Followers

Tuesday, April 3, 2012

Syurga itu....dimanakah???

Assalammualaikum semua...^_^



Kata orang...

"Syurga seorang isteri itu ada dibawah telapak kaki suaminya"... 

dan kata orang lagi...

"Syurga seorang suami itu ada dibawah telapak kaki ibunya"...


Sebab itulah sebagai seorang isteri kita perlu melebihkan ibu mertua kita lagi daripada ibu kandung kita sendiri kerana ibu mertua kitalah yang melahir dan membesarkan suami kita...

tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengabaikan ibu kandung kita kerana selagi ada nafas dan nyawa kita...ibu tetap ibu...kita perlu menyayangi ibu kita dengan sepenuh hati kita...

kerana jasa mereka melahir dan membesarkan kita adalah sangat tidak terhingga dan kita sejujurnya memang TIDAK AKAN MAMPU untuk membalas jasa-jasa yang telah ibu kita taburkan sepanjang membesarkan kita...

Ada orang kata seorang ibu mampu untuk menjaga hatta 10 orang anak sekalipun, tetapi seorang anak masih belum tentu mampu untuk menjaga ibunya yang seorang itu...

Jadi kepada semua pembaca blog Fida ni, Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita semula dan sayangilah ibu anda selagi anda diberi izin oleh Yang Maha Kuasa yakni Allah S.W.T. untuk bernafas di bumi-Nya yang Indah dan Permai ini...


Renung-renungkan dan Selamat Beramal...^_^



Lots of Love
Fida...

s a y o n a r a !!!

2 comments:

Nadhirah said...

:) hye
tag sinie...

http://adichiee.blogspot.com/2012/04/contest-cantik-bertudung-by-farina.html

Syazfida Afzan said...

tq darl...^_^ nanti fida join ye...^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...