Followers

Wednesday, April 24, 2013

Resipi : Kek Puding Karamel Pelangi Step by Step


Kek Puding Karamel Pelangi Step by Step 


Alhamdulillah, akhirnya cubaan pertama Fida buat kek ni menjadi jugak...Suka tengok lapisan kek ini menjadi elok je belang pelanginya...bila tengok hasil yang cantik dan kek jadi elok itulah kepuasan orang yang membuatnya...Kalau sedap itu pulak adalah bonus untuk tukang masak tu...ehehehhe

Fida buat pun ikut resipi yang Fida dapat dari LOVELY KITCHEN...so kepada sesiapa yang nak cuba buat dan rasakan kepuasan sendiri, jom kita view resipi ni...:)


ni versi kek yang Fida buat malam tadi...:)


RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI 



Bahan-bahan untuk Gula Hangus: 
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci @ 20cm 
Cara-cara: 
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti. 
Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3) 
  • 400ml fresh milk @ 1 tin susu cair 
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti) 
  • 2 biji telur 
  • 140 gram @ 1/2 cawan gula castor 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
Cara-cara: 
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 seperti gambar 6.


Bahan-bahan untuk Kek: 

Adunan 1 (Meringue) (rujuk gambar 6) 
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram @ 1/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara: 
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek. 


Adunan 2 (Kek): 
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml @ 1/2 cawan air 
  • 50 ml minyak masak 
  • 70 gram @ 1/4 cawan gula castor 
  • 140 gram @ 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder 
Cara-cara: 
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan. 
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu. 
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang 
  4. Matikan mixer. 
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati. 
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik. 
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda. 
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil. 
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna) 
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi. 
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10. 
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti) 
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven. 
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang. 
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri. 
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba.....

UPDATE: 

Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah: 

4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding 
4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple 
4 sudu besar merah di letakkan di tengan adunan hijau 
ulang sebanyak 2 kali lagi 


3 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah 
3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple 
3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau 
ulang sebanyak 3 kali lagi 


2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah 
2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple 
2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau 
ulang sebanyak 2 kali lagi 


1 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah 
1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple 
1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau 
buat sehingga habis semua adunan. 


NOTE : KAEDAH DOUBLE BOILER / BAIN MARIE
  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau... 
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.

TIPS MEMBUAT KEK PUDING KARAMEL PELANGI DARI LOVELY KITCHEN 

  • Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek. 
  • Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang, kemudian tapis. 
  • Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak naik dan tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak. 
  • Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering cantik semasa dipotong. 





21 comments:

ejulz said...

waaaa.. nampak sedap.. teringin nak buat sendiri.. hehe

nur said...

cantiknya...pelangi tue ada curve lg...heee...blog walking here...singgah r blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda atau wat yg tersyg...

Farah Diana said...

Salam perkenalan dari saya.. :)

Kek puding mmg feberet sy. Baru je makan semalam. Rasa sangat sedap. tros terfikir nak buat sendiri. thanx for the recipe. will try.. :)

http://qaseh-delima.blogspot.com

Hanan Bt Md Yusoff Hanan said...

Hanya prlu masukkan pewrna je ke??perasa
masukkan ke x?

lilieyz said...

thanks for the resepi. Nanti nak try buat :)

Unknown said...

as salam, kalau gunakan maringue pavlova, bole ke? in case cream of tartar xde..ganti ngn cuka n tpung jagung.thanks

Syirah Nayla said...

Wow.

Syazfida Afzan said...

ejulz : cubalah buat...memang sedap...:)
nur : tq sudi jengah ye...cantik sgt bunga2 tu...sulam ek...pandai dia...:)
Farah Diana : moga resipi ni akan banyak membantu...:)
Hanan : perlu...Fida buat memang ade pewarna dan perasa sekali...:) baru kek tu sedap...:)
lilieyz : welcome...:) cuba jangan xcuba k...:)
Unknown : boleh je ...:)
Syirah : @_@...;)

Norliana Yahya said...

kak nk tanye...mcm ne nk dptkn karemel y cntk...sy bru beli loyang baru..karemel tu melekat kt loyang n mcm lobang2 kck......

Nuraini Mahmood said...

Klu x de cream of tar tar, nak ganti ngan apa?

roslidawati said...

Saya buat tak pernah jadi ....sedih sangat..tahniah kerana berjaya...dan terima kasih sangat2 atas perkongsian ilmu..sya akan cuba lagi

roslidawati said...

Saya buat tapi kek tak naik n warna puding pulak jadi warna kek.cm geli nak mkn...

Anonymous said...

Ntah apa yg silap...saya buat smlm tp x jd..sedih tp saya akan cuba lg..thank for sharing..

Anonymous said...

sy buat 1st time jadi sangat... teruja terus.. terus amik order. buat 2nd utk order tu kek xjadik... pastu buat lg utk siapkan jugak order tu.. kek xjadik jugak..huhu... sedey sangat...huhu... lastnyer sy gantikan order org tu dgn kek butter pelangi jer..huhu... nt nk buat lg... xtau dimana silapnyer...huhu...

Anonymous said...

sy buat 1st time jadi sangat... teruja terus.. terus amik order. buat 2nd utk order tu kek xjadik... pastu buat lg utk siapkan jugak order tu.. kek xjadik jugak..huhu... sedey sangat...huhu... lastnyer sy gantikan order org tu dgn kek butter pelangi jer..huhu... nt nk buat lg... xtau dimana silapnyer...huhu...

Anonymous said...

Sy buat kali pertama..jadi sngat..mak mertua puji kata sedap sngat..thanks 4 sharing..

Suzaivianti Suroto said...

billion thnx 2 LOVELY KITCHEN!

azlilawati nor said...

Api kn guna ats n bawah ke

Unknown said...

Boleh kukus x?

Unknown said...

Boleh kukus x?

azie myra said...

Thanks sis.. dh byk kali buat ikut resepi ni mmg menjadi... dh amik order dh pon.. thanks again...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...