Assalammualaikum semua,
Entry pagi ni dah "backdated" tau, harap korang tak kisah lah ye sebab banyak sangat dah "missed" update entry. Sebab banyak sangat dan Fida pon tak tau yang mana satu nak didahulukan so, Fida nak share pasal suami Fida lah.
Selepas 9 bulan ditinggalkan dengan anak dan emak Fida, yes!!!! akhirnya masa untuk suami balik ke rumah....:) seronok dia tu susah nak digambarkan...wahhh hehehhe yelah suami nak balik kan, siapa yang tak eksaited...^-^ ok, cerita ni berlaku hujung bulan Mac yang lalu, di mana suami Fida telah menjalani Latihan Maritim di Pusat Latihan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang semenjak 11 Jun 2013 lagi. So, sekarang adalah masa untuk bolehlah dikatakan "konvo" jugak...ehehhehe
Tarikh "Konvo" 29 Mac tapi Fida dah gerak ke Kuantan 28 Mac pagi lagi dah dengan mak, Zafran dan kak Fida yang duduk kat Subang tu dengan anak dia. Fida gerak dari Selayang, rumah kakak Fida yang sulung jam 8.00 am, perjalanan kami ambil masa 4 jam, sebab bawa BLM je so tak boleh nak laju-laju...kikikiki 80km/j je Fida bawak tau...hahahha baik sangat...:)
then waktu nak check-in lambat lagi dalam jam 2.00 pm, so Fida singgah Giant Kuantan dulu shopping barang makanan sikit...so layan gambar kat giant ni kejap k...:)
So, lepas tu kami terus check-in kat Annexe Rest House, Kuantan. Harga murah je untuk 1 malam RM90. Not bad la kan? hehehe tapi terlupa nak ambil gambar Annexe tulah, so layan gambar budak kecik berdua ni main-main dalam bilik jelah ye...:)
Gambar ni sementara tunggu suami bawa kami pergi makan kat Tanjung Lumpur. Nak pergi Ana Ikan Bakar tapi Full House la, so kami bertukar arah kat tempat Fida selalu makan masa belajar kat sini dulu...:) tapi lupa pulak nama kedai tu...ehehhe tapi berhadapan dengan Kedai Gelas Besar tulah...:) jom layan...
Habis makan kitaorang pon balik rest house lah nak tidur sebab esok nak kena bangun awal. Suami lepas hantar kami terus balik ke AMSAS sebab ada aktiviti kat sana...:) Setakat ni dulu untuk entry part I kali ni...Kita sambung esok pulak ok...:)
sehingga ketemu lagi.... ^-^
s a y o n a r a !!!
No comments:
Post a Comment