat gigi
13) barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
14) pakaian untuk pulang ke rumah
15) bahan bacaan
16) susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa

1)      surat rujukan doktor
2)      kad pengenalan anda
3)      kad pengenalan suami anda
4)      surat nikah
5)      wang

 Ingat !!!
Persiapkanlah apa yang perlu anda bawa ke hospital dalam satu beg dan letakkan di tempat yang mudah untuk dilihat dan dicapai. Jika risau terlupa membawanya, letakkan siap-siap di dalam kereta anda. Bawalah kemana-mana sahaja anda pergi. Dan jangan lupa memberitahu pasangan anda tentangnya.




s a y o n a r a !!!


Friday, October 19, 2012

19/10/2008 - 19/10/2012 : Genap 4 Tahun berkhidmat di Perkhidmatan Awam

Assalammualaikum pembuka bicara... :)


Fida betul-betul tak sangka, maka hari ini genaplah usia perkhidmatan Fida dalam Perkhidmatan Awam ni...:) sangat-sangat happy dan bahagia atas rezeki dari Allah S.W.T. ini...syukur kepada-Nya...:) dan tak lupa buat semua kawan-kawan dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang...Fida nak ucapkan tahniah kepada anda semua atas kurniaan dari Allah ini....

Kegembiraan turut dirasai kerana Fida juga akan mendapat cahaya mata pertama hasil dari perkahwinan dengan suami tercinta pada awal tahun depan...:) sangat-sangat bahagia...ramai dah kawan-kawan DSK yang telah pun menjadi seorang ibu...dan Fida bakal menyusul kemudian...tak sabar rasanya tapi dalam masa yang sama berdebar menunggu saat-saat kelahiran itu nanti...doakan Fida dan kawan-kawan yang mengandung macam Fida ni selamat ye...:) amin.....

Perjalanan kami masih jauh dan apa orang kata tu masih mentah dan masih banyak yang perlu kami pelajari...doakan kami semua berjaya ya...:) sayang korang ketat-ketat... <3




s a y o n a r a !!!

Monday, October 15, 2012

Pertunangan Pasangan Sejoli...:)

Assalammualaikum semua...:)


pagi ni Fida tak nak celoteh banyak-banyak sangat, sesuai dengan tajuk kat atas tu... :) sesungguhnya entry ini adalah untuk mengucapkan tahniah buat blogger fames amos tu, yang menjadi inspirasi Fida untuk berblog...orang pertama yang Fida follow sebaik sahaja blog Fida ni diaktifkan...:) siapa lagi kalau bukan Encik Aizul Marcello yang telah selamat menjadi tunangan seorang wanita yang pada pandangan Fida sangat sempurna rupa parasnya dan peribadinya...:)

Fida pasti korang semua memang kenal sangat dengan wanita ini kan? siapa lagi kalau bukan  Lynda Roslan si cantik manis yang merupakan seorang model bagi satu blog shop terkenal iaitu Radiusite dan beliau juga merupakan artis di bawah naungan MIG Production Sdn. Bhd. Wahhh memang superb kan? kedua-dua mereka adalah insan yang berjaya dalam kerjaya masing-masing...Alhamdulillah, Fida sentiasa doakan yang terbaik buat mereka...semoga cepat mendirikan masjid..amin...:)

oklah jom Fida share serba sedikit gambar majlis pertunangan dorang yang Fida dapat dari FB mereka berdua...mohon share ye kalian berdua...:)





itu je buat masa ni...hehehe sebab tu je gambar yang ada...harap Encik Aizul kita akan buat entry bergambar tentang majlis pertunangan beliau itu...hoping....:)







s a y o n a r a !!!


Thursday, October 11, 2012

Pengalaman menjadi Ibu... :)

Assalammualaikum semua...:)

semenjak dua menjak ni Fida dah jarang sangat kan share tentang diri Fida, apa yang jadi dan bakal terjadi kat korang semua kan? bukan apa, idea tu memang ada tapi nak menulis tu yang kekurangan masa..biasalah kan dah nama pun wanita bekerjaya...chewahhh...hehehe jangan marah ye...bergurau sekali sekala dengan korang tak salahkan? dah lama pun Fida tak buat macam tu...rindu pulak rasanya...:)

Bekerjayalah sangat kononnya, padahal jadi kuli je kot kat ofis ni..hehehe jadilah kan? janji datangnya dari sumber yang halal...bukan untuk Fida sorang je tapi untuk anak yang bakal Fida lahirkan tak lama lagi ni...wahhh berdebar pulak bila cakap pasal ni...:) tapi dalam masa yang sama Fida teramat gembira dengan kurniaan dari Allah S.W.T. ni...syukur Ya Allah...:)

Fida sebenarnya nak cerita kat korang semua tentang pengalaman Fida sendiri sepanjang kehamilan yang pertama ni...takdelah banyak sangat pun tapi tetap nak share dengan korang jugak...Fida tak kira!!...hehehe

Fida ingat lagi masa mula-mula kahwin dulu, adalah nak dekat sebulan..period Fida lewat seminggu dah berdebar jugak mula-mula dulu...last-last Fida minta kawan baik Fida ni nama dia Zura temankan pergi Watson kat Alamanda tu sebab nak beli pregnancy test...then bila sampai je kat sana, terus pergi kat bahagian tu lah kan? hehehe eksaited punya pasal Fida beli dua sekaligus...hehehe tamak kan? tapi malam tu Fida tak buat lagi...esoknya baru buat dan keputusannya negatif...Fida tak puas hati so Fida try lagi sekali (kan beli dua benda alah ni...tapi keputusan tetap sama) husband time tu nampak la die macam kecewa kan...tapi mungkin belum rezeki kami masa tu...so, kami fikir positif je...

