Followers

Tuesday, July 23, 2013

Jenis Pil Perancang Keluarga


Jenis-Jenis Pil Perancang Keluarga


PIL perancang terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu:
  • Pil berhormon tunggal (progestin sahaja) seperti Noriday, (sesuai utk yg breastfeed) 
  • Pil berkombinasi estrogen dan progestin seperti Marvelon, Nordette, Regividon, Loette, Mercilon, Minulet dan Meliane atau 
  • Pil yang tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin.
Pil perancang berhormon tunggal tidak mengurangkan penghasilan susu badan, ia lebih bersesuaian untuk ibu yang memilih untuk terus menyusu badan, namun ia mungkin menyebabkan gangguan haid serta memberi kesan sampingan lain seperti penambahan berat badan. 


PIL PERANCANG NORIDAY (Pil perancang berhormon tunggal)
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.

Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.

Cara pengambilan pil Noriday
  • Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
  • Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
  • Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.

Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.
  • Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang sama setiap hari.Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.
  • Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan cara alternatif selama 14 hari.
  • Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.
  • Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
  • Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.

Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
  • Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
  • Sakit dan bengkak urat kaki
  • Sakit dada yang melampau
  • Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
  • Ketulan pada buah dada
  • Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.

  • Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
  • Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.


Pil berhormon kombinasi pula mempunyai banyak kelebihan lain. 
Antaranya:
  • Mengurangkan jumlah darah sewaktu haid. Ini akan mengurangkan risiko anaemia, lantas mengurangkan keperluan rawatan penambahan hemoglobin darah misalnya pil zat besi, suntikan zat besi dan pendermaan darah.
  • Menjadikan kitaran haid teratur. Pil perancang ada digunakan sebagai rawatan gangguan kitaran haid, satu keadaan yang sering dialami oleh gadis-gadis sewaktu awal didatangi haid. 
  • Mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 50 peratus.
  • Mengurangkan risiko kanser rahim sebanyak 50 peratus.
  • Mengurangkan risiko penyakit benign pada payudara
  • Mengurangkan risiko penyakit peradangan pelvis (PID)
  • Mengurangkan risiko endometriosis
  • Mengurangkan senggugut

Namun, pil perancang berkombinasi juga mempunyai kekurangannya. 
  • Kandungan hormon estrogennya dikaitkan dengan risiko pembekuan darah dalam saluran vena yang boleh menyebabkan keadaan venousthromboemboli sm yang membahayakan. Risiko ini bagaimanapun kecil sahaja dan jauh lebih rendah jika dibandingkan jika wanita itu hamil. 
  • Ia tidak sesuai untuk wanita yang disyaki mempunyai risiko penyakit jantung. Kandungan hormon progestin pula berkaitan dengan keadaan air tertahan di dalam badan menyebabkan sedikit penambahan berat badan serta masalah jerawat. 

Dengan itu kini, ada jenis pil perancang yang didatangkan dalam dos yang lebih rendah (ultra rendah) bagi mengurangkan kesan sampingan di atas seperti penambahan berat badan dan jerawat. 

Bagaimanapun, jenis lain yang sudah lama ada di pasaran juga masih dikategorikan sebagai rendah kandungan hormon.

Jenis berkombinasi tetapi tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin pula lebih terkini di pasaran. Ketiadaan hormon progestin juga bermakna ia tidak menyebabkan penahanan air di dalam badan dan penambahan berat badan serta masalah kulit berminyak atau berjerawat. 

Namun ia masih mempunyai kesan sampingan hormon estrogen seperti di atas. Selain ketiga-tiga jenis di atas, ada satu lagi jenis tambahan yang mengandungi hormon estrogen bersama-sama anti-androgen seperti Diane-35. Ia mempunyai kesan tambahan khas iaitu merawat masalah jerawat dengan berkesan.

Ada berpuluh jenama pil perancang di Malaysia. Ia lebih berupa sistem kafetaria iaitu pilihan jenis banyak tersedia untuk wanita memilihnya mengikut kesesuaian masing-masing. Anda seeloknya berbincang lebih lanjut dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Jika jenis A lebih sesuai untuk seseorang, tidak semestinya ia sesuai untuk semua atau orang lain. Selain itu, tidak semestinya pil yang lebih terkini atau lebih mahal bermakna ia lebih baik untuk semua wanita. Ada wanita yang mudah mengalami penambahan berat badan maka dia lebih mementingkan soal penambahan berat badan, manakala ada wanita sudah serasi dengan jenama pil tertentu sejak anak pertama lagi dan mahu meneruskannya selepas kelahiran berikutnya. 

Perbezaan harga yang ketara juga memainkan peranan dalam membuat pilihan. Apapun, ketiga-tiga jenis ini selamat digunakan secara amnya kecuali bagi kes-kes tertentu sahaja. 

Wanita yang mahu mengamalkan kaedah pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing terlebih dulu dan mengambilnya mengikut aturan. Jika seseorang itu kerap terlupa mengambilnya, mungkin dia perlu bertukar kepada kaedah lain yang juga selamat.


sharing is caring :)


s a y o n a r a !!!


4 comments:

Anonymous said...

Info yang jelas...hehe..sangat berguna utk praktikal saya di KKIA.. trima kasih.. smoga makin ramai la orang melayu rajin post ilmu macam ni di internet sebab tak banyak nota medical dalam versi bahasa melayu... kan kan kan...~^o^~

Anonymous said...

Great info

Unknown said...

Assalamualaikum nak tanya saya ada tukar pil perancang tapi kenapa dah lewat period 3hari?ataupun pil yang baru ni tidak brrkesan

Anonymous said...

Going Here dolabuy replica here Ysl replica sites Dior Dolabuy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...