Followers

Monday, October 1, 2012

Resipi : Nasi Ayam

Assalammualaikum semua...:)

hari ni Fida nak share resipi nasi ayam yang Fida try buat sendiri semalam untuk lunch kami berdua suami isteri...dan Alhamdulillah husband sangat-sangat suka dengan hasilnya...:) sebenarnya tak rancang pun nak buat nasi ayam ni, tiba-tiba je husband request...so main bedal je lah dengan tak cukup bahan segala...tapi Alhamdulillah siap dengan jayanya...hehehe

jom, Fida sharekan resipi ni...:)





Bahan-Bahan (2-3 orang makan)

1.      Untuk Ayam : 4 – 5 ketul ayam (mana-mana bahagian yang anda suke), 1 sudu makan rempah kari, 1 sudu makan serbuk cili, 5 ulas bawang putih – dikisar, 1 inci halia – dikisar, 2 batang serai – dikisar, garam & gula secukupnya
2.      Untuk Sup : Bahagian ayam yang bertulang (leher & kaki), 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, sup bunjut, sedikit daun sup, sedikit daun saderi & garam secukup rasa
3.      Untuk Nasi : Beras 2 pot, 1 sudu besar mentega, 2 ulas bawang putih – diketuk, 3 ulas bawang merah – dimayang, 1 inci halia – diketuk, kuah sup secukup rasa untuk memasak nasi

Cara-cara

1.      Untuk Ayam : Semua bahan yang dikisar dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul ayam bersama rempah tadidan diperap selama ½ jam, lebih lama lebih sedap. Goreng dengan minyak yang banyak.
2.      Untuk Sup : Tumiskan bawang putih, halia hinga naik bau. Masukkan air (pastikan cukup untuk masak nasi & kuah sup). Masukkan sup bunjut, daun sup, daun saderi & bahagian ayam yang bertulang hingga mendidih.
3.      Untuk Nasi : Bersihkan beras dan toskan. Panaskan mentega, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumiskan hingga kekuningan dan masukkan beras. Kacau sekejap hingga rata. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan kuah sup (cukup untuk 2 pot beras). Boleh juga tambah sedikit serbuk kunyit jika suka warna nasi berwarna kuning.
4.      Untuk Sos : 1 biji buah tomato, 4 biji cili padi, 2 biji cili merah, sedikit gula & garam, sedikit kuah sup. Ikut citarasa anda. Blendkan semua bahan-bahan tadi
5.      Untuk Kicap : 3 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar kicap masin, 1 sudu besar sos tomato, sedikit kuah sup. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas. Siap untuk dihidangkan….Selamat menjamu selera.





2 comments:

Mira Adzlia said...

terliur tgk..huhu

Syazfida Afzan said...

hehehe try buat sendiri...mst best...air tgn sendiri lebih bermakna tau...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...