Fida beli yang ni lah... :)


Then dalam bulan 5 kalau Fida tak silap lah kan...:) Fida buat lagi sekali test ni dengan pregnancy test yang lebih sensitif dengan hormon hgc yang rendah orang kata...dan Alhamdulillah positif...syukur yang amat masa tu...husband lah yang paling happy time tu...Fida buat pregnancy test ni bukan sebab period lewat ke apa tapi sebab sebelum tu husband ada muntah-muntah sampai seminggu...kesian kat dia...pelik jugak...dia jadi makan tu tak nak...minum air je...so Fida pun terfikir la mungkin Fida mengandung kot tapi alahan awalnya datang pada suami...:)

Fida beli yang ni lah...:)



Then, esoknya jugak Fida terus pergi klinik kesihatan kat Presint 3 tu untuk pastikan kesahihannya dengan dapatkan pengesahan doktor....dan Alhamdulillah masa tu doktor check Fida dah mengandung 5 minggu....:) Masa ni Fida memang sihat sangat-sangat lagi...yelah kandungan masih baru kan...Alhamdulillah atas kurniaan dari Allah S.W.T. ni...Sesungguhnya bayi dalam kandungan Fida ni membuatkan kami suami isteri lebih memahami antara satu sama lain....:)

Tapi, bila dah masuk je 3 bulan usia kandungan Fida, Subhanallah...dugaan dah datang...:) memang menyeksakan tapi Fida dan suami redha dengan ketentuan-Nya...mungkin ada hikmah di sebalik setiap kejadian itu...:) Fida mengalami alahan mengandung yang bagi Fida sangat teruk...sampai terpaksa ambil cuti tanpa gaji selama 17 hari lebih kurang 3 minggu jugaklah....sebab sebelum ambil cuti tanpa gaji tu Fida dah kerap sangat cuti sampai cuti untuk bulan semasa tu dah habis untuk Fida apply...MC pulak dah berlambak....last-last terpaksa jugaklah apply cuti tanpa gaji tu kan...demi anak dan diri sendiri....

Mana taknya, Fida pernah sampai merangkak lah nak masuk toilet untuk muntah...punyalah tak larat kemain...air mata ni tak payah cakaplah kan...dah tak terkira banyak mana dah Fida menangis sampai kadang-kadang tu husband marah jugak dia kata menangis tak boleh hilang jugak sakit tu....tapi nak buat macam mana kan...dah nama pun perempuan...hati memang sensitif...tetap nangis jugak sampai husband terpaksa telefon mak Fida (mak mertua) nak minta datang Putrajaya ni jaga Fida sampailah habis cuti tanpa gaji Fida tu...:( dan Alhamdulillah mak datang, mak jaga Fida sebelum puasa lagi sampailah lagi seminggu nak raya...

TERIMA KASIH MAK! adik sayang mak sangat-sangat...tak terbalas adik akan jasa mak tu ....terlalu tinggi nilai kasih sayang seorang ibu pada anaknya....dari adik dalam kandungan sampailah adik dah kahwin dan mengandungkan cucu mak yang ke sembilan dalam keluarga ni, mak tetap setia dengan kasih sayang mak yang tak bertepi tu....adik sayang mak...nilah mak kesayangan Fida.... 




Fida cuti tu sampailah cuti untuk hari raya puasa Fida dah takda...:( sangat sedih time tu tapi inilah dugaan yang kami suami isteri harus tempuh demi anak kami ni...masih terngiang lagi kata-kata Fida masa tu..

"ya, mama sangat sayangkan anak mama ni...mama tak sihat pun takpelah janji anak mama dalam perut ni sihat..."

Kami balik beraya di Besut, Terengganu pun tak lama sebab cuti Fida dah takde untuk apply bagi bulan raya tu...Raya tahun ni lah bagi Fida paling tak best...bukan sebab beraya rumah mertua, tapi sebab raya Fida tak macam orang lain...Fida hanya berbaring di dalam bilik dengan melayan muntah-muntah yang tak berkesudahan...Fida minta maaf pada husband sebab tak dapat beraya macam orang lain....nasib baik husband faham dan dia pun tak pergi beraya macam orang lain...dia yang jaga Fida sepanjang hari raya tu...kesian kat husband...tapi nak buat macam mana kan...

saat orang lain tengah seronok berhari raya dengan family dan kawan-kawan semua, Fida dah pun berada di ofis menjalankan tugas walau bos Fida pun masih bercuti...dan Alhamdulillah hari pertama masuk kerja tu Fida rasa sangat sihat dan dah boleh makan macam biasa sampailah sekarang ni...Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi ni...Fida takkan sia-siakan sama sekali...husband lah orang yang paling happy saat tu....

Alhamdulillah dengan usia perkahwinan kami genap 7 bulan 1 hari pada hari ni di mana usia kandungan Fida genaplah 6 bulan (24 minggu) pada hari ini jugak, kesihatan Fida bertambah baik hari demi hari, cuma kadang-kadang rasa kurang sihat tu biasalah bagi ibu mengandung kan...tapi taklah seteruk dulu...Alhamdulillah...:) Fida redha dengan ketentuan-Nya...sesungguhnya ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku...:)



Fida dijangka bersalin pada 31 Januari 2013..memang cantik tarikh tu...Alhamdulillah...Doakan kesihatan Fida akan bertambah baik hari demi hari ya...dan jangan lupa doakan Fida selamat melahirkan anak yang comel, sihat dan sempurna kelak ya...:) Terima kasih semua yang sudi membaca tulisan Fida hari ni...:)



lots of love,
Fida







s a y o n a r a !!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...