Followers

Tuesday, April 21, 2015

Perjalanan dari Putrajaya ke Pantai Timur...:)


Assalammualaikum

Setelah sekian lama menyepikan diri, masih mencuba untuk kembali menulis walau hasil tulisan yang tak berapa nak baik...hehehehe straight to the point punya tulisan...nak berkias-kias, bermadah bagai ni memang tak berapa nak pandai....kalau copy paste dari internet tu pandai lah...kikikiki

Berbalik pada tajuk kat atas tu, baru-baru ni dalam bulan 3 Fida dan keluarga pulang ke kampung sebelah suami di Besut, Terengganu. Sebelum Fida makin sarat nak bawak perut kan...so better balik awal-awal dulu...dengan masa dan jarak perjalanan yang jauh dan memenatkan bagi pregnant lady macam Fida ni kan...sebab nanti tak tau bila boleh balik pulak....kena tunggu lepas habis pantang la...tahun depan lah tu ehehehhe

Ok, gambar ni di ambil dalam kereta masa baru je kami bertolak dari Putrajaya nak ke Besut. Tengoklah Zafran tu, pantang papa dia pakai cermin mata, mulalah dia pon sibuk nak pakai jugak...Perjalanan hari tu, suami nak cuba ikut LPT 2 yang baru buka tu. Dan kami rasa perjalanan tu lebih santai dan cepat daripada ikut laluan Gua Musang tu. Walaupun terpaksa bayar tol RM21.00 dari Karak ke Jabor tu, kami tetap rasa berbaloi sebab boleh sampai ke Besut lebih cepat dari biasa...:)



Tok Mek & Opah Zafran


Ini pula perjalanan kami dari Besut ke Kuala Terengganu. Suami teringin nak jenguk tempat dia belajar dulu. Dah alang-alang datang sini kan, apalagi terus minta suami bawak jalan kat Taman Tamadun Islam yang selalunya Fida tengok dalam TV je. Akhirnya lepas jugak hajat nak melawat sendiri kat sini. Terima kasih suamiku...:)










Inilah pintu gerbang menuju ke Taman Tamadun Islam sekaligus ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Yuran masuk tak berapa nak ingat cuma ingat total suami bayar RM65 sebab ada discount time tu kalau tak silap...:)





Ok, let's enjoy the picture...:)







 
 



 











Masa melawat dah habis, jadi kami terus ke Masjid Kristal untuk menunaikan Solat Zuhur. Dari luar nampak besar masjid ni dan mestilah cantik kan, tapi bila masuk dalam kecik je sebenarnya masjid ni. 



Tak lupa juga, sebelum nak balik ke Besut, Fida jumpa dulu dengan sahabat baik Fida ni, Erdaliana Mohd Saufi. Seriously rindu sangat dekat Erda sebab memang sejak dia pindah ke Terengganu ni kami susah sangat nak jumpa. Dekat 3 tahun jugaklah rasanya kami tak jumpa...cuma selalu tanya khabar dalam Whats Application je...lepas dah rasa rindu...:) Saya sayang awak erda...take a very good care ok pada baby dalam perut tu...nanti anak kedua kita sebaya la...:)





Oklah, sampai sini je dulu ye Fida share...
in shaa Allah akan ada lagi 
kisah-kisah menarik akan datang...ehehhe



s a y o n a r a !!!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...