Followers

Friday, March 2, 2012

Kumpulan Koir BHEUU | Perhimpunan Bulanan 1 Mac 2012 (Khamis)

Assalammualaikum semua...:)


Fida percaya siapa yang kerja government tu atau swasta sekalipun, mesti akan ada kumpulan Koir mereka yang tersendiri kan? Bahagian Fida pun tidak terkecuali dari aspek itu. Fida ingat lagi, masa mula-mula masuk BHEUU ni dulu..masa tu Bulan 10 tahun 2008, bila perhimpunan je kumpulan Koir ni akan buat persembahan depan semua pegawai dan kakitangan BHEUU, MdI & JBG....hati tu rasa seronok tengok dorang semua dan hati Fida sangat teruja kalaulah Fida dapat jadi sebahagian daripada mereka semua....wah...alangkah indahnya dunia..^_^

Tapi siapa yang sangka kan? Impian Fida tercapai jugak...:) Akhirnya Fida dapat join Kumpulan Koir BHEUU ni kalau tak silap Fida bulan November tahun 2010 rasanya...^_^ Fida ni sebenarnya amat minat dengan nyanyian..walau suara takdelah sesedap Dato' Siti Nurhaliza Taruddin tu kan...tapi bolehlah kalau nak buat tenang hati sendiri...^_^ Sebenarnya Fida ni memang malu sangat-sangat nak berdiri depan orang ramai untuk buat persembahan...tapi dengan Koir BHEUU ni Alhamdulillah...berkat kerjasama kami semua ahli kumpulan, Fida dan semuanya dapat perform yang terbaik untuk semua...

Fida masih ingat lagi pesan Cikgu Fairuz atau lebih mesra kami panggil Cikgu Roy..."Kita kalau nak nyanyi mesti kerana LIRIKNYA"...maknanya kalau kita ingat lirik, Faham apa yang ingin disampaikan penulis dalam lirik lagu tersebut, InsyaAllah kita akan dapat menyampaikan lagu tu dengan baik malah dapat menyentuh hati pendengar semua...:) jadi kepada sesiapa yang nak masuk pertandingan nyanyian ke atau apa sahaja yang berkaitan dengan suara...:) Ingat Lirik tau kerana itulah kekuatan sesebuah lagu itu...^_^

Oklah...Fida nak share sikit gambar-gambar Koir yang mana telah diambil oleh Ahli Fotografi kami iaitu, Encik Amir Shah bin Abu Adam dari Unit Komunikasi Korporat, BHEUU semasa Perhimpunan berlangsung semalam di Dewan Harmoni, Aras 2, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Jom tengok!!!!




































Sekian sahaja untuk tatapan 
mata cantik anda semua 
para pembaca setia blog Fida
sayang semuanya...
ketat-ketat...^_^ 
sehingga berjumpa lagi ye...:)





s a y o n a r a !!!

2 comments:

quetha said...

Find Out More dolabuy louis vuitton great post to read dolabuy.ru content Dolabuy Louis Vuitton

sosloughth said...

this link u0v40y5p94 replica louis vuitton bags replica bags online check my reference o0s36g7j53 replica ysl best replica ysl bags u8j03s5u45 replica bags sydney click this site v7h52h4c36 replica bags vancouver

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...