Bersebadan Semasa Hamil
Ada yang beranggapan, apabila isteri yang hamil 7 bulan ke atas,
suami tidak boleh bersebadan lagi dengannya.
Kepercayaan kurafat, iaitu bersebadan dengan isteri yang hamil
dapat merosakkan bayi kerana bercampur dengan mani yang baru. Dikalangan
masyarakat primitif diperkuat dengan cerita-cerita tahyul bahawa anak yang
dilahirkan kelak cacat atau terganggu jiwanya.
Ada satu hadis yang bermaksud:
“Wanita hamil tidak boleh disetubuhi sehingga dia melahirkan.”
(Riwayat Abu Dawud)
Pendapat yang perlu kita teliti dengan saksama hadis yang dibawa
itu. Hadis riwayat Abu Dawud itu selengkapnya berbunyi:
“Dari Abi Said Al-Khudri, sesungguhnya Rasulullah SAW mengirimkan
sesuatu pasukan ke Authas pada hari Hunain. Ditengah jalan mereka bertemu
dengan musuh mereka, lalu mereka perangi hingga mereka menang dan mendapat
tawanan beberapa orang wanita, tetapi nampaknya beberapa sahabat Rasulullah SAW
keberatan untuk bercampur dengan mereka kerana suami mereka orang-orang musyrik.
Maka turunlah firman Allah: “…(diharamkan kepadamu) wahai wanita-wanita
bersuami, kecuali yang dikuasai tangan-tangan kananmu. Maksudnya, mereka
(tawanan perempuan) itu halal bagi kamu sendiri setelah habis mana iddahnya.”
(Riwayat Abu Dawud, Hadis
no. 2155)
Wanita
hamil yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah wanita hamil yang diperolehi
dalam peperangan dengan orang kafir sebagai tawanan perang. Hadis ini
khusus mengenai waktu tawanan perang hamil dengan suaminya bukan wanita hamil
dengan suami sesame muslim yang menjadi pembicaraan kita ini.
Isteri yang sedang hamil sekalipun sudah masuk bulan kesembilan,
boleh sahaja disetubuhi oleh suaminya. Dikalangan doktor, banyak yang
menyarankan agar para suami boleh bersetubuh walaupun hamil untuk mempermudahkan
proses persalinan isterinya. Ini kerana, curahan air mani suaminya itu
akan membantu melenturkan vagina isteri yang akan melahirkan bayinya.
Para suami tetap boleh bersetubuh dan tidak ada bahaya bagi wanita
hamil.
Ini ada beberapa Pesanan Rasulullah dalam bercinta, berjimak
(untuk suami isteri)
Cara berjimak yang dituntut
dalam agama Islam :-
a. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah
mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab
allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah SWT.
b. Pada malam selasa. Jika Allah kurniakan
anak, ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak
akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya
berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada
mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
c. Pada malam Khamis. Jika Allah
mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang
bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
d. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika
Allah mengurniakan anak, ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan
menjadi seorang yang faqih serta Allah SWT rezekikan kepadanya keselamatan
agama dan dunia.
e. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan
anak, ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
f. Hari Jumaat selepas
asar. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang anak yang terkenal,
masyhur dan alim.
g. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak, ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
No comments:
Post a Comment