Followers

Friday, December 7, 2012

Tips Menangani Stress




Stress boleh membantutkan keseronokan anda bekerja. Stress yang tidak ditangani dengan baik bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan diri malah mood untuk bekerja akan hilang apatah lagi untuk seronok bekerja. Walaupun stress tidak dapat dihilangkan tetapi di sini beberapa tips boleh diamalkan untuk meredakan atau menangani stress anda. Selamat Mencuba...

1)      Bertenang dan lemparkan senyuman 


-          Apabila anda terasa stress dan anda rasa mood bekerja semakin turun.  Tidak kiralah anda baru sahaja bergaduh dengan pasangan atau dimarahi boss, apa kata anda bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Kemudian cuba anda senyum. Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Elakkan membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut dikhuatiri terdapat sebarang kemudaratan yang akan berlaku kemudian hari. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda…Cubalah sekarang…SENYUM….

2)      Menangis sepuas hati


-          Sesetengah individu menyimpan perasaan tidak puasa hati hanya dalam hati. Kadang-kala sikap ini boleh membuatkan diri mereka merana. Oleh itu, tidak salah meluahkan perasaan bagi meredakan tekanan yang dihadapi. Meluahkan perasaan boleh dilakukan dengan banyak cara, dengan mengadu kepada rakan yang paling rapat dan boleh dipercayai. Oleh itu menangis sepuas hati mungkin boleh dipraktikkan. Tapi janganlah pula menangis melalak di pejabat..nanti rakan sepejabat anda fikir anda tidak betul pula…

3)      Bersendirian


-          Ada sesetengah orang memang suka menyendiri, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika (sama macam Fida lah…). Janganlah bebankan fikiran anda dengan semua perkara yang ada disekeliling anda kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya. Oleh itu, rancanglah cuti anda agar anda boleh bersendirian seketika walaupun hanya dalam rumah sendiri.

4)      Berbuat baiklah sesama insan


-          Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyinya memang senang tapi apabila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tetapi itulah yang harus anda lakukan. Berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan. Ucapkanlah saya memohon dan memberi kemaafan kepada rakan sekerja yang mungkin pernah menyakiti hati anda, pasti anda akan lebih seronok bekerja nanti.

5)      Wangian atau muzik



 -          Bagi yang suka pada aroma, terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerana minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau meredakan stress anda. Jadi, tunggu apa lagi…laburkan sedikit wang untuk wangian dan letakkan di ruang kerja anda. Paling tidak pun dengarlah lagu kegemaran anda.

6)      Kasih sayang


-          Kasih sayang yang luhur adalah penyembuh segala kerunsingan di hati. Tidak kira anda menerima atau memberi kasih sayang, kedua-duanya merupakan terapi yang mampu meredakan sebarang tekanan yang anda hadapi. Oleh itu berilah perhatian dan kasih sayang anda seikhlasnya kepada insan-insan tersayang anda bukan sahaja kerana mereka layak tetapi juga kerana ia akan merapatkan lagi hubungan anda. Selain itu, hidup anda akan lebih bermakna dan bersemangat.

7)      Memohonlah kepada-Nya


-          Ikutilah perintah dan suruhan-Nya, tinggalkanlah perkara yang dilarang-Nya. Hayatilah setiap bait-bait ayat dari-Nya nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Sesungguhnya disaat anda dalam keadaan sangat memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati, mohonlah kepada-Nya agar anda sentiasa seronok semasa bekerja selagi tidak bertentangan dengan syariat agama. Mengadulah kepada-Nya…Sesungguhnya DIA MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI. Walaupun mungkin penyelesaian tidak dating ketika itu juga namun hasilnya pastinya mampu menenagkan gelodak hati anda. Yakinlah…



**Sumber : Buletin BHEUU, JPM Bil. 1/2012




s a y o n a r a !!!


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...