Followers

Thursday, April 19, 2012

I Love Saving Money...^_^

Assalammualaikum semua...^_^

Fida nak share sikit dengan korang apa yang Fida baca hari ni....Sebenarnya tajuk dia KUMPUL BAJET UNTUK KAHWIN...tapi cara-caranya Fida rasa masih boleh diserapkan dalam kehidupan seharian kita...tak salah berbelanja tapi perlulah beringat...bukan senang untuk mendapatkan satu sen duit itu...perlu ada usaha dan seterusnya tawakkal kepada Allah S.W.T.

Fida cuba ringkaskan untuk semua supaya semua mudah faham dan boleh amalkan sendiri tanpa masalah...hehehe 



MASAK SENDIRI
Elakkan makan di luar. Cuba masak sekerap yang mungkin kerana masakan yang dimasak di rumah lebih terjamin kebersihannya dan confirm HALAL. Betul kan?

BELI BELAH SECARA BIJAKSANA
Membeli belah secara online (e-shopping) adalah cara mudah dan dapat menjimatkan wang kerana tiada kos pengangkutan. Anda telah dapat menjimatkan wang anda untuk petrol. Tapi awas, jangan terlalu banyak pulak barang yang dipilih itu, sebab nanti dikira membazir pulak...^_^

JANGAN BERHABIS UNTUK MEMBELI DVD/VCD/MP3/CD/PLAY STATION
Bagi yang amat gemar kepada muzik, game dan seumpamanya, anda perlu cuba menahan diri anda sendiri daripada terlalu kerap membelinya kerana ia hanyalah suatu KEHENDAK dan bukan lah suatu KEPERLUAN. Ingat tu...*_^

JUAL BARANG-BARANG TERPAKAI
Kalau anda ada barang-barang terpakai yang masih elok dan boleh digunakan, tidak salahnya kalau anda menjualnya secara online di mana anda boleh menjana pendapatan sampingan.

BAWA BEKAL KE PEJABAT
Yang ni memang aktiviti Fida selepas kahwin...^_^ Memang tidak dinafikan ramai yang malu nak bawa bekal ke pejabat, ataupu malas nak bangun pagi-pagi semata-mata nak sediakan makanan. Kita sewajarnya sedar bahawa sifat malas dan malu tidak bertempat bukanlah sesuatu yang baik. Ia adalah perkara yang amat berfaedah sekaligus dapat menjimatkan belanja anda seharian...^_^

BERKONGSI KERETA
Kerajaan telah lama menyarankan agar kita berkongsi kereta di mana ia dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan pemanasan global. Bagaimanapun tidak ramai yang mengamalkannya kerana cara ini ada pro dan kontranya. Anda lebih mengetahui situasi anda, jadi fikirlah dengan bijak...^_^

BERSENAM DI RUMAH
Melakukan aktiviti senaman di rumah bukan sahaja menjimatkan wang malah ia juga dapat menjadikan badan anda lebih segar, sihat dan cantik.

JANGAN BERHABIS UNTUK TATARIAS/UBAHSUAI KERETA
Ada dikalangan kita yang sanggup berhabisan wang semata-mata nak menampakkan gahnya kereta mereka. Tetapi mereka tidak sedar bahawa wang telah dibelanjakan itu sebenarnya boleh dijadikan simpanan masa depan. 

GUNAKAN TALIAN PRABAYAR (PREPAID), ELAKKAN PASCABAYAR (POSTPAID)
 Penggunaan talian prabayar dengan sendirinya dapat mengawal penggunaan telefon secara melampau terutamanya di kalangan mereka yang sering terleka "bergayut" di telefon. Sekiranya menggunakan talian pascabayar anda mungkin akan terus berbual berjam-jam lamanya tanpa menyedari masa berlalu. Akhirnya anda terpaksa membayar bil yang melambung tinggi. Jadi beringatlah.

Sumber : Aniqah November 2010 - Wanita & Wang m/s 62 - 63


Peringatan ini bukan hanya untuk anda semua, tetapi juga untuk diri ini yang kadang-kadang culas juga bab menguruskan wang ini. Jadi, jom kita sama-sama mengamalkan amalan berjimat ini...^_^




s a y o n a r a !!!

3 comments:

Sarah Mnasir said...

tips yg bgus.. :)

Unknown said...

@aRa <3 aFiq : memang bagus...selamat beramal ye...^_^

Anonymous said...

d6i24f4j32 n8i95f2z51 u5f25q6l58 g3v73m8z90 n0l27e5c19 n6d99n7c57

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...