Followers

Friday, August 23, 2013

Raya Paling Bermakna Tahun 2013

Assalammualaikum

Hari ini Fida baru nak memulakan ibadah sunat iaitu Puasa Enam. Macam dah terlewat je kan? Hari ni dah 16 Syawal kan kalau tak silap Fida lah...:) takpelah yang penting Fida masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T untuk menunaikan ibadah yang satu ini. Alhamdulillah....kawan-kawan semua macam mana pula? Kalau ada kesihatan yang baik tu jangan lupa buat puasa enam ni tau...walaupun hanya sunat tapi terlalu banyak faedahnya...jom kita rebut banyak-banyak pahala di hari baik bulan baik ni...:)

Tapi sebenarnya entry kali ini bukan nak bercerita tentang puasa enam pun, sebenarnya lebih kepada entry hari raya lagi...yelah kita pun masih dalam bulan Syawal kan? Jadi, Fida nak kongsi dengan korang semua pasal raya Fida tahun ni.

Hari Raya tahun ni Fida rasa yang paling bermakna untuk Fida dan suami, sebab dapat beraya bersama si kecil tersayang, Zafran. Siapa yang tak suka kan kalau dapat beraya buat pertama kalinya sebagai seorang ibu dan ayah? Alhamdulilah, rezeki kami untuk dikurniakan cahaya mata pada awal tahun, tahun ini. Dan Alhamdulilah juga sebab Zafran sekarang dah berusia 7 Bulan 6 Hari. Fida rasa macam baru semalam je lahirkan Zafran. Alangkah indahnya perasaan tu tau, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...

Jadi, persiapan raya tahun ni Fida rasa masih lagi sederhana, cuma bajet tu bertambah lah sikit sebab hadirnya insan kecil cenonet bernama Zafran ni...:) Pada mulanya, Fida memang ingat tak nak belikan Baju Melayu untuk Zafran, yelah dia masih kecil kan, nanti pakai sekali je....tak ke membazir namanya tu...

Lagi seminggu nak raya kalau tak silap, Fida bawa mak pergi shopping baju raya. First sekali nak cari baju melayu suami. cari punya cari, last-last  jumpa juga. Nak tahu kat mana Fida beli tak? jeng jeng jeng...Giant Seri Kembangan tu je... dekat bebenor dah dengan rumah...ni sebab kes nak cepat punya pasal..yelah bawa anak kecik ni susah sikit kalau nak berjalan-jalan kat tempat yang panas macam Jalan TAR tu...so dah decide dengan mak, kitorang memang nak shopping kat shopping mall je. itu yang terbaik dan paling tepat rasanya. 

Lepas dah grab je baju melayu suami tercinta, cari punya cari baju melayu si kecik, tak jumpa kau..haaa mama dok cari sampailah ke PKNS Bangi, pun tak jumpa warna yang sedondon..adoiyaiii...time ni memang dah pening giler, sebab nak ke Subang rumah kakak pulak sebab misi mencari Baju Raya perlu diteruskan lagi. Malam tu ktorang jalan lagi meneruskan misi...ehehhe ke Giant Kota Damansara pula, tapi hampa jugak...cuma dapat beli baju raya mak je...kenapa lah susah sangat nak jumpa baju yang sedondon warna baju melayu husband I ni...adoiyaiii...

Esoknya, Fida dengan family kakak Fida ni pergi Subang Parade pulak. Semangat gitu, tak putus asa ok...hehehhe. Tapi seriously memang takkan jejakkan kaki lagilah kat sini kalau nak mencari baju raya, sebab harga baju MAHAL mengalahkan Pavillion kata kau...naik juling mata Fida ni menengoknya...hahahha

So, destinasi seterusnya ke Mydin Subang...seriously terkejut tengok mydin ni sebab besar sangat, tak macam mydin pon, rasa macam masuk Subang Parade tu jugak...Kelasss kau Jah...ehehhehe....jalan memang tak payah cakap la, jem giler. lagi-lagi nak masuk parking, abang ipar Fida dok pusing sampai 3 kali tapi tak dapat-dapat jugak parking. Dan dengan perasaan hampa, kononnya nak balik terus lah, tapi......at last.......hehehhhe jumpa jugak parking yang tak bertauliah...kikikiki sebab ramai yang parking tepi-tepi jalan tu, so ktorang pun apalagi, terus grab je parking tu...ehehhehe jangan marah ek..:)

Dan Alhamdulillah, kat sini Fida dapat baju melayu Zafran sekali dengan baju kurung Fida...Alhamdulillah...:) Harga pun sangat berpatutan dan masih under bajet tau...tu yang penting...:) syukur...:)

so Jom tengok gambar raya Family kecil Fida ni...:)















Walaupun takdelah sedondon sangat, tapi bolehlah kan?? ehehhe oklah nak sambung kerja sikit lagi ni sebelum balik kol 5 jap lagi. Kepada yang berpuasa jugak tu, Fida nak ucapkan Selamat Berbuka ye...:)




s a y o n a r a !!!




3 comments:

Monamie said...

weii comei dengan bersampin! super cute..
Selamat hari raya fida and family :)

Unknown said...

@ruziyatul : tq dear...:0 Selamat Hari Raya jugak ye...Mohon maaf zahir batin...:)

Unknown said...

Casino - Bracket betting guide for your chance to win
The Casino is a https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ unique casino that has been around for over a decade. It has ventureberg.com/ managed to offer great gri-go.com games such หาเงินออนไลน์ as Blackjack, Roulette and Video Poker,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...