Followers

Tuesday, January 8, 2013

BAGAIMANA MENJADI WANITA PILIHAN?



BAGAIMANA MENJADI WANITA PILIHAN?

MENUTUP AURAT


sumber : google search

Wanita mempunyai batasan tertentu untuk memelihara maruah diri sesuai dengan fitrah yang Allah S.W.T. berikan. Antara perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. adalah berhijab/menutup aurat. Pakailah apa-apa jua yang disukai asalkan ia memenuhi syarat Islam dengan menjaga aurat. Wanita juga tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal. Biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih & kemas. Sebaik-baiknya jika berhias utk suami, itu adalah lebih baik. Selain mendapat pahala, ia juga boleh menambat hati suami

MENJAGA AKHLAK


sumber : google search

Akhlak yang disulami dengan ketaqwaan akan terserlah dengan sifat-sifat terpuji. Untuk menyemat ketaqwaan agar tersemat di dalam hati, seseorang wanita itu hendaklah selalu bertawakal kepada Allah S.W.T. Anggaplah Allah S.W.T. melihat segala gerak-geri kita tidak mengira waktu dan tempat. Setiap kali kita mengingati Allah S.W.T., ia dapat mengingatkan diri kita daripada melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Basahkan lidah dengan zikir. Wanita berakhlak serta bertawakal selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah S.W.T. Dengan keyakinan terhadap Allah S.W.T. adalah segala-galanya, insyaAllah hidupnya akan menjadi lebih mudah.

CARA BERCAKAP


sumber : google search

Wanita pada zaman ini ramai yang bekerja. Dunia pekerjaan tidak terlepas memaksa kita bercampur dan bergaul dengan kaum lelaki. Oleh itu wanita hendaklah menjaga adab-adab sebagai wanita Islam yang baik. Pergaulan wanita dan lelaki tanpa batasan akan menjerumuskan ke lembah maksiat. Dalam pergaulan harian mahupun urusan pejabat, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan muhrim. Percakapan yang lemah lembut dan disertai gerak tubuh badan serta pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Sebaliknya, gunakan suara kewanitaan itu kepada orang yang sepatutnya seperti ibu bapa, suami dan anak-anak. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

TAAT


sumber : google search

Wanita yg solehah adalah wanita yang taat kepada Allah S.W.T. Selain itu, wanita hendaklah taat kepada ibu bapa dan suami (jika berkahwin). Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepadaNya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.


SUKA MENDENGAR


  sumber : google search       

Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutama pasangannya. Wanita diberi peranan sebagai isteri untuk menghibur dan menenangkan hati suami. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap  masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yg tinggi. Jika salah cara menegurnya, suami akan berasa malu di atas kelemahannya dan marah kerana ditegur begitu. Wanita yang banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan. Sekiranya ia berterusan, kemungkinan besar suami tidak akan ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isteri.


JAGA PANDANGAN MATA


sumber : google search 

Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yg melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang ke arah bahagian telinganya.


JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN


sumber : google search 

Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yg perlu diambil berat. Rumah merupakan tempat beristirehat yang paling baik. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih & kemas. Jangan hanya tunggu apabila tetamu hendak datang atau ada majlis keramaian di rumah, baru hendak berhias rumah. Sedangkan ahli keluarga kita mahukan kediaman yang selesa.


HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI


  sumber : google search 

Bau yg sedap atau wangi datangnya daripada haruman makanan, bunga-bungaan, potpuri, lilin beraroma dan pewangi yang disemburkan di sekitar rumah. Penggunaan wangian di bilik air juga  boleh dipraktikkan. Bau harum ini juga boleh dihadirkan di tempat kerja dan masjid. Bagi wanita muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi, ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yg berlebih-lebihan, Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya. Di pasaran terdapat banyak produk yang dapat menyahkan bau badan tanpa haruman yang ketara. 


WANITA PUNYA HAK


sumber : google search 

Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik dia akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan. Wanita ada hak ke atas dirinya, keluarga, anak, harta, pendidikan dan sebagainya. Islam tidak melarang wanita turut serta dalam Pembangunan negara. Wanita boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak melanggar batas-batas Islam. Sebenarnya sumbangan wanita amat besar. Kaum Hawa inilah menjadi pendidik berdedikasi sehingga lahirnya para pemimpin besar. Untuk mengetahui hak-hak itu, wanita perlu belajar dan celik ilmu dunia dan akhirat.


PEGANGAN KEPADA AL-QURAN & SUNNAH RASULULLAH S.A.W


sumber : google search 

Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, orang yang bersandar akan kedua-duanya tidak akan sesat. Hanya pastikan ilmu itu dicari dengan jalan yang betul. Terdapat pelbagai ajaran agama Islam di merata tempat tetapi kita hendaklah berhati-hati daripada ajaran sesat. 



Dengan kesepuluh-sepuluh ciri ini, insyaAllah kita sebagai wanita akan tetap menjadi wanita pilihan-Nya.... Amin..




s a y o n a r a !!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...